Bab 44

72 3 0
                                    

Sudah 3 tahun berlalu,

Akhirnya Rania sudah mendapat segulung Ijazah Pendidikan Awal Kanak-kanak, dengan bangganya Rania dapat berdiri di atas pentas untuk menerima segulung Ijazah di hadapan mata ahli keluarganya. Keluarga Encik Qayyum dan keluarga Dato Muazzam juga hadir di dewan konvensyen. Dia juga dapat melihat kehadiran sepupu Maria, Aiman bersama dengan isterinya.  Ammar ada memberitahu padanya, Aiman sudah berkahwin sejak 2 tahun lepas, katanya dia mula jatuh cinta pada wanita itu sejak kali pertama di kedai buku. " Akhirnya abang jumpa dengan wanita yang boleh bahagiakan abang, jadi Rania tak menyesal jika Rania buat keputusan untuk melupakan abang sebagai imam Rania, tapi Rania masih anggap abang macam abang Rania", bisik Rania sendiri. Dia juga melihat wajah abang Aiman gembira dengan kak Fatin. 

" Tahniah adik, sebab dah graduate di Kolej Zanders, tempat kolej abang", ucap Ammar menghulurkan bunga ros bewarna merah kepada Rania. Ramai perempuan terpaku dengan ketampanan abangnya. " Hai, awak ada girlfriend tak?", soal pelajar perempuan cuba mendekati abangnya. Rania mampu terdiam melihat keberanian perempuan itu, tapi dia tahu abangnya setia pada seorang sahaja. " Sorry, dia bakal husband saya, so saya rasa awak patut undurkan diri awak sebelum saya cakar muka awak", balas Maria tiba-tiba muncul. " Maria, kau pun ada juga kat sini, bila kau datang?", tanya Rania, terkejut kehadirannya. " Ada je tadi, aku kat belakang abang kau, memanglah tak nampak, abang kau pun satu, muka dia dah tarik minat semua pelajar perempuan kat sini, perempuan tu pun satu takkan lah tak nampak aku dengan abang kau", rungut Maria, marah pada Ammar. " Angel, abang minta maaf, abang tak sempat nak jawab, angel dah jawabkan, thanks angel", kata Ammar mengusap kepala tudung Maria perlahan. " Garang juga bakal isteri abang, nak cakar-cakar orang, angel ingat angel ni harimau ke?", sengaja mengusik Maria lagi. Maria terus menepuk lengan Ammar. 

"So, bila tarikh perkahwinan korang, aku tak sabar nak makan nasi minyak ni?", soal Rania kepada Maria. " Kalau aku kata kat kau ni, kau jangan terkejut tau", kata Maria. " Taklah, aku tak marah kau", balas Rania. " Esok, aku dengan abang kau akan kahwin, kitaorang dah prepare semua sekali, hantaran, baju kahwin dan lain-lain," kata Maria perlahan. " Ya Allah, esok kau nak kahwin, sampai hati kau tak tunggu aku, aku pun nak teman kau beli baju kahwin kau", kata Rania merajuk. " Kenapa pula Rania nak teman, dia kan bakal isteri abang, abanglah yang temankan dia", jawab Ammar selamba. " Maria, kau tengoklah abang aku ni", marah Rania. " Aku tengah tengok ni, tak jemu tengok muka abang kau, handsome abang Ammar", balas Maria tersenyum sengih. " Dahlah aku malas nak layan korang ", kata Rania berlalu pergi. Maria dan Ammar mampu tergelak sahaja melihat Rania berlalu pergi. 

Rania Qairaa ( Completed)Where stories live. Discover now