عشرة

31.7K 3.6K 5.2K
                                    

> semoganya kalian bisa tidur 😍
"permulaan sebenar."

JUJUR ya, Esya sebenarnya sedang keliru dengan perasaannya sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


JUJUR ya, Esya sebenarnya sedang keliru dengan perasaannya sekarang.

perasaan kepada Nazim, yang bagaikan tiada petunjuk.

dia suka dekat Nazim ke? ke dia tak suka? ke dia hanya terlalu overwhelmed dengan kebaikan seorang Nazim?

Esya tu dahla baru habis fasa break up dengan Ryza, kemudia beria nak berikrar taknak bukak hati untuk siapa siapa. tapi bila datang Muhammad Nazim dalam hidupnya, dia buntu.

Esya melangkah masuk ke dalam kelas dengan fikiran yang masih serabut. semalaman tak dapat tidur, memikirkan hal yang sama.

seminggu selepas Nazim dan Qasy menghantarnya pulang ke dorm, dia bagaikan hilang arah tuju. makan pun gitu gitu, tidur pun tak berapa nyenyak. dia banyak menghabiskan masa duduk di atas loker kasut di luar dorm, melihat bulan dan langit yang kosong.

bezanya kali ni, dia tak menguturkan apa yang terbuku di dadanya. Esya hanya diam, menahan rasa, beranggapan Tuhan sudahpun mendengarkan kata kata yang tidak terungkap oleh gadis itu.

Esya mengeluh sekali, dua kali, kemudian duduk di tempatnya. dia menatap kosong meja di hadapan.

sedang dia merenung masa hadapannya, Nazim masuk dengan muka yang sedikit muram. tiada secalit senyuman yang terbit di bibir lelaki itu, dia kemudiannya terus duduk di kerusi. Nazim sedikit pun tidak menoleh ke arah Esya yang tersentak lamunannya.

di bawah mata lelaki itu, terdapat lingkaran hitam yang sedikit pudar. tanda tanda Nazim tidak cukup tidur. matanya juga nampak redup, seperti mengantuk dan penat. Esya dapat mengagak disebalik mask yang dipakai Nazim, pipi lelaki itu cengkung, dan raut wajahnya seperti tidak bermaya.

terbit rasa risau di hati gadis itu.

lalu, Esya mengambil telefon miliknya dan mencari contact Nazim. dia tahu Nazim tidak mahu bersemuka dengannya kalau keadaan macamtu, jadi dia memutuskan untuk bertanyakan khabar melalui aplikasi Whatsapp sahaja.

_

[ nazim ]

you
assalamualaikum
im

_

Nazim terkejut tatkala merasakan  telephone bimbitnya tiba tiba bergetar. perlahan lahan, dia mencapai, melihat text yang masuk melalui notifikasi yang terpapar. melihat nama Esya, serta merta mata redupnya bertukar segar bugar.

_

- nazim
ya
waalaikumsalam
kenapa?

القمر [bulan] Where stories live. Discover now