03 | c r u s h

237 10 0
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

Kring! Kring!

Loceng waktu rehat telahpun berdering satu sekolah. Semua pelajar, berpusu keluar selepas cikgu Joon meninggalkan kelas. Yena mengemas buku-buku tadi dan dimasukkan kedalam beg. Yena tengok Jihoon yang masih nyenyak tidur disebalik buku yang tegak. Pandai dia sembunyi balik buku supaya tak kantoi dengan cikgu.

“Yah, Park Jihoon. Bangunlah.”

“Awak takyah kejut Jihoon tu. Dia memang suka tidur time rehat. Sekejap lagi, dia bangunlah tu.” ucap Jaehyuk dan memusingkan kerusi menghadap Yena. Yena hanya diam dan mengangguk. Yena bangun dari kerusinya tapi Jaehyuk dengan cepat menahan tangan gadis itu. Yena terkejut seketika.

“Awak nak pergi mana?”

“Pergi kantin lah. Awak tak makan ke?”

“Oh yeke? Takyah lah. Saya dah suruh Junkyu belikan makanan. Lagipun, harini menu makanan kat kantin tak menarik langsung. Semuanya sayur belaka. Lebih baik kita makan kat kelas ni.” ucap Jaehyuk dan melepaskan tangan Yena. Yena yang tak mampu untuk menolak menganggukkan kepala.

“Okay. Tapi, awak suruh Junkyu belikan apa?”

Kimbap, chicken yangnyeom dengan Bungeoppang. Kenapa?”

“Boleh tak awak minta dia belikan roti sosej satu? Nanti saya bayar balik. Saya teringin nak makan roti pula.” ucap Yena. Dia tiba-tiba teringat dengan peraturan Jihoon untuk belikan roti. Jaehyuk yang tak syak apa-apa mengangguk dan terus mesej pada Junkyu untuk permintaan Yena.

“Yena, kawan awak tu nama dia Dami kan?”

“Ha’ah, kenapa?”

“Tak adalah, dia kan kapel dengan Haruto. Tak sangka pula kawan dia adalah awak. Hehehe, kalau saya tahu saya suruh je Haruto kenalkan awak dengan saya.” ucap Jaehyuk dan menongkat dagu melihat Yena. Yena mula merasa malu apabila Jaehyuk bercakap macam tu. Seolah-olah bagi harapan pada Yena.

“Esh, buat apa pula? Lagipun, saya dengan Haruto bukan nya rapat sangat pun. Kenal gitu-gitu je. Awak kan dah ada kekasih. Tak elok tau bergaul dengan perempuan lain. Nanti, kalau dia jeles macam mana? Saya juga yang kena nanti.” ucap Yena dengan nada sedikit sedih. Jaehyuk pandang Yena dengan perasaan tertanya.

“Kekasih? Saya mana ada kekasih. Pandai-pandai jelah awak ni.”

“Jihan tu bukan kekasih awak ke? Saya tengok, dia mesra je dengan awak tadi.” ucap Yena dengan suara yang agak teruja. Jaehyuk tertawa mendengar soalan Yena. Bukan tu je, reaksi muka Yena yang macam tak percaya tu buatkan dia geli hati. Bagi dia, ianya kelihatan comel.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now