× 14 ×

49 17 0
                                    

"Mashiho, kitaorang datang rumah kau ni sebab kami nak sampaikan sesuatu," kata Jihoon dengan muka yang agak serius walaupun mulutnya masih lagi sibuk mengunyah piza yang dibeli Mashiho awal-awal tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mashiho, kitaorang datang rumah kau ni sebab kami nak sampaikan sesuatu," kata Jihoon dengan muka yang agak serius walaupun mulutnya masih lagi sibuk mengunyah piza yang dibeli Mashiho awal-awal tadi.

Junkyu dah lama menghadap ayam goreng yang mereka beli sebelum datang ke rumah Mashiho. Dia malas nak buka cerita, dia serahkan sahaja kepada Jihoon. Ayam goreng ni pun nampaknya tak sabar nak masuk dalam mulut Junkyu.

Mashiho telan air liur yang ada terasa sikit air Pepsi. Jantungnya berdebar dengan kadar maksimum, sel-sel otak dipaksa untuk berhubung dengan lebih pantas untuk meneka apa yang ingin disampaikan oleh Jihoon itu sebelum...

"Haa!" Mashiho menepuk tangan, suaranya yang nyaring bergema dalam rumahnya yang kecil itu. "Bos nak aku datang kerja balik kan? Haa, aku dah tahu dah! Bos sayang aku, dia mesti tak tahan kalau aku tak tolong dia kat restoran tu!" Beberapa titis air mata kegembiraan bercampur terharu jatuh dari hujung matanya. Dia lap dengan lengan baju.

Jihoon hanya angkat kening, dia menggigit sisa piza terakhir dengan tenang. "Maaf, jawapan anda salah."

"Haa?" Mulut Mashiho yang tersenyum lebar tadi semakin mengendur.

Jihoon mengeluarkan telefonnya dari dalam poket, dia menekan-nekan sesuatu di skrin telefonnya sebelum menunjukkan telefonnya kepada Mashiho.

"Apa ni?"

"Ada mata kan? Tengoklah sendiri," kata Jihoon memang tak bertapis. Junkyu menjeling, takut-takut Mashiho terasa dengan kata-kata Jihoon yang memang tidak pernah mengenal apa itu erti kesopanan dan kesusilaan.

Kalau bukan sebab tangannya bersememeh dengan sos cili dan minyak daripada ayam goreng, sudah lama tangannya hinggap di atas pipi si Jihoon tu. Don't worry, bukannya ganas pun, manja-manja je. Amaran gitu.

Mashiho menggulingkan bebola mata, malas nak bertekak mulut sebab dia memang tahu benar perangai Jihoon tu macam mana. Telefon Jihoon diambil lalu dilihat dengan matanya yang besar itu.

"Gambar perempuan mana ni?" tanya Mashiho. Dia tak kenal pun perempuan ini, apa kaitannya perempuan ini dengan dia? Dengan Jihoon dan Junkyu?

"Haa perempuan?" Jihoon merampas semula telefonnya, dia terkebil-kebil sebelum mendengus kasar. Jarinya laju bergerak mencari post Instagram yang memang dia mahu tunjukkan kepada Mashiho.

"Sorry, salah tadi. Sejak Instagram dah berhijrah nak jadi TikTok wannabe, benda pun dah jadi bukan-bukan. Haa ni dia." Dia tunjukkan kembali skrin telefonnya.

"Dia ni bukan ke–"

"AkieJoox, food reviewer terkenal kat Korea ni, dia datang restoran haritu, waktu kau masih lagi kerja. Lepastu dia buat review tentang makanan kita. Kau tengoklah apa dia tulis, dengan komen-komen tu sekali." Mashiho pandang Junkyu. Junkyu sekadar geleng kepala, dia dah tahu hal itu tadi.

Mashiho baca dengan teliti. Sesekali dia menggigit kuku, matanya digosok-gosok beberapa kali, terasa sukar pula air liurnya ingin ditelan apabila membaca review yang ditulis AkieJoox yang memang pedas sekali, dengan followernya pun ikut sama naik bulu mengutuk restoran yang mereka bertiga kerja.

"Semua ni, sebab aku ke?" Tanpa Mashiho sedari, air matanya mengalir. Rasa bersalah mencengkam diri, tak pasal-pasal reputasi baik restoran mereka sebelum ini tercemar gara-gara masakannya yang 'terciduk' sedikit sebab kurang fokus memikirkan err alah korang tahu-tahu jelah.

Junkyu yang gelabah melihat Mashiho yang seperti ada tanda-tanda ingin menangis segera menerpa ke arahnya. Bahu Mashiho dipeluk erat.

"Mashiho! Janganlah sedih! Ni bukannya salah kau err AkieJoox tu haa yang tak professional! Suka hati je hina makanan!" kata Junkyu, cuba memujuk Mashiho.

Jihoon hanya senyap, dia menghabiskan air Pepsi dalam tin yang masih berbaki. Phone disimpan semula dalam poket.

"Aku pun tak berapa berkenan dengan cara dia review restoran kita. Nampak sangat nak menjatuhkan, sedangkan takdelah teruk sangat pun makanan kita." Jihoon memberi komen sebelum bingkas bangun.

"Takpelah Mashiho, bukan salah kau sepenuhnya. Kau relaks je, biar kitaorang settle apa yang berlaku kat restoran. Bos pun macam ada ura-ura nak saman si AkieJoox tu tapi entahlah. Jangan risau okay?" kata Jihoon, walaupun kedengaran mendatar, dia tetap berasa kasihan dengan kawannya itu.

Junkyu angguk-angguk laju, setuju dengan kata-kata Jihoon. Mashiho hanya berdiam diri.

Rasa macam nak undurkan balik waktu tapi tulah, nak buat macam mana.

• hamburger • takata mashiho Where stories live. Discover now