× 9 ×

110 39 30
                                    

"Argh nak nangis huhuhu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Argh nak nangis huhuhu." Terhenjut-henjut bahunya menahan tangisan yang menggila selepas mendengar keputusan majikannya tadi. Kotak tisu kedua yang sudah kosong ditolak ke tepi.

Jihoon dengan pantas menghulurkan kotak tisu ketiga kepada Mashiho. Kilang air mata Mashiho lagi berproses dengan aktif tanpa henti, sedih sangatlah tu nampaknya. Jihoon sekadar menggeleng, penat melayan karenah kawan sekerjanya ini.

"Nangislah, lepaskanlah air mata itu. Cewah, macam tajuk novel dah dialog aku ni," celah Junkyu yang masih dengan apronnya.

Tadi dia berada di dapur, menyiapkan pesanan pelanggan sebelum kedengaran bunyi raungan yang amat dahsyat datang dari bilik rehat pekerja. Sebagai seorang yang sentiasa ingin menjaga tepi kain orang lain, dengan bersungguhnya dia berlari ke bilik, rupa-rupanya si Mashiho ni meraung-raung sambil peluk lutut macam orang kena dera. Sedangkan Mino rehatkan dia je pun, tak payah datang kerja.

Kalaulah Junkyu yang dapat, dia lagi gembira adalah. Bolehlah dia berkepit dengan katil dia, tak pun main game dari pagi sampai malam tanpa fikirkan bebanan kerja. Aneh-aneh sahaja si Mashiho ini, fikirnya sambil mengusap belakang lelaki yang agak kecil ini.

"Bolehlah Junkyu, kau tulis novel cinta. Mana tahu meletup di pasaran, boleh aku tumpang famous kau!" kata Jihoon, matanya berkelip-kelip di luar kawalan, tak tahulah apa yang dibayangkannya sekarang.

"Ish kau ni, aku tulis karangan pun terkial-kial nak pilih peribahasa, apatah lagi novel. Tak naklah, aku tak reti," kata Junkyu, berbaur merendah diri. Mulutnya memuncung, teringin juga dia nak tulis novel beribu-ribu mukasurat tetapi dia masih sedar diri.

"Ish korang ni! Cubalah fokus dengan masalah aku sekarang!" kata Mashiho dengan suara yang agak serak. Boleh pula dua makhluk di hadapannya ini melalut cerita pasal novel.

"Masalah kau, masalah kitaorang ke?" tanya Jihoon tanpa memikirkan sensitiviti yang dirasai Mashiho. Jihoon memang orangnya cakap lepas, tak belok sana sini. Dia adalah orang yang akan menghancurkan mimpi dan impian korang dan membawa korang ke alam realiti.

Junkyu menepuk lengan Jihoon yang agak sasa berkat rajin ke gim empat kali seminggu. Mulutnya terkemam-kemam, geram juga dengan Jihoon yang kurang peka.

"Ya, aku tahu kau sedih sekarang ni, tapi kitaorang pun tak boleh buat apa. Takpelah, kau rehat jelah kat rumah, buat apa-apa ke, mahirkan lagi skil memasak kau ke. Kitaorang bertiga kat restoran ni pun okay je kalau kau takde pun," terang Junkyu panjang lebar. Junkyu memang jenis orangnya kalau cakap mesti panjang-panjang, tak reti nak pendekkan bagi singkat tapi padat. Berjela-jela seperti ucapan pengetua sekolah.

"Alah, Jennie tu boleh je nak masuk dapur, dia je yang tak nak sebab sayang kuku sangat. Apa yang penting sangat kuku tu pun tak tahulah, boleh dapat duit kot." Sekali lagi, ayat-ayat tidak bertapis keluar dari mulut Jihoon, tergambar riak tidak puas hati di wajahnya.

Junkyu cepat-cepat menekup mulut Jihoon, takut si Jennie terdengar kata-kata tadi. Matanya melilau ke kiri dan ke kanan. "Kau ni pun! Nak cakap pun agak-agaklah! Mati kita kalau dia mengadu kat bos!" kata Junkyu, geram bercampur risau.

Jihoon mencebik, tak endah sangat dengan kata-kata Junkyu. "Heh, dia tu kan pekerja kesayangan bos." Jihoon berpeluk tubuh, tanpa sedar dia memuncung. Terasa dalam hati dengan diskriminasi dalam diam-diam yang berlaku di dalam restoran ini walaupun itu cumalah perasaannya sendiri.

Junkyu menepuk lengan Mashiho. "Dahlah! Kalau kau menangis sampai keluar air mata berlian sekali pun, keputusan bos takkan berubah! Jadi, baik kau siap-siap balik rumah sekarang. Kau nak aku buatkan burger special sos leleh untuk kau?" kata Junkyu berbaur pujukan khusus untuk kawan baik kesayangannya.

Jihoon buat gaya nak muntah, geli tekaknya mendengar suara Junkyu yang lembut berlenggok-lenggok seperti mahu bernasyid.

Mashiho kesat air mata yang bersisa, dia hanya diam. Tak berdaya hendak buka mulut selepas sesi luahan perasaan tadi. Lebih baik dia angkat kaki sekarang, kepalanya juga sudah berat kerana terlalu banyak menangis.

"Nak tak?" tanya Junkyu lagi. Mashiho geleng-geleng, tidak mahu menyusahkan sesiapa lagi. Kehadirannya di sini pun sudah cukup menyusahkan, fikirnya.

"Kau buatkan untuk akulah Junkyu!"

Junkyu jeling tajam, mentang-mentang dia cakap tadi nak buatkan, si mata sepet ni pun nak menyibuk! Junkyu berpeluk tubuh, buat-buat tak dengar.

"Dahlah, aku nak balik dulu. Bye," kata Mashiho.  Sling bag nya yang tersangkut di penyangkut dinding diambil. Dia melambai-lambai kepada dua orang rakan sekerjanya sebelum melangkah longlai keluar melalui pintu belakang.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, dia hanya menunduk. Tali beg dipegang erat umpama ada barang berharga turun-temurun keluarga di dalamnya, walaupun hakikatnya memanglah ada barang berharga iaitu dua telefon pintar jenama Iphone yang dibelinya ketika di Jepun. Jangan tanya kenapa dia bawa sampai dua.

"Apalah nasib," keluhnya. Kakinya yang dari tadi melangkah kecil, dilangkahnya besar-besar biar cepat sedikit sampai ke rumah sewanya yang ditinggalnya seorang diri.

Dia hidup jauh dari keluarganya yang tinggal di Jepun itu bukannya sebab apa, dia mahu hidup berdikari walaupun kalau diikutkan keluarganya itu bolehlah dikira orang berada. Tetapi, dia tidak mahu selamanya dicop anak manja yang mahu berkepit di bawah ketiak mak. Dan dengan sebab itulah, dia disini. Di bumi Korea ini.

Buk!

"Adoi, sakitlah!" Mashiho mengusap-usap punggungnya yang terjatuh cantik di atas lantai simen kaki lima itu. Terasa bergegar seketika tulang belakang, memang perlu dibimbangkan!

"Maafkan saya! Saya tak sengaja!" kata seorang gadis dengan beg kertas berwarna coklat yang agak kembung dan berat berisi barang-barang dapur yang dipeluknya dengan tangan kiri. Dia sendiri pun kelihatan tidak stabil.

"Nak saya tolong?" kata gadis itu lagi, di sebalik beg kertas yang besar itu, tangan kanannya dihulurkan ke hadapan sebagai tanda ingin menolong gerangan yang dilanggarnya tadi.

Mashiho mencebik. Sudahlah peristiwa di restoran tadi buat hati dia bengkak dan sedih, sekarang dilanggar umpama berada di padang ragbi. Angin dia sendiri kurang baik sekarang.

"Takpelah! Terima kasih!" Mashiho bingkas bangun sebelum berlalu pergi, itu pun sudah kira baik dia ucap terima kasih daripada tak ucap langsung.

Aku terpinga-pinga seketika melihat lelaki yang aku langgar tadi berlalu macam tu je. Asal orang yang aku langgar dalam cerita ni semua moody semacam. Ingat aku saja-saja ke nak langgar?

Aku mencebik seketika, beg kertas tadi aku peluk erat, jangan ada apa-apa yang terjatuh, susah aku nak kutip ni. Kaki cepat-cepat dilangkah untuk pulang ke rumah. Aku ada misi yang aku perlu jalankan.

Misi mencipta semula resepi burger abang aku.

-----

WALAWEI BARU SEKARANG AKU BOLEH UPDATE, busy mat. Kalau sekolah busy, uni berkali-kali ganda busy. Jadi manfaatkanlah masa anda sebaiknya cewah ayat takleh blah.

Melihat progress buku ni, macam lambat lagi je nak habiskan treasure series huhuhu siapa yang menunggu haruto, Jeongwoo dengan Junghwan punya fanfic Tu diharap bersabar beb, saya bukan robot ya hagagag

Tapi sejujurnya, aku rasa aku takdelah tulis baik sangat, ada orang yang lagi muda dari aku tulis lagi baik dari aku. Aku biasa je, dan aku dah lama tinggal kerja-kerja menulis ni dulu jadi aku nak build balik tu memang makan masa. Tu yang kadang-kadang aku tak update sebab aku tengah down sikitlah guys.

Haa Tu je kot Kang tengok luahan aku lagi panjang dari cerita yalah siapa je nak baca en hahahahahha

Vote and comment ♥️

• hamburger • takata mashiho Where stories live. Discover now