𝑷𝒓𝒐𝒍𝒐𝒈𝒖𝒆

3.9K 287 36
                                    

"MashaAllah! SubhanAllah! Astagfirullahalazim!!!" Memetir suara Aariq

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"MashaAllah! SubhanAllah! Astagfirullahalazim!!!" Memetir suara Aariq. Dia memegang dada kirinya. Terkejut dia melihat keadaan rumahnya tika ini.

"Afeeq, Aqeef, Aefeq!!! Menghadap Baba sekarang!!!" Tempiknya. Habis satu rumahnya. Mengalahkan tongkang pecah. Baru sahaja dia selesai menghantar isterinya ke KLIA atas urusan kerja isterinya itu ke luar negara untuk dua minggu. Balik-balik rumah dia dikejutkan dengan keadaan rumah yang dah tak serupa rumah itu.

Laju tiga anak lelakinya itu berdiri di hadapannya. Masing-masing menunduk menekur lantai.

Aariq bercekak pinggang di hadapan mereka.

"Apa semua ni hah? Korang buat apa sampai rumah jadi macam ni? Jawab! Baba tanya kenapa diam? Dah bisu? Mana suara?"

Afeeq mengangkat wajahnya, "Dah Baba je yang cakap, macam mana kitorang nak jawab?"

"Ha menjawab. Baguslah tu menjawab." Aariq memegang dada kirinya. Dia cuba beristighfar. Boleh naik tekanan darah tingginya kalau terus begini.

"Baba tanya, kitorang jawablah. Jawab salah, tak jawab salah. Baba ni perempuan ke? Complicated betul." Selamba Aqeef.

Membuntang mata Aariq.

"Menjawab lagi. Sekarang ni, Baba nak korang kemas semua mainan-mainan ni. Mama tak ada dua minggu ni jangan sesiapa berani sepahkan rumah. Baba kau ni bukannya rajin nak mengemas macam Mama kau tu. Kemas sekarang!" Arahnya.

Terus anak-anaknya itu mula mengemas semula rumah itu. Penuh mainan di atas lantai. Mahunya Aariq tidak marah, tadi dia hampir sahaja jatuh akibat terpijak salah satu mainan yang betul-betul terletak di hadapan pintu rumah. Nasib tak bergolek Baba Riq macam nangka busuk.

"Umur dah 22 tahun, perangai macam budak-budak. Ni mana princess? Dah bangun ke belum budak tu?" Aariq mencari kelibat anak bongsunya itu. Yang itu lagi sekor, perangai mengalahkan abang-abangnya. Lagi nakal. Lagi savage. Menginjak usianya yang kelima tahun ini, asyik nak orang ikut cakap kepala dia sahaja.

"Princess!!" Laung Aariq.

Turunlah seorang puteri tak beraja menuju ke arah ayahnya itu. Riak wajahnya penuh keriangan. Mesti ada something wrong somewhere.

"Baba!!!" Laju kaki kecil itu meluru ke arah Aariq. Aariq mendukung puterinya itu. Cukup melihat senyuman anaknya itu, membuatkan dia tahu.

"Hah ko buat apa plak kali ni? Pasu bunga Mama pecah ke?"

Atheefa menggeleng. Bibir bawah dikemam.

"Ikan Mama mati lemas?"

Si kecil itu geleng lagi.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now