𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 15

1K 76 4
                                    

"Kenapa hang buat semua orang risau ni, Riq?" Dhariz mencekak pinggang di hadapan Aariq yang masih santai menikmati aiskrim sambil melihat pemandangan tasik di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kenapa hang buat semua orang risau ni, Riq?" Dhariz mencekak pinggang di hadapan Aariq yang masih santai menikmati aiskrim sambil melihat pemandangan tasik di hadapannya.

Puas Aayyan, Dhariz, Mikael dan Hakeem berpusing sekitar Kuala Lumpur mencari keberadaan Aariq. Untung saja Mikael memberitahu satu tempat yang mereka belum mencari lagi. Iaitu tasik di mana Aariq selalu kunjungi.

"Aku baru ingat nak healing sampai pagi tak balik." Aariq menyanyi lagu Healing sampai pagi yang kebelakangan ini popular di TikTok.

Dhariz mencerlung tajam ke arahnya.

Malam
Masih muda
Asal kau duduk macam tak buat apa
Bazir masa nak fikir tentang cinta
Yea aku sakit
Aku healing sampai pagi tak balik

Dia menyambung nyanyian Aariq itu. Mikael dan Aayyan mengguling biji mata ke atas. Dhariz bila aje nak serius?

"Hang tau dak sebab hang, Aathif dan on the way balik Malaysia. Ahnaf pun dah tempah tiket nak balik sini. Kenapa hang buat macam ni, Riq?" Hakeem merangkul bahu Aariq. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu Aariq. Hampir gugur jantungnya mendapat berita kehilangan Aariq.

Aariq senyum nipis.

"Baguslah dorang balik. Alang-alang boleh prepare majlis kebumikan aku."

"Tuan Aariq Derish!!" Keras nada suara Aayyan. Langsung mematikan senyuman di bibir Aariq.

Suasana dingin di antara mereka. Dhariz dan Mikael menolak Aayyan menjauhi Aariq.

"Yan, janganlah marah Aariq. Dia nak melawak. Hang jangan emo sangat. Kesian dia." Dhariz menepuk bahu Aayyan. Ya, mereka tidak mahu Aariq terlalu stres. Demi kesihatan Aariq.

Wajah pucat lesi bagai tak berdarah milik Aariq itu dipandang sayu.

"Benda macam ni bukan boleh bawa bergurau." Aayyan mengeluh. Dia tidak suka dengan kata-kata Aariq sebentar tadi. Kalau boleh dia mahu sakit Aariq berpindah kepadanya. Biar dia yang tanggung. Dia tak sanggup melihat adiknya memikul sakit itu.

Aariq menunduk. Senyuman pahit diukir kecil.

"Yan, aku tak salahkan kau. Nak marah aku, marahlah. Mana tahu lepasni kau dah tak boleh marah aku. Aku tahu kau sayang aku, aku pun sayang kau." Aariq mengetap bibirnya. Air mata sedaya upaya ditahan supaya tidak jatuh.

Hakeem memejamkan matanya. Sakit menelan kata-kata Aariq itu. Dia juga tidak sanggup kehilangan sahabatnya itu.

"Riq, jangan cakap macam tu. Please. Aku tak nak hang pergi. Aku, Mika, Dhariz dengan Aayyan semua perlukan hang. Semua orang nak hang kuat. Tolong kuatkan semangat hang. Kami ada untuk hang. Kami akan cari ikhtiar untuk tolong hang." Hakeem melepaskan tangisannya. Jujur dia susah untuk melepaskan setitik air matanya. Tapi demi sahabatnya, satu baldi air mata pun dia sanggup.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now