Bab 2

163 10 1
                                    

Sudah sebulan, Rania sudah menyesuaikan dirinya di rumah baharunya. Rania berasa gembira kerana ramai orang yang melayan dirinya seperti keluarga mereka sendiri kecuali seorang sahaja yang tidak dapat memberi layanan yang baik padanya, iaitu abang sulungnya, Ammar. Abangnya masih menganggap dirinya sebagai orang luar yang tetiba muncul dalam keluarganya. Rania masih mengingat tentang kejadian yang dahulu, pada ketika itu Rania cuba memanggil abang sulungnya untuk turun makan tetapi dia telah dimarahi olehnya. Nasib baik Abang Akmal cuba menenangkan hati hatinya.

"Abang, ibu panggil untuk makan malam ", panggil Rania mengetuk pintu bilik abangnya secara perlahan. "Abang, jomlah makan",ajak Rania kali kedua kerana panggilan pertama tidak disahut. Rania baru mahu mengetuk pintu kali ketiga , pintu abangnya sudah dibuka. " Kau nak apa ?",tanya Ammar dengan kasar. " Ibu panggil abang makan malam," kata Rania sambil tunduk kepalanya kerana takut dengan pandangan dingin abangnya. " Siapa abang kau, memang betul aku ni abang tapi abang kepada Akmal saja , bukan Rania, kau sedar tak kau ni menumpang rumah keluarga aku.", Tekik Ammar. Pada ketika itu hanya Rania dengan Ammar berada di tingkat atas, tiada siapa yang mendengar suara kasar Ammar. "Rania tahu yang Rania ni menumpang rumah keluarga Abang Ammar, Rania bersyukur sebab ada orang sanggup kutip Rania masuk dalam keluarga ni", kata Rania cuba memberikan senyuman , padahal air matanya sudah mengalir pada wajahnya.

Pada ketika itu, kebetulan Akmal menaiki tangga dan ternampak Rania menangis di depan bilik abangnya. " Kenapa ni abang, abang buat ape kat Rania?", tanya Akmal kepada abangnya. Ammar hanya mengelengkan kepalanya dan terus turun untuk makan malam. " Kenapa Rania, Abang Ammar ada buat apa2 kat Rania ke?", tanya Akmal. "Takde pape , ni habuk masuk dalam mata Rania," jawab Rania sambil mengelapkan air matanya. Rania hanya memberikan senyuman kepada abangnya. Dia tidak mahu abang kembarnya bergaduh disebabkan dirinya. Akmal hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. Dia berasa abangnya kata sesuatu kepada Rania sebelum dia naiki tangga tadi.

" Abang, ni Akmal, boleh Akmal masuk ", tanya Akmal sambil mengetuk bilik pintu abangnya. " Masuklah adik, pintu tak kunci pun",balas Ammar. Akmal pun masuk ke dalam biliknya dan terus duduk di atas kerusi di biliknya. " Abang, boleh tak abang layan Rania macam adik kita ?, tanya Akmal. "No", balas Ammar . "Kenapa abang?", tanya Akmal. " because dia tak layak jadi adik kita , Akmal", kata Ammar. Akmal tahu yang Rania hanya anak yatim dan kehidupan dia susah sebelum ini. "Abang , Akmal nak pesan abang jangan menyesal kalau ada berlaku sesuatu pada Rania", kata Akmal yang sudah geram dengan kedegilan abangnya. "Okey, no problem", balas Ammar angkuh .

Setelah kejadian itu, Rania cuba mengelak daripada bertembung dengan Ammar. Dia tidak mahu memberikan ketidakselesaan pada abangnya. Akmal tahu yang Rania berasa kecil hati dengan sikap abangnya. Akmal mendapat idea untuk mengembirakan adiknya lalu terus berbincang dengan keluarga. Pada malam itu, di meja makan, "Ayah dan ibu nak ajak anak2 pergi camping kat hutan ", ajak ayah. "Taknak, abang malas lah nak pergi camping", tolak Ammar. "No, semua anak ayah kena pergi, kalau tak duit belanja ayah tak bagi", kata ayah. Ammar hanya bersetuju untuk mengikuti camping kerana duit belanja sahaja.

Rania berasa gembira kerana dia meluangkan masa bersama keluarga baharunya. Pada ketika itu , Rania sedang mendirikan khemah dengan abangnya, Akmal, Ammar muncul dan menarik tangan Rania untuk mencari kayu api di dalam hutan. Akmal hanya mengelengkan kepalanya melihat karenah abangnya dan berharap abangnya dan Rania berbaik. Dalam perjalanan mencari kayu api, Ammar mendapat idea untuk mengenakan Rania. Ammar terus meninggalkan Rania yang sedang leka mencari kayu api. "Abang, nak berapa kayu api nak bakar?Tanya Rania berpaling ke belakang. Rania berpaling belakangnya dan tiada abangnya. Rania cuba mencari abangnya. " Abang!!abang!!mana abang??",panggil Rania berkali kali. Sudah 2 jam , Rania cuba memanggil abangnya tetapi abangnya tidak muncul. Rania berasa takut kerana dia berseorangan di dalam hutan . Rania berasa badannya tidak seimbang kerana dia kehausan. Rania terus tumbang di atas tanah hutan keseorangan dirinya.

Ammar pun kembali ke khemah tanpa rase bersalah. Akmal pelik kerana Ammar hanya pulang seorang diri dari hutan. "Abang, mana Rania?", tanya Akmal. "Tak tahu,",balas Ammar hanya memberikan smirk. Akmal berasa tidak senang hati melihat smirk yang diberikan oleh abangnya. Akmal segera masuk ke dalam hutan untuk mencari Rania. Sudah 3 jam Akmal mencari Rania, akhirnya Akmal jumpa Rania yang sedang terbaring di atas daun kotor. Akmal terus mendukung Rania menuju ke arah khemah. "Kenapa dengan Rania?", tanya Ammar kepada Akmal. Akmal hanya memberikan pandangan matanya tanpa membalas soalan abangnya.

Rania Qairaa ( Completed)Where stories live. Discover now