💸 11 💸

911 63 1
                                    


                Wazif baru pulang daripada menjaga kebun. Dia turun daripada motor dan melangkah naik tangga rumah.

Bunyi deruan kereta ayahnya kedengaran. Dia menoleh ke belakang dan melihat dua orang itu keluar daripada perut kereta.

" Sumpah do aku geram dengan mamat basikal tu. Kalau aku dapat dia memang aku jerat leher dia cukup-cukup dengan rantai basikal dia tu!"

" Dia tak sengaja. Maafkan lah dia," Balas Wafiy sambil menahan ketawa.

" Suka eh. Nanti dia dakwa aku, kau nanti aku ganyang," Izzati ketawa.

" Woi! Sakan borak," Tegur Wazif. Mereka berdua serentak menoleh.

" Eh angah! Awal balik." Izzati melambai tangan.

" Kata nak pergi sungai. Aku balik lah awal"

" Alaa angah. Wafiy dah bawa aku pergi sungai kat Kalumpang. Lain kali kita pergi sama-sama ok?" Izzati tersengih menunjukkan gigi.

Wazif memandang Wafiy di sebelah Izzati. Dari sudut hati sudah sebal dengan apa yang berlaku. Dia yang dah janji nak bawa pergi sungai. Akhir-akhir orang lain yang bawa. Kecewa betul.

Kecewa?? Wazif meneguk air liur kesat. Mana mungkin aku kecewa sebab tak bawa budak KL tu pergi sungai. Eee!

" Kenapa dengan dahi kau tu??"

" Jatuh sungai. Terhentak batu. Alaa sikit je ni." Izzati mengomel seketika yang tak dapat didengar Wazif selepas itu.

" Kau cedera dibawah pengawasan bakal suami? Hmm..." Wazif tersenyum perli.

" Dah nama pun kemalangan. Tak expect pun boleh jatuh," Ujar Wafiy perlahan. Abang dia ni nak cakap yang dia tak bertanggungjawab ke macam mana ni?

" Apa-apa je lah." Wazif naik ke atas. Di hadapan muka pintu, dia terkaku.

" Dah kenapa sekat jalan orang ni, ngah??" Izzati menepuk belakang Wazif. Dia mengintai ke hadapan; betul-betul di pintu masuk rumah.

Siapa... perempuan ni?

" Abang Wazif dengan Wafiy dah balik?"

" Nisa?"

Izzati menoleh ke belakang. Wafiy memandang dengan pandangan redup dan kosong.

' Oh jadi dia lah Nisa?'









                           Izzati membelek telefon yang baru di beli di bandar tadi. Memang dia tak terfikir untuk beli serta merta tapi dia perlukan telefon untuk kecemasan. Mampus kalau Ijat call dia, dia tak angkat.

" Fuyoo! Fon baru ke?" Wazif menegur selepas keluar daripada bilik. Mereka sekarang berada di ruang tamu melepak bersama.

" Nak tunggu yang fon lama tu untuk betulkan, lambat sangat. Lagipun aku memang nak beli yang lastest punya." Iphone 13 pro max dibelek sedikit.

" Tukar fon macam tukar baju. Fon aku ni pun 4 tahun aku pakai. Itu pun second hand punya je tau." Iphone 7 dipandang Izzati.

" Sedih betul. Kau ambil je lah fon lama yang tengah repair tu."

" Serius lah?"

" Ke kau nak aku belikan yang baru? Susah tau kalau banyak features tak ada."

" Kalau rezeki tak ke mana, aku terima je. Yang lama punya tu pun ok." Wazif tersengih.

" Kau nak aku bayar berapa untuk tu?" Tambah dia.

" What? Tak payah lah. Aku tak perlukan duit. Kau ambil je. Adik abang sama je" Izzati menggeleng tak nak.

[ C ] | I'm not a sugar mummy!Where stories live. Discover now