"Maria, tadi Ammar ada telefon ibu, dia kata Rania sakit, dia demam panas",adu Puan Zaharah. Ketika Puan Zaharah sedang sibuk memasak, kedengaran telefonnya berbunyi. "Assalammualaikum mak cik, saya Ammar, abang Rania, saya dapat nombor mak cik ni daripada telefon Rania, Rania tak tahu yang saya telefon mak cik",telefon Ammar. "Kenapa Ammar telefon mak cik?",tanya Puan Zaharah berasa susah hati. "Rania demam panas, saya dah suruh dia call Maria, beritahu dia sakit, tapi dia degil,tak nak bagitahu kawannya,dia tak nak kawannya risau pasal ni",cerita Ammar. "Terima kasih Ammar, nanti mak cik bagitahu kat Maria pasal ni",kata Zaharah tersenyum nipis.
"Rania demam, kenapa Rania tak beritahu kat Maria,"kata Maria kecil hati dengan perbuatan kawannya. "Pergilah jenguk kawan Maria , kasihan kat dia,"pujuk Zaharah pada anaknya. Maria mengangguk kepalanya, dia terus bersiap diri untuk berjumpa dengan Rania.
"Assalammualaikum, Rania, Rania!!",panggil Maria. "Waalaikumusalam, siapa yang datang ni?",tanya Rania terus menuju ke pintu rumahnya. Rania terkejut melihat kehadiran Maria. "Maria, kau buat apa kat sini?",tanya Rania. "Aku nak ziarah kawan aku, kau kan sakit, sampai hati kau tak telefon aku, nasib baik abang kau telefon ibu aku",cerita Maria, membawa buah tangan untuk Rania. "Abang ni pun satu, orang dah cakap jangan bagitahu Maria",kata Rania perlahan namun Ammar dapat mendengar apa yang dikatakan oleh Rania." Rania, kawan datang tu, suruh lah dia masuk, tak baik biarkan dia tunggu kat luar, panas kat luar",tegur Ammar.
"Masuklah Maria, kita berbual kat bilik aku, aku tak larat nak berdiri lama-lama",kata Rania. "Nak abang dukung adik tak, abang boleh je tolong",kata Ammar tersenyum,sengaja mengusik adiknya. "Hahhahah, takpelah abang, Maria ada, dia boleh tolong Rania",kata Rania memandang Maria. "Takpelah abang Ammar, Maria boleh tolong Rania naik atas, terima kasih abang bagitahu kat ibu Maria, nak tunggu budak ni bagitahu, memang lambat orang nak tahu keadaan dia ni",kata Maria menepuk perlahan bahu Rania.
"Sakitlah weh, aku dah lah sakit, kau nak tambah sakit aku ke?",soal Rania. "Ni padahnya sebab kau tak beritahu aku yang kau sakit",kata Maria, membawa Rania naiki tangga, menuju biliknya. "Nah buah tangan, Aiman bagi, dia dah tahu yang kau demam, dia kirim salam, ibu dengan ayah aku pun kirim salam kat kau",kata Maria melihat Rania baring di atas katilnya.
"Waalaikumusalam,terima kasih sebab kau jenguk aku ",ucap Rania tersenyum melihat kawannya datang untuknya. "Sama-sama Rania, kau kan kawan aku,mestilah aku datang",balas Maria. "Abang Akmal mana, ibu dengan ayah kau pun tiada juga",tanya Maria melihat hanya ada seorang bibik dengan Ammar sahaja ada di rumah. "Abang Akmal pergi kerja, ibu ayah aku pula bercuti kat luar negara",balas Rania. "Kau nak teman aku tidur sini, aku bosan lah",ajak Rania. "Aku kena tanya ibu ayah aku dulu",kata Maria.
"Maria, abang dah minta izin kat ibu ayah Maria tadi, diorang izinkan",kata Ammar tiba-tiba muncul. " Terima kasih abang Ammar", kata Maria memberi senyuman manis. " Auch, cantiknya senyuman kau Maria", bisik Ammar dalam hati. " Adik rasa abang boleh keluar dari bilik adik,"kata Rania, perasan pandangan abangnya terhadap kawannya. " Okeylah, kalau adik nak apa-apa, bagitahu kat abang", pesan Ammar. "Baiklah abang kusayang, kalau adik nak apa-apa,adik jerit panggil abang ye",gurau Rania. Ammar hanya mengelengkan kepalanya,malas melayan gelagat buruk adiknya.

ESTÁS LEYENDO
Rania Qairaa ( Completed)
Novela JuvenilRania telah kehilangan keluarganya iaitu mamanya dan kakaknya pada ketika itu dia berumur 8 tahun disebabkan kejadian yang tidak diingini. Selepas kejadian itu, dia telah diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Puan Salina, kawan baik mamanya. ...