25 | m y h e a r t

248 16 0
                                    

-y e n a

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-y e n a

Aku duduk di sebuah bangku yang ada di tepi sawah padi. Aku tak nak balik. Aku tak nak nenek nampak aku menangis macam ni. Nanti dia salah faham pula tengok aku. Aku menunduk dan memegang dada aku yang merasa sakit. Sakit sebab perasaan cemburu. Kenapa lah aku suka dekat dia?! Padahal sebelum ni aku tak ada perasaan apa-apa pun kat dia.

"Jeogiyo..gwaenchanayo? (Maafkan saya sebab ganggu, awak okay?)"

"Oh? Urm..urm."

"Maaf saya cuma nak ambil kotak yang tertinggal kat bangku ni. Saya tengok awak nangis macam ni..jadi takut pula nak ganggu." ucap lelaki tu dan duduk di sebelah aku. Aku mengesat airmata yang masih mengalir. Oh, kotak yang ada atas kerusi ni dia punya rupanya. Dia hulurkan aku sehelai tisu.

"Saya ada tisu, gunalah."

"Eh tak apalah, saya dah berhenti menangis."

"Saya tak tahu kenapa awak menangis, tapi janganlah ditahan. Nanti awak yang sakit tau. Nangis je, saya tak tengok. Saya duduk sini, cuma nak teman awak." ucap lelaki tu dan pandang ke arah lain. Aku ambil tisu dan sekali lagi airmata aku mengalir laju. Aku tak dapat nak tahan lagi rasa sedih ni. Selepas puas menangis, aku lap airmata dengan tisu tu dan tengok lelaki tu.

"Terima kasih, bagi tisu ni."

"Tak ada hal lah. Heheh, siapa nama awak? Saya tak rasa awak penduduk desa ni sebab ni kali pertama saya nampak awak." ucap lelaki tu. Cara pemakaian dia, dia nampak macam lelaki yang kerja di pasaraya. Mesti dia baru balik dari kerja kan? Aku pandang sawah padi yang luas tu dan tersenyum.

"Memang pun. Saya dari Seoul. Nama saya Choi Yena."

"Oh, sedap nama awak. Nama saya Bang Yedam. Awak datang sini dengan siapa? Takkan datang sorang-sorang?" tanya lelaki bernama Yedam tu. Aku menggelengkan kepala dan menunduk pandang cincin kahwin yang ada di jari aku. Aku pakai, sebab Jihoon suruh. Yelah, taknak nenek dia fikir bukan-bukan.

"Saya datang dengan suami saya."

"Wah! Awak dah kahwin? Kalau tengok awak, awak nampak muda. Nampak macam sebaya saya. Awak biar betul?"

"Ya, saya dah kahwin. Saya kahwin sebab mama dan papa saya."

"Ah, pilihan keluarga lah ni? Awak tahu tak Yena, nasib kita sama. Saya pun sebenarnya dah kahwin. Kahwin muda. Pada awalnya, saya benci sangat dengan perkahwinan ni. Tapi, lama-lama saya bahagia. Saya gembira dengan isteri saya juga." ucap Yedam dengan rasa bangga. Oh, dia pun dah kahwin juga? Tak sangkanya.

"Oh..yeke?"

"Awak pun, sebenarnya dah bahagia dengan suami awak kan?"

"Saya tak tahu lah Yedam. Jujur dari hati, saya dah mula cintakan dia. Tapi, saya tak boleh agak perasaan dia pada saya? Nampak macam saya je yang suka dekat dia." ucap aku. Memang Jihoon care dengan aku tapi tu semua hanya sebab janji dia pada mama dan papa aku. Yedam tertawa kecil dan menyandar di bangku tu.

Secret Husband [PJH]Where stories live. Discover now