💸 57 💸

828 50 0
                                    


               Entah berapa lama dia tidak sedarkan diri, dia kembali sedar dari lena. Kepala yang berpinar sedikit-sedikit surut. Perlahan dia mencelikkan mata.

" Argh!" Wafiy menekap mata kanannya. Matanya lebam entah kenapa. Sakitnya sampai terasa denyutan.

Pandangannya di bawa ke serata bilik. Ini bilik rumahnya. Macam mana dia boleh ada di sini?

Tiba-tiba dia mula mengingati memori kali terakhir sebelum tidak sedarkan diri.

" Huh?!" Wafiy terduduk dari bangunnya. Dia yang half naked sudah berdegup kencang. Macam mana dia boleh ada di dalam bilik sendiri sedangkan dia di kolej tadi?

" Dah bangun?"

Wafiy menoleh pantas ke arah Izzati. Wanita itu hanya bersinglet sambil mengacau air dalam cawan.

" Nah," Izzati memberikannya air bancuhan panas. Tanpa banyak soal, Wafiy perlahan ambil lalu dihirup.

" Awak ok tak?" Tanya Izzati prihatin. Kain yang dibasahi air panas dituam pada mata yang lebam.

Wafiy mengangguk. Kepalanya masih lagi keliru. Macam mana Izzati boleh berada di sini?

" Awak ingat tak apa yang berlaku tadi?"

" Saya tak sedarkan diri dalam bilik madam," Balas Wafiy perlahan.

" Awak hampir dirogol," Kata Izzati selamba badak.

" Huh?!" Wafiy menarik selimut sehingga menutup badannya. Izzati menahan ketawa. Gaya macam perempuan dah kena rogol.

" S-saya dah t-tak ada teruna dah k-ke?" Wafiy bertanya dengan nada bergetar.

" Kan saya kata hampir. Bukan dah kena," Izzati berkerut seribu.

Wafiy menghela nafas lega. " Oh,"

" Awak tak pengsan. Waktu dalam keadaan khayal, nafsu syafwat awak terjaga. Huru hara jadinya,"

Wajah Wafiy kemerahan kerana malu. Entah apa perangai dia sewaktu sangap tadi.

" Saya minta maaf, Izzati,"

" Kenapa awak minta maaf?" Izzati pelik.

Wafiy mencari wajah Izzati semula. Dia berkerut. Eh? Kenapa perempuan ni rileks je? Habistu? Macam mana dia boleh tenang kalau tak lunaskan 'hajat'?

" T-tapi... macam mana..."

" Awak ingat kita..." Izzati tak mampu untuk menyambung ayatnya. Teragak-agak Wafiy mengangguk.

Izzati melipat lengannya ke tubuh.

Wafiy sudah khayal dengan ubat yang diberi Madam Roziata. Dia mengumam sesuatu yang tidak didengari.

" Wafiy, lepasni awak akan jadi milik saya," Madam Roziata sudah menyeringai kemenangan.

" Izzati..."

" Itu ke nama perempuan tua yang awak sayangkan sangat tu?"

Perlahan baju Wafiy dibuka bermula daripada butang baju kemeja.

Bam!

  Madam Roziata terkejut seraya berpaling. Izzati dan beberapa pihak atasan masuk ke dalam bilik. Wajah Izzati mula merah apabila ternampak Wafiy yang lemah terbaring di atas sofa.

" Apa yang awak buat ni, puan Roziata??!"

  Madam Roziata menjarakkan dirinya daripada Wafiy. Kelihatan dia sudah menggelebah kerana tertangkap.

[ C ] | I'm not a sugar mummy!Where stories live. Discover now