24 | f e e l i n g s

189 13 1
                                    

—y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

y e n a

Selepas makan malam, aku duduk sendirian di pondok yang ada di laman rumah nenek Jihoon ni. Kau tahu tak, Yujin pun makan sekali dengan kitorang tadi? Spoil terus mood aku. Nenek dengan Jihoon banyak berbual dengan dia berbanding dengan aku. Even sekarang, diorang tengah sembang teh sama-sama. Malas aku nak join sekali.

“Yah, kau buat apa kat luar sensorang?”

“Ambil angin. Kau buat apa kat sini? Pergi lah sambung sembang dengan dia. Dia kan kawan terapat kau.” ucap aku dan pandang ke arah lain. Tak sangka pula dia datang sini. Ingatkan dah tak kisah pasal aku ni. Aku dengar dia tertawa kecil. Apa yang kelakar nya? Dia ingat aku buat lawak?

“Kenapa? Kau jeles?”

“Aku?! Jeles dengan kau? Memang tak lah aku nak jeles. Kan dah ada dalam rules kalau kita tak leh masuk campur dengan hal cinta masing-masing. Tak apa, aku tak kisah pun. Pergilah sana. Aku nak sensorang.” ucap aku dan menjeling. Tiba-tiba, Jihoon menyelubungkan belakang badan aku dengan jaket.

“Takkanlah aku nak biarkan isteri aku kesejukan sorang-sorang kat luar ni? Betul tak?”

Tch, sejak bila kau serius dengan gelaran isteri tu?”

“Sejak aku dan kau kat atas pentas dewan kahwin kita. Hei, aku sentiasa anggap kau isteri aku walaupun kita tak saling cinta.” ucap Jihoon. Aku terharu dengar kata-kata dia. Jantung aku yang tadi denyut sebab cemburu dah berubah menjadi debaran lain. Macam mana nak ekspresskan eh? Entahlah.

“Erm.”

“Kau ada benda nak tanya aku kan sebenarnya? Tanyalah.”

“Erm..sejak bila kau rapat dengan Yujin tu?”

Well, dari kecil. Dulu, aku duduk kat rumah nenek aku lama sebab mama dan papa yang ada hal bisnes kat luar negara. Yujin tu pulak anak jagaan nenek aku. Memang kitorang duduk sekali lah kat rumah ni sampailah aku pindah Seoul.” ucap Jihoon. Aku mengangguk tanda faham. Jadi, tak heranlah kalau diorang rapat macam tadi.

“Kau tak ada perasaan suka ke kat dia? Yelah, dia pun cantik. Lepastu, nenek kau macam suka dengan dia.”

“Eh? Tak ada maknanya lah aku nak suka Yujin. Perempuan yang pernah aku suka dulu cuma Minju je. Lepastu dah tak ada. Yujin tu sekadar kawan dah cukup. Cuma aku banyak rapat dengan dia sebab kenal lama. Itu je. Alah, nenek aku semua dia suka.” ucap dia dengan nada biasa.

“Oh, macam tu.”

Aku tersenyum kecil. Hati aku rasa tenang dengar penjelasan dia. Jadi, tak ada sebab lah aku nak rasa jeles kan dengan Yujin tu? Tiba-tiba, aku rasa bahu aku agak berat. Eh, sesuka hati dia letak kepala atas bahu aku. Lepastu, tangan dia mengenggam tangan aku. Jantung aku menglaju berdegup. Tapi, aku suka debaran ni.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now