𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 12

870 86 0
                                    

"Baba, kenapa kita kena kumpul ramai-ramai macam ni? Ada apa-apa ke?" Afeeq menggaru kepalanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Baba, kenapa kita kena kumpul ramai-ramai macam ni? Ada apa-apa ke?" Afeeq menggaru kepalanya. Tiba-tiba mereka berempat adik beradik dipanggil untuk duduk bersama. Katanya ada penting yang nak disampaikan.

Pagi-pagi lagi diminta berkumpul di halaman rumah arwah Tuan Aydan. Banyak kenangan mereka di situ.

Aariq senyum nipis.

"Korang masih ingat aktiviti yang arwah atuk buat sebelum dia meninggal?"

Masing-masing mengangguk. Atheefa yang melihat abangnya mengangguk itu turut menjatuhkan kepalanya. Walaupun dia tidak faham.

"So, kita akan buat part 2. Sambungan sukaneka atuk. Cuma kali ni lagi fun. Atuk kau dulu biasalah dah tua. Hidup pun sendu. Mati pun sendu." Aariq bersorak ceria.

Terkebil-kebil tiga kembar itu memandangnya. Berita gembira ke berita membosankan ni?

"Kenapa korang macam tak bersemangat ni? Lompat sikit. Tunjuk effort gembira tu. Ha loncat-loncat sikit." Aariq menepuk tangan. Bukan main semangat dia.

Afeeq, Aqeef dan Aefeq mencemik. Masing-masing menayangkan wajah bosan. Hanya Atheefa saja yang menunjukkan minat. Apa saja yang dibuat oleh Aariq, semuanya dia teruja. Anak bapak.

"Baba, cepat. Princess tak sabar ni." Petah si kecil itu berkata-kata. Dia sudah bersedia untuk kalahkan abang-abangnya.

Aariq senyum kecil.

"Kita bahagi kumpulan dulu. Feeq dengan Baby satu kumpulan. Fikir nama kumpulan nanti bagitahu Baba."

Afeeq dan Aefeq menepuk tangan suka. Suka benar mereka melihat wajah cemberut milik Aqeef.

"Ala, Baba. Apa ni? Takkan Qeef dengan budak kecik ni? Tak nak." Aqeef menyilang tangan ke dada. Fikirnya, Aariq akan menggabungkannya dengan Afeeq. Manakala Aefeq bersama Atheefa. Malah lain yang jadinya.

Aariq mengecilkan matanya.

"Ada nampak muka aku kisah? Oh tidak. Pilih nama kumpulan dalam masa dua minit. Cepat." arah Aariq penuh bersemangat.

Aqeef malas-malas mendekati Atheefa yang memandangnya sinis itu. Benda paling dia nak elak adalah kumpulan dengan Atheefa, gadis itu nampak saja kecil namun kuat mengarah, kuat membebel, semua kuat. Penat Aqeef mahu melayannya. Baik kumpulan dengan Hamimah aje kalau macam ni.

"Okay dah pilih!" Atheefa menjerit.

Kening Aqeef berkerut. Bila masa dia bincang dengan aku? Suka hati dia aje. Mulalah tu nak buat kapla.

"Kami pun!" Aefeq mengangkat tangan.

"Okay, apa nama kumpulan Feeq dengan Baby?" Aariq menyoal mereka.

The Triplet's Stupidity ©Where stories live. Discover now