Bab 1

376 18 0
                                    


" Mama!!!Kakak!!,mana korang??!!,", jerit Rania. "Bangun, sayang, kenapa ni?, tanya Puan Delina. Rania terus terbangun dari tidur. "Mama, Nia mimpi buruk lagi, Nia mimpi yang mama, dan kakak hilang daripada kehidupan Nia macam ayah pergi dulu !!, kata Rania sambil menangis memeluk mamanya. "Kan ni permainan iblis, dah tidur Nia, esok Nia nak kena pergi sekolah",pujuk mama. Rania mengangguk kepalanya lalu Rania sambung tidur semula.

" Mama, Rania nak pergi sekolah dulu, nak salam dulu", Rania menyalam ibunya. " Cepatlah, janganlah terhegeh2 lagi," Jerit kakaknya, Amera. "Sabarlah, okeylah Nia pergi dulu," kata Rania. Ayah Rania dan Amera sudah meninggal sejak mereka kecil disebabkan penyakit. Semasa perjalanan, Amera sempat bertanya dengan Rania, "Nia, kakak nak tanya kalau kakak dan mama takde?",tanya Amera. Amera sempat berpesan kepada Rania, "Nia kena kuat and tabah, kakak tau adik kakak ni kuat", pesan Amera. Rania berasa pelik dengan soalan dan pesanan yang dianjurkan kepadanya. " apa ni kakak, jangan tanya soalan bodoh boleh tak!!", marah Rania ,riak muka Rania hampir menangis.

" Sorry, sorry, kakak tak tanya lagi,dahlah janganlah nangis,nanti orang lain ingatkan kakak buli adik pula," pujuk Amera. "Kalau Nia stop nangis, kakak belanja adik makan pizza ",pujuk Amera. Rania terus stop menangis apabila mendengar perkataan pizza. Rania terus mengelap air mata. " janji tau kakak",kata Rania sambil membuat jari promise. " Janji",jawab Amera. Rania terus masuk ke dalam sekolah untuk belajar. Rania tidak sabar untuk pulang ke rumah.


" Tak sabar nak makan pizza," kata Rania dalam hatinya, Rania segera berjalan pulang dari sekolah tanpa siapa jemputnya. Raina tidak hairan sekiranya kakaknya tidak menjemputnya pada hari ini. Raina menyangka kakaknya menunggunya di rumah untuk memberikan surprises bersama mamanya sempena hari lahirnya. Apabila hampir kerumahnya, Rania ternampak kelompok orang ramai di hadapan rumahnya. Rania terus berlari kearah mereka dan bertanya apa yang telah terjadi. "Mak cik Senah, kenapa ni?",tanya Rania kepada makcik tersebut.

Makcik Senah menangis dan meminta maaf kepada Rania. " Makcik minta maaf tau , makcik tak dapat selamatkan mama dengan kakak Rania", ucap makcik Senah sambil menunjukkan kearah rumah kami. " Apa ni , makcik,makcik mesti bergurau kan?",tanya Rania sambil menahan sebak. Dia cuba melihat keadaan rumahnya yang telah terbakar. "Apa ni, Rania memang suka suprises tapi bukan suprises macam ni yang Rania nak!!",jerit Rania. Makcik Senah cuba menghalang Rania daripada masuk kedalam rumah tersebut. " Ketepi makcik ,Rania nak cari mama dengan kakak lah!!", pekik Rania.

Ketika Makcik Senah menghalang Rania masuk ke dalam rumahnya, Rania ternampak dua pegawai bomba mengangkut dua orang yang telah ditutup dengan kain hitam. " tak mungkin , ini tak mungkin, mama !!!Kakak!!",jerit Rania sambil berlari kearah dua mayat tersebut. Rania terdiam apabila melihat tangan mamanya masih memegang Teddy bear dengan erat seperti tidak mahu melepaskan Teddy bear tersebut manakala kakaknya masih memegang kad hari jadinya yang telah hangus dijilat api. Rania teringat kejadian 2 hari lepas, " adik, mama nak tanya, adik nak hadiah birthday apa dia?",tanya mama kepada Rania. "hmm,, adik nak Teddy bear ",kata Rania sambil tersenyum.

"Maafkan makcik, makcik dah cuba halang mama kamu masuk semula tapi mama nak masuk juga sebab katanya ada benda paling penting untuk Rania", ucap Makcik Senah. Rania terduduk di atas jalan raya. Rania tidak menyangka bahawa mama dan kakaknya sanggup masuk semula untuk mengambil hadiah birthdaynya. "Rania taknak hadiah, Rania nak mama dengan kakak je, kenapa korang tinggalkan Nia!!",raung Rania. Rania terus pengsan kerana mendapat tamparan besar pada hari ini, hari yang sepatutnya Nia sambut birthday bersama mama dan kak Amera dengan bahgia tetapi sebaliknya hari yang membawa kedukaan dalam kehidupan Rania.

" Bangun Rania, ", kata seseorang tersebut. " Mama ke tu",ucap Rania yang masih mamai daripada tidurnya. " Bukan, ni Makcik Salina, kawan mama kamu,"kata Salina. Rania terus terbangun tidurnya. Rania melihat sekelilingnya seperti di tempat berlainan. "Kat mana ni makcik?",tanya Rania. "sini, kat hospital, Rania pengsan tadi."balas Salina. "makcik,mama dengan kakak dah takde,diorang dah tinggalkan Nia!!", kata Rania sambil memeluk badan Salina. Salina hanya membalas pelukan Rania.

" Rania, ikut makcik pulang rumah makcik,"pujuk Salina. " Nia takut dengan family makcik tak boleh terima kedatangan Nia.," kata Rania. Makcik dah bagitau pegawai pusat rumah anak yatim yang Rania akan jadi anak angkat makcik. " Makcik dah bagitau family makcik yang ada ahli keluarga baharu nak datang nanti, lagipun Delina dah banyak tolong makcik masa makcik susah,so ni masanya makcik balas budi dia,"kata Salina kepada Rania. Rania hanya mengangguk kepalanya. Salina berharap anak2nya boleh terima Rania sebagai adik angkatnya.

" Yeah!!!, ibu bawa adik baharu" jerit Akmal,abang angkat Rania. Ammar hanya memberikan senyuman sinis apabila melihat kedatangan Rania sebagai ahli baharu dalam keluarganya. Ammar merupakan abang pertama , dan Akmal adalah abang kedua dalam keluarga . Mereka merupakan anak kembar seiras, walaupun muka mereka seiras, tetapi perangai mereka sangat berbeza sekali. Rania mengikuti Salina masuk ke rumahnya. " Akmal!!Ammar!!, mari sini ibu nak kenalkan Rania," Akmal dan Ammar segera berjumpa dengan ibunya. "Rania, memperkenalkan nama aku Akmal", Akmal menghulurkan tangannya. " Na..nama saya Rania , umur 8 tahun",Rania menyambut salaman Akmal. "Sebelah aku ni, namanya Ammar, abang kembar aku, umur kitaorang 14 tahun", kata Akmal. Akmal tahu yang abangnya tidak berapa suka kedatangan Rania. Rania berasa takut untuk memandang wajah Ammar ketika itu.

" Jom ikut aku, aku nak tunjuk bilik kau," Akmal menarik tangan Rania menaiki tangga dan menuju bilik paling hujung. Rania terkejut apabila melihat keadaan biliknya sangat cantik dan berbeza dengan bilik sebelum ini. Tetiba Rania teringat akan mama dan Kakak Ameera ,matanya mula bertakung air mata. "Lepas ni aku nak tunjuk bilik aku pula, and bilik Abang Am..",kata Akmal terstop apabila mendengar Rania menangis. Akmal segera mengambil tisu di atas meja lalu menghulurkan tisu kepada Rania. "Rania, kau jangan nangis , kau ada aku, Abang Ammar , ibu dan ayah, kitaorang akan sayang Rania macam keluarga sendiri ",kata Akmal sambil senyum. Rania pun berhenti menangis lalu mengelap air matanya. Rania berasa bersyukur kerana masih ada sayangkan dirinya, iaitu ibu ,ayah,abang kembarnya, keluarga baharu.

Rania Qairaa ( Completed)Where stories live. Discover now