عشرين

25.4K 3.1K 2.8K
                                    

"kebenaran yang terungkap."

"HAI ESYA, cantiknya kau malam ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"HAI ESYA, cantiknya kau malam ni." puji Ryza dengan senyuman yang manis di bibirnya. jarinya lincah bermain main dengan gelas kaca berisi air sirap itu, menghampiri Esya dari tepi.

Esya menayangkan muka meluat.

"okay." balasnya ringkas. senyuman Ryza jatuh. dia berdehem dehem kecil, membetulkan tali leher kelabu yang sedikit meleret itu.

"mana Nazim kau?"

"sebok je tanya pasal Nazim. kau buat hal kau dahla." ungkap Karmila di sebelah Esya. matanya memandang Ryza dengan pandangan jijik.

"aku tanya je. mana tahu mamat tu dah mampus kena belasah dengan senior ke." sindir Ryza lagi. Esya yang sedang mengunyah cake itu terhenti. pantas dia berpaling ke arah lelaki di hadapannya.

"belasah?"

"lah, dia tak mengadu ek dia kena buli? damn, i guess he's really serious on getting you." gelak Ryza lagi. Esya terkaku di tempat duduk. taktahu nak balas apa.

Nazim kena...buli?

"atleast he's serious." Aiman datang dari belakang, membawa dua gelas teh o panas. salah satu diletakkan di depan Zahra, satu dihirupnya perlahan. Zahra memandang gelas yang terisi air panas itu pelik.

"ni pahal?" tanya Zahra, menunjukkan tangan ke arah gelas itu. Aiman hanya menjeling, diteguknya air itu sebentar sebelum menayangkan muka selambanya.

"air panas lah. nampak macam air longkang ke?"

"aku simbah air ni kat kau nanti."

"takdelah, aku bawak sebab aku tau kau tak suka air sejuk." balas Aiman lagi. Zahra mengetap bibir sebelum mengangguk tanda setuju.

"Aiman? kau pun tahu Nazim kena buli ke?" soal Esya. betul betul dihadapan Ryza.

"aku yang tolong dia basuh baju. aku jugak yang tolong ubatkan luka dia. aku dah cakap, bagitau kau. dia taknak. ha itu lah jadinya." terang Aiman.

Esya mula marah.

jadi, sebab ni la selama ni dia jarang chat aku.

Esya bingkas bangun dari kerusi, ingin ke arah Nazim yang sedang duduk di tempatnya. tapi belum sempat dia pergi, Ryza menahan pergelangan tangannya yang terbalut handsock itu.

the audacity.

Esya merentap tangannya kasar.

"apabenda kau ni?"

"apa, apa? tak payah pergi dengan budak hingusan itu. apa benefit kau pergi dekat dia pun? dahla lembik. tak balas balik bila kena pukul. lelaki macamtu ke yang kau pilih jadi masa depan kau, Esya?" jerit Ryza, mengundang perhatian semua orang.

"lembik? kau jaga mulut kau sikit. Nazim kena buli pun sebab kau!" balas Esya. lebih kuat. Nazim membulatkan matanya, pantas dia bangun dan bergegas ke arah Esya.

suara desas desis mula kedengaran saat Esya berkata sebegitu.

"Esya, baik kau pilih aku!"

"kenapa aku kena pilih kau?"

"aku ada semua. dan yang paling penting, aku tak lemah macam Nazim!" bentak Ryza. Nazim diam.

"aku akan jadi perempuan paling bodoh sekali kalau aku pilih kau over Nazim." tegas Esya bersuara. Ryza mula berasa tercabar.

"kau pasti? kau yakin sangat kan, Esya? kita tengok sejauh mana lelaki harapan kau ni boleh bertahan." ujar Ryza, dia kemudian menarik kolar Nazim dan melepaskan satu tumbukan, betul betul di pipinya.

Nazim tertunduk.

"hey, Ustaz! bangun lah! kau kata kau nak lindung sangat perempuan kau ni, kenapa kau tunduk? bangun lah, lengai!" jerit Ryza lagi. dia menolak Nazim sehingga dia sepenuhnya jatuh terduduk. hujung bibir Nazim berdarah.

Aiman meletakkan gelasnya di atas meja dan ingin menghajar Ryza, tetapi pantas sahaja dihalang oleh Zahra.

"kau pergi, mampus kau, Man."

"Zahra, tu Nazim—"

"ya, ya. aku tahu.. tapi kalau kau kena jugak macam mana?" Zahra memandang Aiman dengan lirikan yang risau. Aiman mengeluh perlahan.

"takboleh, Zahra. parah ni." bisik Aiman perlahan.

di sebelah lain, Esya telahpun menangis. dia ingin ke arah Nazim, tetapi lelaki itu mendongak, menggeleng ke arah Esya. tanda tidak mahu dia ke sini.

"kau tau tak apa perkara perkara yang aku tak suka pasal kau?" kata Ryza, menyepak perut Nazim. Nazim diam, menanggung kesakitkan.

"satu, kau lembik. kau tahu kau boleh balas balik, tapi kau tak buat. sebab kau penakut. KAU DENGAR TAK NI? PENAKUT!" marah Ryza, menyepak perutnya sekali lagi.

"oh, bukan tu je. sebab semua orang suka kau. semua orang puja kau, semua orang sanjung kau. Nazim, lelaki soleh semua orang idam-idamkan. AKU MUAK LA. AKU MUAK. SEMUA PERHATIAN DEKAT KAU. KAU BATAK SANGAT KE?! BUDAK MENTAH!" jerit Ryza, menarik kasar kolar Nazim sekali lagi supaya dia duduk menghadapnya.

tangan Nazim melingkar, memegang perutnya yang senak. samar samar dia menatap Esya yang semakin laju menangis, ditahan oleh Karmila dan Zahra. midanya bergoncang hebat. sakit. semuanya sakit.

"tapi, above all that, kau tahu apa yang paling aku benci? yang paling buatkan aku rasa kau tak layak jadi teman hidup Esya?" soal Ryza. ditunjal kepala Nazim sekali sebelum merenungnya tajam.



"sebab kau fiksi. sebab kau hanya imaginasi Esya, dan sebab ini semua hanya mimpi."

_____

sekian terima gaji.

[ 5:05 petang ]

[ 5:05 petang ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
القمر [bulan] Where stories live. Discover now