💸 43 💸

841 52 0
                                    


" Jom balik KL," Wafiy menarik Izzati daripada melihat pemandangan kali terakhir di balkoni.

" Awak fikirkan apa tu, sayang?"

" Do you wanna hear the truth?"

" What is it?" Wafiy mula memberi perhatian.

" Saya tak pernah serindu ini bila meninggalkan tempat percutian. Terasa berat gila nak balik KL,"

Wafiy mula menarik senyuman lebar. " Jadi awak nak tinggal di sini?"

" Kalau boleh," Izzati mengangkat kening bersama smirk.

" Kenapa pula tak boleh?"

" Banyak komitmen di sana. Lagipun, mana mungkin saya tinggal berjauhan dengan mereka. Awak tak kisah ke tinggal berjauhan dengan keluarga?"

" Tak. Asalkan ada awak,"

Izzati tergelak kecil. " Seems like you're obsessed with me,"

" Entah lah, sayang. Awak ni dah macam dadah tau. Hilang awak, hilang akal saya dibuatnya," Wafiy memeluk erat Izzati dari belakang. Turut mencium pipi Izzati.

" Eleh... Poyonya budak ni,"

Wafiy tersenyum nipis. Entah bila lagi dia boleh dengar kata-kata cinta daripada Izzati. Sebanyak mana usaha dia untuk mencairkan hati Izzati, tapi sejujurnya hatinya lebih teguh daripada batu. Sabar sahaja lah kunci untuk usahanya.

" Wafiy, bila saya fikirkan balik saya tak salahkan awak kalau awak tinggalkan saya. Memang salah saya sebab buatkan awak tertunggu-tunggu macam orang bodoh,"

" Saya tak nak lah cakap pasal benda macamtu. Awak macam tak percayakan cinta saya pula. Mana mungkin saya akan berputus asa tanpa mendengar dulu balasan awak,"

Mereka sama-sama gerak ke jeti semula.

" Saya pergi toilet sekejap ya?"

" Ok. Jangan lama-lama tau. Nanti rindu~" Wafiy mengusik dengan bibir dimuncung ke depan.

Izzati hanya menjeling ke atas sebelum mengorak langkah ke tandas awam jeti.

Beberapa minit Izzati pergi, telefonnya berdering kuat di seat sebelah.

Leo🦁

Nama di skrin mencetuskan perasaan ingin tahu Wafiy. Perlahan dengan berhati-hati dia mengangkat.

Pandangan matanya ke arah laluan Izzati tadi.

" Hello, Lady Ace. Kami dah buat apa yang puan suruh. Lelaki ni dah lunyai. Jadi kita nak buat apa lagi pada dia?"

Berdegup kencang jantung Wafiy mendengar perkhabaran daripada lelaki misteri ini. Siapa lelaki yang dah kena lunyai tu? Apa kena mengena dengan Izzati?

" Lady ace?" Dia memanggil lagi kerana tiada sahutan dari sebalik panggilan.

Belum sempat apa-apa, telefon itu dirampas. Pandangan helang Izzati menikam wajah Wafiy. Panggilan itu terus dimatikannya.

" What are you doing with my phone?"

" I'm the one who should ask you. What are you dong? I mean... What have you done?"

" I didn't do anything," Izzati terus masuk ke dalam kereta. Announcement daripada pembesar suara tentang pergerakan masuk kereta ke dalam feri sudah berbunyi.

" Izzati,"

" Apa?"

" Izzati Hanani. I'm talking to you," Wafiy masuk ke dalam kereta juga.

[ C ] | I'm not a sugar mummy!Where stories live. Discover now