× 1 ×

513 88 285
                                    

Special tags: aeramavis- kimliu2 __Junkyuties__aengkyu- cxllemnini dhnhsdnansjnxsndjsn deeskiezz_ Dobbybiee bxbysahi IzzatiMawaddah9

Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa macam ramai juga eh tunggu nak fanfic Mashiho 😂 so here's the fanfic. Vote and comment 👉👈


"Kenapa kenapa kenapa?" Tangan lelaki berambut blode serabai itu tergawang-gawang. Jelas terpancar rasa tidak puas hati, sesekali dia bercekak pinggang. Buku berkotak-kotak yang penuh dengan pengiraan itu dihempas ke atas meja.

"Uri wae, wae, wae~" Sempat lagi Jihoon menyanyikan satu baris dari lagu Why Why Why iKON. Walaupun hanya satu baris, mukanya memainkan peranan yang mendalam untuk menghayati mood dan vibe di sebalik lagu tersebut. Penuh emosi!

Junkyu menepuk belakang Jihoon. Dalam keadaan getir macam mana pun sempat lagi kawan baiknya itu bergurau tak kena tempat dan masa. Memang sangat layak untuk dimarahi, ditendang dan ditampar ya.

"Kau ni!" kata Junkyu. Dia bertindak ganas dengan menekup mulut Jihoon yang tak reti nak tutup tu. Makin menjadi-jadi pula dia ni karaoke kat sini.

Mino sekadar menggeleng. Memang dah masak sangat dengan perangai pekerjanya yang seorang tu. Nak kata bodoh, pergi sekolah. Nak kata pandai, muka nampak macam blur. Dia pun dah tak tahu nak komen apa. No comment, next!

"Kenapa aku tengok, jualan burger kat restoran kita ni makin menurun? Kenapa? Orang dah tak suka dengan burger kita ke?" tanya Mino, akhirnya terungkap juga apa yang dia nak kata di sebalik 'kenapa kenapa kenapa' tadi.

"Saya syaklah kan bos!" Jihoon angkat tangan tinggi-tinggi, nasib baiklah bau wangi ketiak tu. Kalau tak, memang boleh pengsan member sebelah. Siapa lagi kalau bukan Junkyu si intan payung kesayangan.

"Kau syak apa? Baby shark doo doo?" celah Junkyu, angkat kening.

"Saya syak... Ada orang cuba sabotaj restoran kita! Apa eh orang panggil? Santau? Sihir? Haa macam tulah!" Jihoon menumbuk tangan, kalau betul tekaannya nak je dia tumbuk-tumbuk muka orang yang berani nak sabotaj restoran tempat dia mencari rezeki demi sesuap nasi ni.

"Santau? Sihir? Apa tu?" tanya semua yang ada di situ, sekali dengar macam pasukan bicara berirama peringkat kebangsaan.

"Alah, aku baca kat Internet. Dia macam ilmu hitam yang orang Malaysia selalu buat. Tahu tak Malaysia? Yang ada menara jagung berkembar tu," jelas Jihoon, entah kenapa hidungnya ikut terkembang-kembang. Bangga mungkin sebab mengetahui negara Malaysia yang terkenal dengan nasi lemak dan 2.6 bilion eh takde kaitan.

Maka, semua di situ membentukkan mulut masing-masing macam bentuk O dan selepas itu, anda pun tahu kan bunyi apa yang keluar?

"Ish, kalau macam tu, aku kena cari bomoh untuk kembalikan luck restoran aku!" kata Mino, sesekali dia membelek-belek rantai lehernya yang berbentuk daun empat klover, tanda nasib baik.

"Jen, kau ada jiran bomoh kan? Nanti minta dia datang kedai," arah Mino kepada Jennie, satu-satunya pekerja wanita di restorannya. Jennie sekadar mengangguk malas, dia lagi sibuk merias kukunya.

Soal jualan burger yang menurun itu bukannya satu masalah yang besar pun bagi Jennie. Baginya, mungkin orang yang datang ke sini lebih gemar untuk makan ayam goreng dan piza berbanding burger. Ilmu hitam tu semua karut je, bisik hatinya. Tapi dia malas nak bertekak. Lagi baik dia fikirkan macam mana nak cantikkan kukunya.

Di satu sudut perbincangan yang agak panas itu, seorang lelaki sedang tersengih-sengih sambil memandang telefon pintarnya yang berjenama Iphone di tangannya. Apa yang ditengoknya pun tak tahulah.

"Hei, Mashiho! Apa yang tersengih-sengih dari tadi tu?" tanya Mino. Dia bercekak pinggang melihat gelagat pekerjanya yang seorang itu yang nampaknya tak serius dengan topik perbincangan mereka.

"Err takde apa-apa! Hehehe," kata Mashiho. Telefon disimpan dalam poket, risau ada yang cuba curi-curi tengok.

"Dah dah, semua boleh sambung buat kerja masing-masing! Mashiho, jangan nak berangan sangat!"

Mashiho sekadar mengangguk, dia tak janji. Apa salahnya berangan? Bukannya kena bayar pun.

-----

Hai hai hai! Treasure fanfic yang kesembilan daripada aku dah publishhhhhhh HAA TEPUK TANGAN SEMUAAAA *tepuk tangan sendiri jelah huhuhu

So ada berapa lagi eh? Lagi tiga jewpppp gaissss hahahahahah wah tak sangka gak en aku dah nak habis tulis and mampu tulis banyak macam ni. Di mana ada kemahuan di situ ada jalannya gais hahahahahah kita buat je dulu, berjaya tak berjaya belakang kira ye dok?

Jadi begitulah, harapnya korang sukalah eh baca hargailah saya yang menulis ni uhuk uhuk walaupun takde orang yang baca, aku tetap tulis jangan risau. Ni memang minat aku, dan ni je yang aku reti buat jadi aku tak nak sia-siakan.

Selamat tahun baru, aku akan terus menulis lagi banyak karya. Kalau tahun lepas aku dapat completekan 7 buku, mesti tahun ni aku boleh juga hhehehehhe kita kena yakin boh kita boleh!

Ok err ff Doyoung tu pun bacalah juga gais jangan biarkan aku sendu walaupun memang sendu dan single eh tiber vote and comment ♥️

• hamburger • takata mashiho Where stories live. Discover now