Di taman berdekatan dengan rumah Rania
" Rania, abang dengar Rania ada pergi pantai, nak lepaskan tekanan pasal Hairi?', tanya Aiman, masih memikirkan perasaan Rania. Dia juga menjadi saksi melihat pergaduhan Ammar dengan Hairi. Dia tidak mahu perempuan itu terluka. " Rania dah ok, ni mesti Maria bagitahu kat abang kan?", soal Rania pula. Dia berasa tidak selesa jika lelaki itu cuba mendekati dirinya. Perasaannya semakin hilang, mungkin perasaan terhadap lelaki itu salah. Dia menganggap lelaki itu seperti abangnya juga yang cuba melindungi dirinya daripada bahaya. Dia keliru tentang perasaannya. " Abang tahu daripada Maria, kenapa?, abang tak boleh ambil tahu tentang Rania lagi ke?", soal Aiman balik seperti Rania cuba menjauhkan dirinya. " Bukan macam tu, Rania nak bagitahu yang Rania nak sambung belajar kat universiti", cerita Rania. " Ouh, samalah dengan Maria, dia pun nak sambung belajar juga minggu depan, Rania sambung belajar kat mana?", tanya Aiman, teruja dengan berita baik yang disampaikan. " Rania sambung belajar kat Kolej Alexander, tempat belajar abang Ammar", cerita Rania, akhirnya dia membuat keputusan untuk belajar di tempat yang sama seperti abang-abangnya. " Ouh, Maria belajar kat uitm, kerajaan", cerita Aiman.
" Abang, mungkin ini kali terakhir kita akan berjumpa", kata Rania mahu bangun dari bangku itu. " Kenapa cakap macam tu, kan kita boleh jumpa lagi, masa cuti sem ke?', pujuk Aiman. " Maaf abang, Rania tahu perasaan abang pada Rania, tapi Rania tak boleh terima abang, Rania keliru dengan perasaan Rania", balas Rania. Aiman terus bangun, menghalang jalan Rania. " Abang bagi Rania masa, abang taknak Rania buat keputusan terburu-buru", kata Aiman cuba lagi. " Abang, Rania fikir masak-masak tentang kita, dan Rania rasa lebih baik kita jadi kawan sahaja, ataupun Rania anggap abang macam abang Rania, Rania nak fokuskan belajar dan keluarga Rania, Rania nak balas budi diorang dan capai cita-cita Rania", balas Rania berlalu pergi. " Rania, abang lepaskan Rania, tapi Rania janji jangan putuskan hubungan kita sebagai kawan", jerit Aiman, berat untuk melepaskan perempuan itu pergi. Rania mengangkat tangannya, menunjukkan baik tetapi enggan memandang ke belakang, tidak mahu lelaki itu tahu dia juga menangis. Dia yakin ada perempuan lain juga yang boleh membahagiakannya walaupun dia sedar perempuan itu bukan dirinya.
Rania sampai ke rumahnya, belum sempat dia naiki tangga, abangnya sempat menghalang dirinya. " Siapa yang buat Rania nangis ni?", tanya Ammar melihat hidung adiknya kemerahan menunjukkan adiknya baru selesai menangis. " Abang, adik terpaksa pilih pelajaran daripada cinta adik, adik taknak disebabkan cinta, adik leka", kata Rania, mengadu pada Ammar. " Rania dah jumpa dengan Aiman ke, dah fikir masak-masak pasal ni?", tanya Ammar, dia tahu lelaki itu mempunyai perasaan adiknya, dia tidak menghalang cinta adiknya memandangkan lelaki itu pernah melindungi adiknya daripada Hairi. " Dah, Rania dah buat keputusan nak fokus belajar dan kerja buat masa ni, lagipun umur adik masa muda lagi", kata Rania senyum. " Abang tanya Rania, sekarang Rania pula nak tanya abang", kata Rania. " Nak tanya apa?", soal Ammar. " Bila abang nak merisik kawan Rania, abang dengan Maria ingat Rania tak tahu yang korang dah bercinta", tanya Rania, dia ternampak abangnya membawa kawannya makan tengah hari bersama-sama berdekatan dengan syarikat ayahnya.
" Maria kata dia nak sambung belajar dulu, baru abang boleh merisik dia", kata Ammar, dia dan Maria sudah membuat keputusan mereka akan berkahwin selepas 3 tahun, dia menunggu Maria menghabiskan pelajarannya. Soal kerja pula, dia tidak menghalang Maria jika dia mahu bekerja juga walaupun lelaki itu mampu menangung sara hidupnya. " Abang sanggup tunggu dia, dia cinta pertama abang", kat Ammar. Rania tahu tiada perempuan yang lain boleh mencairkan hati abangnya, Larissa juga tidak mampu mengoda abangnya juga. Setahu dia Larissa dipecat atas kesalahan pecah amanah, dia cuba menjatuhkan abangnya memandangkan abangnya tidak menerima cintanya membuatkan dia sanggup bersongkol dengan musuh abangnya untuk menjatuhkan abang Ammar tetapi dia sendiri ditangkap disebabkan sikap bodohnya sendiri. " Adik doakan semoga abang dengan Maria kekal bersama until jannah", doa Rania. Ammar tersenyum, dia juga mendoakan kebahagiaan Rania dengan pilihannya. Dia tidak mahu menentukan kebahagiaan Rania memandangkan Rania sudah besar.

YOU ARE READING
Rania Qairaa ( Completed)
Teen FictionRania telah kehilangan keluarganya iaitu mamanya dan kakaknya pada ketika itu dia berumur 8 tahun disebabkan kejadian yang tidak diingini. Selepas kejadian itu, dia telah diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Puan Salina, kawan baik mamanya. ...