𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 9

816 78 0
                                    

Mereka bertiga memandang sesama sendiri kemudian rumah agam besar di hadapan mereka dipandang bersama mata terkebil-kebil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri kemudian rumah agam besar di hadapan mereka dipandang bersama mata terkebil-kebil.

"Baba, kita buat apa dekat sini?" soal Aqeef. Dia mengeluh kemudiannya. Selepas ketiadaan Tuan Aydan, mereka malas mahu pulang ke rumah tersebut. Banyak memori bersama arwah di rumah itu. Masih terngiang-ngiang wajah Aryan jika disebut-sebut tentang rumah agam Tuan Aydan, untung saja dia bukan anak Aariq. Sebab anak-anak Aariq akan duduk di rumah itu selama sebulan.

Aariq yang baru sahaja selesai mengeluarkan barang daripada bonet kereta itu tersenyum puas.

"Kita akan stay sini sebulan." Dia menarik luggage miliknya dan isterinya. Anak-anaknya punya beg angkat sendirilah dah besar panjang.

Ternganga Aefeq dibuatnya.

"Kalau hantu atuk muncul macam mana Baba?" Aefeq memeluk lengan Aariq. Sang ayah menolak kepala anaknya. Pegangan itu dileraikan.

"Kalau aku tampar kepala kau, agak-agak boleh pergi jauh tak? Mulut kau cakap elok sikit. Atuk kau tu tak adalah banyak dosa sangat sampai nak kena jadi hantu pula." Aariq menggeleng perlahan. Dia terus meninggalkan anak-anaknya itu. Lagi melayan karang makin menjadi.

Aefeq mencebik. Bahunya dirangkul oleh Aqeef.

"Aku pun rasa seram sejuk dengan rumah ni. Rasa macam ada yang memerhatikan kita." Matanya meliar memandang sekitar rumah itu.

Afeeq menggeleng, "Banyaklah korang punya hantu, rumah ni rumah atuklah. Nenda tinggal sini okay aje. Memandai aje."

Aqeef menjeling abangnya, "Manalah tahu nenda pun berkawan dengan hantu atuk. Mungkin nenda tak boleh move on. Baba kata atuk dulu hensem ada jambang macam Sharnaaz Ahmad."

Aefeq mengangguk setuju, "Aku pun rasa benda yang sama. Aku rasa rumah ni sesuatu. Ada hantu atuk."

Afeeq meninggalkan adik-adiknya di luar rumah. Makin dilayan mungkin dia pun terikut bebal sama.

"Assalamualaikum Nenda." Afeeq mendapatkan tubuh tua Tengku Dayang. Rindu benar dia dengan neneknya itu. Selalunya Tengku Dayang yang akan ke rumah mereka. Maklumlah mereka tidak pulang ke rumah agam Tuan Aydan kerana masing-masing rindukan arwah.

"Waalaikumussalam cucu nenek. Ini Aqeef kan?" Belakang tubuh Afeeq diusap perlahan.

Afeeq meleraikan pelukan lalu mendecit. Dia mendapatkan Shayla.

"Tu Afeeq la, bonda. Anak sulung Riq." Aariq pula memeluk tubuh ibunya. Pipi Tengku Dayang dikucup lembut.

"Macam mana kau bezakan diorang, semua sekata. Kalau Ar dengan Ad senang nak beza." Tengku Dayang mengeluh. Tiga orang kembar anak Aariq memang dia susah mahu mengecam.

"Ar dengan Ad tu ketara sangat diorang punya berbezaan. Selain daripada kening sorang terbelah, otak dia pun boleh blah. Ad tu pendiam. Senang aje nak beza. Anak-anak Riq susah sikit sebab semua biul." Aariq menggamit Aqeef dan Aefeq yang baru saja muncul di muka pintu.

"Kalau nak beza diorang senang aje, Bonda. Afeeq rambut dia perang daripada lagi dua. Yang ini Aqeef, nombor dua. Bonda tengok gigi dia ada pagar besi."

Aqeef sengih menayangkan giginya sebaris bersama pendakap gigi itu.

"Ini baby Aef. Tengok dagu dia ada tanda lahir kecil ni." Aefeq senyum memandang Tengku Dayang. Sememangnya mereka bertiga tidak begitu rapat dengan Tengku Dayang. Mahupun Tuan Aydan.

Hanya Aryan sahaja paling rapat dengan mereka berdua.

Tengku Dayang mengangguk faham sebelum matanya jatuh kepada Atheefa yang sedang duduk di atas riba Shayla.

"Muka yang kecil ni macam Arwah." Tengku Dayang senyum kecil melihat wajah Atheefa. Persis daripada hidung hingga ke senyuman semua sama seperti arwah Tuan Aydan.

Kening Atheefa berkerut, "Baba, kenapa nenda cakap princess dah arwah? Kan princess bernyawa lagi ni."

Terkekek Aariq ketawa.

"Maksud nenda, muka princess macam arwah atuk. Bukan princess yang dah arwah." Shayla mencubit lembut pipi gebu Atheefa.

Atheefa mengangguk faham.

"Muka macan atuk belakang Baba tu ke?"

Automatik tawa Aariq mati. Liur ditelan perlahan. Semua mata memandang ke arahnya bersama pandangan terkedu. Masing-masing meneguk liur.

Perlahan-lahan Aariq menoleh. Tiada sesiapa di belakangnya. Dia memejam mata seketika sebelum kembali memandang keluarganya.

"Jom princess, Baba dengan Mama tunjuk bilik princess."

Shayla angguk setuju dengan Aariq. Masing-masing seram sejuk dengan kata-kata terakhir Atheefa.

"Bonda pun nak ke dapur tengok apa yang patut." Tengku Dayang juga seram sejuk dengan celoteh cucu bongsunya itu. Segera dia menuju ke dapur. Aku duduk bukan main lama dekat rumah ni, budak kecik ni boleh nampak arwah laki aku plak.

Tinggallah tiga beradik kembar.

Aqeef memetik jarinya, "Kan aku dah kata rumah ni....."

Mulutnya ditutup oleh Afeeq.

"Diamlah, jangan sebut." Aefeq berlari anak mengikut Aariq dan Shayla naik ke tingkat atas.

Afeeq melepaskan mulut Aqeef.

"Kau boleh tak jangan sebut pasal hal ni." Afeeq memerhatikan sekeliling ruang tamu itu. Macam mana princess boleh nampak atuk?

Aqeef tersenyum jahat.

"Apa kata malam ni kita cari hantu atuk. Ada bran?" Aqeef memberi cabaran. Yang suka cari penyakit itu Aqeef. Sifat temurun Aariq Derish. Kalau Afeeq itu sikap Aariq yang penakut, dan Aefeq sikap Aariq yang manja. Eloklah sorang satu sikap Aariq. Ha, Atheefa ikut perangai Aariq mulut celupar.

Laju kepala Afeeq menggeleng.

"Kau ni gila ke apa?"

Aqeef ketawa kecil, "Dasar abang penakut." Sengaja dia mengapi-apikan Afeeq.

Afeeq mendengus, "Aku bukan penakutlah. Fine, malam ni aku on."

Aqeef mengangkat ibu jarinya sebelum dia meninggalkan Afeeq sendirian di ruang tamu rumah agam itu. Seram sejuk lelaki itu ditinggal sendirian.

"Qeef, j-jangan tinggal a-aku." Dia mengejar langkah Aqeef yang sudah berada di tingkat atas itu.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

𝑻𝒐 𝒃𝒆 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒊𝒏𝒖𝒆...

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now