× 7 ×

135 41 26
                                    

"Kamu tak keluar pergi mana-mana hari ni?" tanya Mak Cik Han

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kamu tak keluar pergi mana-mana hari ni?" tanya Mak Cik Han. Aku yang tersandar di kerusi sekadar menggeleng, entahlah. Pagi ni aku takde mood, tak semangat nak buat apa-apa. Nak mengunyah pun tiada tenaga.

Aku yakin makanan di depan aku ni sedap je, aku je yang tak selera. Tekak aku secara automatik seakan-akan ada pintu tembok menghalang makanan masuk ke dalam ruangan esofagus dan turun ke perut. Deria rasa di lidah ni pun macam tak berfungsi serta-merta.

Pendek kata, aku nak baring pandang siling kira cicak je hari ni. Malas.

"Imo nak keluar pergi pasar kejap. Imo nak minta kamu kemaskan stor tu boleh? Barang yang rosak ke apa kumpulkan dalam plastik sampah, kalau rasa macam boleh guna tapi tak nak, kita dermakan nanti."

"Okay," kata aku ringkas. Badan yang tadinya tersandar, melorot jatuh ke bawah sehingga kepala aku diletakkan di bahagian atas tempat sandar kerusi itu. Kepala aku terdongak, memandang siling rumah.

Mak Cik Han hanya menggeleng melihat perlakuan aku. Dia mengambil pinggan makanan aku yang tak berapa luak itu sebelum diletakkan di tengah-tengah meja dan ditutup dengan penutup makanan. "Kalau kamu nak makan lagi, makan. Jangan buang, membazir," katanya.

Pesanan yang saban hari aku dengar dari mulut dia. Tu belum lagi masuk cerita nasi menangis sebab kena buang. Aku percaya tau cerita tu, sebab secara harfiahnya, nasi berasal dari beras. Beras berasal dari pokok padi. Dan pokok padi tu hidupan juga macam manusia dan haiwan. Kesimpulannya, aku percaya nasi menangis walaupun aku tak pernah dengar lagi.

Minta dijauhkan, risau nanti bukannya nasi yang menangis, benda lain yang menangis tengah-tengah malam. Benda apa tak perlulah dijelaskan.

Keadaan sunyi seketika, mata aku terkelip-kelip memandang siling, umpamanya siling itu memaparkan langit malam dengan jutaan bintang yang indah bekerlipan. Heh, imaginasi je lebih. Bintang celah mana siang macam ni?

Okaylah, matahari tu bintang. Okay, aku terima jawapan korang, walaupun korang tak jawab pun. Layan jelah aku yang keseorangan dan menyedihkan ini.

Agak lama juga aku dalam keadaan sebegini sebelum suara Mak Cik Han menyedarkan aku dari lamunan. "Yeeun! Imo dah nak keluar ni, jaga diri elok-elok!" katanya sebelum hilang di sebalik dinding dapur.

"Okay," jawab aku ringkas. Kepala ni rasa berat pula nak angkat, tetapi aku sendiri rasa tak selesa untuk terus berada dalam keadaan macam ni.

Pipi ditampar kuat, kedengaran bunyi tapak tangan berlaga dengan pipi aku yang kurang mulus ini. Kalau pipi tu macam pau gebu takpe juga.

"Dah dah aku kena bangkit!" Tangan ditumbuk ke udara, suara aku begema di ruangan dapur itu. Dengan sepenuh tenaga, aku cuba untuk bangun, bahu dan lengan yang lenguh ini aku urut-urut sedikit.

"Kemas stor eh, harapnya takde babi terbang dalam bilik tu." Aku mengusap-usap dada, terbayang-bayang pula makhluk kaki tajam, badan bujur, warna coklat dan berkepak itu. Detail explanation, kalau tak tahu  lagi tak tahulah. Hint utama yang kat atas sekali dalam dialog.

Kerusi ditolak masuk ke bawah meja, air suam tadi diteguk sekali lalu sebelum dibiarkan sahaja cawan di atas meja. Nanti nak guna lagi.

Mask dipakai untuk mengelakkan habuk-habuk termasuk dalam lubang hidung aku ni, sarung tangan getah pun aku pakai sekali. Kalau dah namanya stor, korang pun boleh agak kan berhabuknya macam mana? Amat dahsyat ya.

Pintu bilik stor aku buka, lampu dinyalakan. Bertimbun-timbun kotak dan alatan yang tidak digunakan berterabur di dalam bilik ini. Ada juga plastik sampah besar berlonggok-longgok di penjuru bilik, yang pastinya dalam tu bukan sampah.

Nafas dihela sekejap, memanglah aku rasa malas tetapi sampai bila? Aku tak naklah menyusahkan Mak Cik Han lagi.

Kau kerja pun takde, menghabiskan beras je kat rumah ni,so tak payah nak tambahkan lagi  beban orang lain, bisik aku dalam hati, meniup semangat ke dalam hati supaya membara.

Kotak-kotak tersebut dibuka satu-persatu, isinya ditilik. Yang mana aku rasa penting, aku letakkan kembali dalam kotak, yang mana rasa patut dibuang, aku asingkan siap-siap dan perbuatan ini berulang-ulang sepanjang aku dalam bilik stor tu.

"Eh apa ni?" Tangan aku menyentuh satu buku yang agak lusuh, kertasnya juga sudah kekuningan sedikit.

"Eh eh apa ni?" Aku terjerit sedikit, panik melihat ada serangga kecil di sebalik lipatan muka surat buku itu. Buku itu dikibas-kibas sedikit, biar terkeluar segala benda yang tak diingini dari dalam buku ni.

Setelah agak berpuas hati dan yakin serangga dah tiada, aku meneliti buku nota itu. Tertulis nama abang aku, dan di bawahnya terdapat satu perkataan, 'buku impian aku'.

"Oh, buku oppalah. Diari dia ke?" kata aku sendirian. Perasaan teruja mula membuak-buak dalam diri, siapa je tak suka baca diari orang lain? Lagi confidential diari dia, lagi orang nak baca hehe.

Di mukasurat pertama, abang aku menulis beberapa perenggan ayat. Aku tak dapat nak baca sangat kerana tulisannya agak berterabur dan tak kemas, dan aku pun jenis orang yang tak berapa pandai tengok tulisan orang lain yang luar biasa ni, jadi aku merasakan apa yang abang aku tulis tu tak penting untuk aku tahu.

Di mukasurat kedua, aku mula tertarik kerana ada lakaran seperti bangunan dari pandangan luar bangunan tersebut, di atasnya tertulis sesuatu, aku anggap itu adalah tajuk kepada lakaran itu. Design restoran makanan segera Omozing, itu yang ditulisnya.

"Ah, yang ni Omozing yang dia cakap tadi!" Aku selak balik mukasurat pertama, ada aku perasan tadi abang aku tulis tadi.

Tulisnya di situ, nama itu direka daripada gabungan omo dan amazing. Dan tulisnya lagi, inilah nama restoran impian dia.

"Yeeun, oppa harap Yeeun dapat teruskan impian oppa, tapi oppa tak nak memaksa. Oppa akan lagi gembira kalau Yeeun ikut."

Tanpa sedar, air mata aku jatuh menitis di atas mukasurat itu, kata-kata mendiang oppa sebelum dia menghembuskan nafas dia yang terakhir. Pada mulanya, aku tak ambil serius pun kata-katanya.

Rupa-rupanya, ada maksud tersirat di sebaliknya, dia pergi dulu tanpa kami sangka. Lebih terasa kehilangannya kalau kita tak pernah sedar kan?

Buku itu diselak-selak lagi, memang rapi sungguh rancangannya ingin membuka restoran makanan segera seperti McD dan KFC, rekaan dalam restoran serta ada juga gambar-gambar yang dipotong daripada buku katalog IKEA dilekatkan di situ. Indahnya berangan.

Dalam diam, aku takkan biarkan benda yang abang aku usahakan ini tinggal hanya sekadar angan-angan.

"Eh ni macam resepi je?" kata aku, aku cuba betulkan sedikit mukasurat yang agak keronyok. Betullah, resepi burger-burger yang pernah dijualnya dahulu semasa dia buka gerai.

Kenapa ni, macam petanda yang aku kena ikut rancangan Mak Cik Han tempoh hari? Dan kehadiran buku ni... seakan-akan petanda dari mendiang oppa aku untuk meneruskan impian dia.

Buku ditutup. Aku nekad, aku akan buat apa yang abang aku nak. Demi dia.

-----

Haaa jarang-jarang en aku update tengah malam HAHAHHA layan jelah wei nak buat macam mana, sem baru dah start. Korang as pelajar pun tahu kan sibuk dia macam mana? So fahamilah saya muahahah vote and comment ❤️

• hamburger • takata mashiho Where stories live. Discover now