Chapter 1 - 💌

350 30 1
                                    

••

Pintu bilik air dibuka dari dalam. Seorang wanita yang sedang mengelap rambutnya keluar dari bilik air sambil mulutnya bergerak menyanyikan lagu kegemarannya.

"Nah to the ah to the, no, no, no." Lagu No by Meghan Trainor dinyanyikan sambil tangannya mencapai sikat diatas meja solek.

"Aurellia Clarissa! Dah siap ke belum ni?!" Hampir tercampak sikat di tangan apabila pintu bilik tidurnya diketuk kuat.

"Abang!Terkejut lah Aurel!Bagilah salam dulu lain kali."Marah Aurellia.Nasib baik dia takde sakit jantung, kalau tak dah lama 'jalan'.

"Assalamualaikumwarrahmatullahiwabarakahtuh adikku." Aurellia mencebikkan bibirnya apabila mendengar sindiran abangnya disebalik pintu.

"Hish, abang ni nak apa? Kacaulah Aurel tengah siap. Nanti kang lambat, marah pula." Bebel Aurel yang sedang membetulkan awning tudung bawalnya. Masa nilah nak cari pasal.

"Hoi, kau memang dah lambat tau sekarang ni! Aku cakap pukul berapa? 10.30 pagi kan? Sekarang dah pukul 11.00 pagi Aurel oi! Kau nak aku berjanggut ke tunggu kau ni?" Daniel melangkah masuk ke dalam bilik adiknya. Saja nak kacau adiknya bersiap.

"Orang tahulah. Tengah siap lah ni. Abang buat apa pula kat sini? Keluar lah. Serabut lah ada abang kat sini." Kata Aurellia lagi. Dahlah sakit kepalanya melayan awning tudung yang asyik jatuh je ni.

"Aku tak kacau kau pun Aurel. Siap jelah, bukannya aku nak tarik tudung kau pun." Sejahat - jahat Daniel terhadap adiknya pun, takdelah sampai dia nak tarik tudung Aurellia. Dia pun tahu betapa susahnya nak buat awning cantik macam tu.

"Apa apa jelah. Bang, Mama dengan Papa ikut ke balik kampung ni?" Akhirnya siap juga dia membetulkan awning tudungnya. Tinggal untuk dikemaskan sahaja lilitan tudungnya ini.

"Manalah aku tahu. Aku ni bukannya PA Mama dengan Papa pun. Kalau diorang ada kat kampung pun, diorang balik jelah terus, takdenya nak singgah sini dulu." Kata Daniel. Aurellia tersenyum hambar. Lama sudah dia tidak berjumpa dengan Mama dan Papanya.

"Abangggg, tolonglah bawakan beg Aurel ni. Aurel nak pakai kasut ni." Kata Aurellia apabila Daniel selamba keluar dari biliknya.

"Kau fikir aku kuli kau ke? Takde takde. Bawa sendiri. Dahlah lambat, banyak songeh pula tu. Aku tunggu kat bawah, kau tak turun lagi 5 minit, kau balik kampung naik grab." Daniel terus berlalu meninggalkan Aurellia yang pasti sedang panas hati dengan arahannya.

"Aduh, ada abang tapi macam takde abang." Bebel Aurellia sendirian sambil kakinya terkial - kial melangkah menuju ke lift rumah untuk turun ke tingkat bawah. Nafas lega dilepaskan apabila dia berjaya membawa beg bagasinya ke dalam lift.

"Abang!!" Aurellia terus berlari anak apabila melihat Daniel yang sedang masuk ke dalam kereta. Kadang - kadang perangai Daniel ni pun tak boleh agak.

Setelah memasukkan beg bagasi serta beg - begnya yang lain ke dalam bonet kereta, Aurellia terus memasuki kereta. Dia menjeling Daniel di sebelah yang hanya membuat muka selamba seperti tidak membuat apa - apa kesalahan.

.

"Kau nak singgah RnR tak?" Tanya Daniel tiba - tiba. Aurellia yang sedang tidur itu bangun mengejut apabila suara Daniel memecah kesunyian.

"RnR ? Taknak lah bang. Terus jelah balik kampung,nanti lambat sampai." Kata Aurellia sambil mengeliat. Sedapnya tidur, kacau je Daniel ni. Terkejut dibuatnya.

"Buat apa aku tanya kau. Aku yang drive, aku tak perlukan jawapan kau pun. Saja je tanya sebenarnya." Kata Daniel lalu stereng kereta dibelokkan ke simpang menuju ke RnR.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now