05 | t h e f e e l s

223 10 1
                                    

—a u t h o r

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

a u t h o r

Yena berjalan turun ke bawah dan nampak Jihoon yang tengah tengok tv sambil main telefon. Nampak macam dia tengah main game. Yena hanya abaikan dan pergi ke dapur untuk membuat air latte kegemarannya. Itulah rutin harian Yena. Kalau lepas belajar je dia akan minum air latte. Lepastu, sambung balik belajar.

DING! DONG!

Yena meletakkan cawan di atas meja dan berlari anak pergi ke pintu rumah. Dia tersenyum nampak pakcik delivery dah sampai. Yena berikan wang dan menunduk hormat kepada pakcik tu. Dia ambil pizza dan ayam yang dia pesan itu masuk ke dalam rumah. Jihoon yang hidu bau makanan terus tengok ke arah Yena. Yena letakkan makanan di atas meja ruang tamu.

“Makanan dah sampai. Makan lah dulu.”

Niceu!”

Jihoon terus keluarkan makanan tu dari plastik dan membuka kotaknya. Yena pula pergi dapur ambil cawan dan pinggan. Jihoon menutup aplikasi minecraft dan buka kamera. Dia terus ambil gambar makanan tu. Biasalah nama pun instafamous. Semua benda nak kena update. Yena meletakkan cawan dan pinggan di atas meja. Dia duduk di sofa berhadapan Jihoon.

“Kau ni memang suka bergambar ke apa?”

“Mestilah. Aku ni budak popular kat insta. Kenalah update selalu apa yang aku tengah buat atau tengah makan.” ucap Jihoon dengan bangga. Dia terus buka aplikasi instagram dan mengepost gambar makanan. Lepastu, dia ambil sekeping pizza. Dengan lahapnya dia makan pizza tu.

Best ke main instagram tu? Instagram tu untuk apa sebenarnya? Cuma untuk gambar ke?” tanya Yena yang tertanya. Terus tersedak Jihoon bila dengar soalan Yena. Nampak sangat lah si Yena ni sejenis yang tak bergaul dengan manusia di sosial media. Dah nama pun introvert persons kan. Yena berikan tisu kepada Jihoon.

“Pelik sangat ke soalan aku tadi sampai kau tersedak?” tanya Yena lagi.

“Yelah! Kau ni duduk zaman batu ke sampai tak tahu apa tu instagram? Instagram tu sosial media yang boleh buat macam-macam. Live brodcast ke, hantar gambar ke, video ke dan macam-macam. Kau nak berniaga pun boleh tau. Kat situ ada ramai orang akan komen dan follow account kalau post kau menarik.” ucap Jihoon. Yena hanya mengangguk.

“Oh macam tu.”

“Kau tak ada instagram?”

“Tak ada. Bagi aku benda tu tak penting. Aku bukannya ada benda nak di post bagi orang tengok.” jawab Yena. Dami ada je suruh Yena buat instagram ni tapi Yena memang tak berminat langsung. Bagi dia, handphone tu cuma untuk call dan message orang sahaja. Jihoon menggeleng kecil. Sedih dengan life Yena yang bagi dia boring tu.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now