× 3 ×

199 55 57
                                    

Mino pandang lelaki berpakaian pelik yang ada di hadapannya itu atas bawah, kiri kanan, depan dan belakang

Ups! Ten obraz nie jest zgodny z naszymi wytycznymi. Aby kontynuować, spróbuj go usunąć lub użyć innego.

Mino pandang lelaki berpakaian pelik yang ada di hadapannya itu atas bawah, kiri kanan, depan dan belakang. Pandangan skeptikal itu membuatkan lelaki di hadapannya itu tergaru-garu leher, malu mungkin dipandang sebegitu rupa.

"Takde taste betul!" Sempat lagi dia mengutuk dalam hati. Dia tak sedar yang dia sendiri pun bukannya fashionista sangat, lebih kepada mangsa fesyen pun ada juga dengan stail rambut serabai serupa atuk KFC.

Tetapi Mino berpegang pada prinsip asalkan kita confident! Jadi dia tidaklah berasa malu pun kalau ada mata-mata memandang bajunya, sekurang-kurangnya baju yang dipakai olehnya direka oleh jenama terkemuka dunia. Tak perlulah penulis jelaskan.

"Siapa dia ni Jen?" tanya Mino sambil menyenggol siku Jennie yang berdiri di sebelahnya.

"Bukan hari tu bos suruh saya bawakan bomoh ke? Nilah bomohnya," kata Jennie, nadanya mendatar sahaja. Seperti biasa, dia menilik kukunya yang memang dijaga rapi sejak azali. Nasib tak lahir sekali dengan pewarna kuku, memang perkara yang membimbangkan sekiranya terjadi.

Junkyu dan Jihoon terkebil-kebil melihat penampilan lelaki di hadapan mereka yang macam orang baru keluar dari gua. Mashiho tak ambil kisah, dia lagi sibuk berkepit dengan telefonnya. Tersengih-sengih lagi.

Ni lagi satu yang patut dibimbangkan.

Jihoon dengan ganas merampas telefon Mashiho. Mashiho berkerut dahi, tak puas hati. Cemburu ke apa sampai nak ambil telefonnya? Tak boleh tengok orang senang sikit!

"Simpan dulu phone tu! Hormat sikit tetamu yang datang ni," kata Jihoon separa berbisik, dituturnya kata-kata serupa mak mak di rumah.

Mashiho mencebik. Dia pandang lelaki itu sekilas. Entah siapa-siapalah si Jennie tu bawa, risau juganya di hati kalau-kalau lelaki ni orang gila.

Telefon disimpan dalam poket atas permintaan Jihoon. Ikut jelah, malas dia bertekak dengan lelaki kepoh mulut murai itu.

"Oh, I see," kata Mino ringkas. Dia berpeluk tubuh sebelum berdehem seketika.

"Selamat datang, Encik..."

"Kai. Nama aku Kai." Akhirnya lelaki yang dipanggil bomoh itu berkata-kata. Dia membetulkan sedikit baju jubahnya yang agak besar dan lusuh itu.

"Haa, Jai? Macam nama dalam movie KL Gangster tulah!" sampuk Junkyu, jari telunjuknya tergoyang-goyang, cuba membayangkan pelakon yang membawa watak bernama Jai dalam cerita itu.

"Nama aku Kai lah, budak!" bidas Kai si bomoh. Jelas kelihatan di wajahnya dia agak marah sekiranya orang tersalah panggil namanya yang sangat gorgeous untuk seorang bomoh.

Terus Junkyu tutup mulut, tersenyap. Takut pula dia tiba-tiba. Tak boleh ajak bergurau betullah bomoh ni, bisiknya dalam hati. Mukanya terkemut-kemut menahan rasa tak puas hati.

Di sebelahnya, Jihoon dah terkekek-kekek ketawa. Suka betul tengok kawan yang diajak gaduhnya itu kena marah. Suka sangat!

Mashiho sekadar tersengih, macam biasa. Nak gelak lebih-lebih takut Junkyu terasa pula. Junkyu tu dah lah kuat merajuk! Dah satu hal nak kena pujuk nanti.

"Wow, impressive." Komen yang keluar dari mulut Mino. Tak tahu nak cakap apa sebenarnya, dia pun tiba-tiba naik seram pula dengan Kai. Nasib dia tak tahu yang Mino ada kutuk dia tadi.

Jennie tersenyum nipis. Tak tahulah kenapa dia senyum, mungkin ada sebab lain? Tak dapat dipastikan.

"Err, Jennie ada terangkan apa yang Encik Kai kena buat hari ni?" tanya Mino. Manalah tahu si Kai ni dah tahu apa yang patut dilaksanakan hari ini.

"Aku tahu. Aku kan bomoh, mestilah serba tahu!" kata Kai, yakin betul wajahnya. Mino sekadar mengangguk-angguk sambil garu kepala. Tiba-tiba kepalanya gatal.

"Uish, serba tahu bai. Boleh tahu tak siapa jodoh aku?" celah Jihoon, muka mengharap sangat. Kai membuat pandangan menyampah.

"Kalau nak tahu, bayarlah!"

Kali ini, Junkyu pula yang menggelakkan Jihoon. Balas dendam. Dia punya gelak sampai terhantuk siku tepi bucu meja.

"Auw!" Dia mengusap sikunya, sakit betul. Rasa macam auto lumpuh dah sikunya.

"Kalau macam tu, haa bolehlah start nak buat apa yang patut. Kami bantu sikit-sikit je dari belakang. Biar keluar semua hantu jembalang dalam restoran ni, nyah kau!" kata Mino penuh bersemangat, siap tepuk meja lagi.

Kai pun hampir-hampir terjatuh ke belakang sebab terkejut tengok si Mino ni. Mujur dia ni bomoh eh takde kaitan.

Jennie menggeleng, pasrah jelah tengok perangai Mino yang memang tak semengah.

"Tengok muka dia pun hantu dah angkat kaki awal-awal!" kata Jennie.

-----

HAI HAI HAIIIII aku sedihlah sebab aku boleh update sikit2 je sekarang, bila nak habisnya buku aku ni? Isk isk isk mengsedih Jap 😭😭

Vote and comment ❤️

• hamburger • takata mashiho Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz