اثنين

46K 4.3K 3.6K
                                    

"Adam ingin bertemu Hawa."

"RYZA, kau jumpa scandal baru lagi?" soal rakan karibnya yang satu itu, Aiman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RYZA, kau jumpa scandal baru lagi?" soal rakan karibnya yang satu itu, Aiman.

si empunya nama hanya mengangguk selamba, jarinya masih tekun menaip di telephone bimbitnya. sesekali senyuman nakal menghias bibir lelaki itu tatkala membaca text-text yang dihantar kepada dia. macam puas hati dapat mempermainkan perasaan gadis malang tersebut.

di sudut asrama, Nazim—atau Im,— yang sedang duduk di atas katil terdengar perbualan mereka. sedari tadi, surah hafazan yang ingin dihafalkan itu entah kenapa susah memasuki ruang mindanya. tatkala mendengar hal itu, dia akhirnya bangun, mencium Alquran dan menyimpannya dengan rapi di rak study carrier miliknya.

Im datang dengan selamba, menyeluk tangannya di dalam poket.

"scandal siapa pulak?" suara serak serak basah miliknya diperdengarkan. Aiman menoleh, tersenyum sekilas manakala Ryza hanya terus memandang screen telephonenya.

"macam biasa lah, Im. Ryza kan banyak girlfriend." simpul Aiman, menukar posisi dari bersila ke bersimpuh. lenguh.

"oh." ringkas sahaja ucapan Im. dia juga turut mengambil tempat duduk di sebelah Aiman.

"hidup sekali je. kena la banyak awek." Ryza berkata setelah selang berapa minit asyik mendiamkan diri.

"hidup kan kerana Allah. mencari hidayah Allah. bukan cari partner maksiat." laju Aiman membidas.

"ehhh, kau, jangan acah alim. cukup Im sorang je ustaz dalam dorm ni. kau, tolong diam." balas Ryza kasar. Im hanya tersenyum, sedikit pun tidak mengambil hati dengan kata kata Ryza tadi.

"heh—KAU TENGOK AIMAN! senang gila dia ni jatuh perangkap aku. ayat sikit dah "iloveyou," pfttt.." gelak Ryza, menunjukkan sedikit chattingnya bersama 'scandal' baru. Aiman laju membaca, menggeleng kepalanya. manakala Im hanya terdiam dan memandang tempat lain.

"tengok! macamni baru tak single— eh? Esya?" Ryza sedikit terkejut melihat notifikasinya tertulis nama Esya. Im yang sedari tadi hanya diam juga mendongak sedikit kepalanya, keliru dengan nama yang begitu asing sekali di telinga jejaka itu.

_

Esya ❤️

Esya ❤️
kau kat dorm kan?
keluar pergi kelas.

you
babyyyyy
asal rindu aku ke? 🥺

Esya ❤️
semak
datang jela
aku nak kasi semua barang barang kau

you
?????
kenapa ni :(
kau nak break dengan aku ke 🥺

Esya ❤️
kita pernah ke official?
tolonglah, stop pretending you care about us.

you
lol
ok, 5 minit aku sampai

_

"ingat gempak ke." maki Ryza perlahan, menyimpan telephone di dalam kocek seluar sebelum terus baring. tidak mahu berganjak ke mana mana. biar Esya beria tunggu dia sorang sorang.

"Esya nak apa chat kau?" soal Aiman.

"tah, nak bagi balik barang apa tah. dia suruh aku jumpa dia dekat kelas. tapi—ah, malas lah." ungkapnya sebelum memeluk bantal.

"ish, kau ni! pergi jela! kesian Esya, dia dahla budak baik. macam mana la boleh sangkut dekat kau." jeling Aiman lagi, menepuk bahu Ryza dengan kasar. Ryza mendengus.

"kalau kau nak sangat aku jumpa dia, apa kata KAU yang jumpa dia."

"aku buat apa, aku nak basuh baju." respon Aiman.

akhirnya, kedua dua mata mereka merayap memandang Im yang hanya merenung riba. terasa diri diperhatikan, Im mendongak sekali lagi. disengetkan kepalanya, mohon penjelasan dari mereka.

"kau jela Im!"

Im terkebil kebil memandang mereka.

"aku? kenapa aku?"

"alah—pergi jela. bukan kau nak couple ke confess pun, kau tolong aku ambik barang dia je. lepastu kau balik la." tutur Ryza.

Im terfikir sejenak.

"sekarang ni, siapa Esya pun aku taktahu."

"lengai, kau duduk planet mana taktahu Esya ni? Esya kelas C la! yang rapat dengan Mya tu!"

"oh......." panjang betul 'O' Im, sehingga akhirnya muka menjadi merah menahan malu.

"kau, aku mention Mya je terus malu. ustaz pun miang." sindir Ryza, terkekek kekek ketawa saat melihat Im memusingkan badannya.

"takkan aku nak pergi sorang? Esya tu takde adik lelaki ke?" soal Im lagi.

"ada." sebelum Ryza sempat menyindir lagi, Aiman laju memotong.

"Qasy, dorm sebelah." tunjuk Aiman.

mendengar hal itu, Im mengangguk perlahan. akur dengan kata kata sahabatnya.

dicapai jam tangan dan dililit kemas di pergelangan tangannya sebelum keluar dari dorm, memanggil adik Esya yang seorang itu.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumsalam—Abang Im! kenapa? cari saya ke?" Qasy membuka tombol pintu, pelik melihat seniornya yang seorang berdiri tegak di hadapan biliknya.

"ya, cari kamu. bawak Abang jumpa Kakak kamu kejap, boleh?"

_____

[ 10:03 pagi ]

[ 10:03 pagi ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
القمر [bulan] Where stories live. Discover now