Chapter 3 - 💌

123 23 0
                                    

••

"Ajaklah kawan - kawan kamu tu masuk Is. Buat apa duduk berdiri je kat luar tu. Tak elok duduk kat luar tu maghrib maghrib ni."Kata Nenda Hayden ataupun lebih dikenali sebagai Tengku Mariam Emanina.

"Ha masuklah. Buat macam rumah sendiri."Pelawa Hayden. Daniel jalan mendahului Aurellia sambil menarik beg bagasinya. Hayden melirik pada Aurellia yang di belakang Daniel. Senyuman sinis terukir.

'Comel'

Hayden hanya memandang Aurellia yang masih berusaha menarik beg bagasinya. Entah apa yang diletakkan di dalam beg bagasi perempuan ini sampaikan nak ditarik pun susah.

"Apa pandang - pandang ?"Tanya Aurellia meluat. Dahlah tinggal dia berdua je dengan lelaki malaun ni. Daniel dan Tengku Mariam sudah berlalu masuk ke dalam rumah.

"If you need help just tell me."Kata Hayden sinis.

"No , i don't need your help at all. I can handle all of this by myself. By the way , can you make a gap between us ? Saya tak selesa bila awak dekat sangat dengan saya." Gila nak rasa selesa. Lelaki ni dekat gila kot dengan dia. Kalau jalan setapak pun , dah boleh terlanggar badan lelaki tu dah.

"Rasa tak selesa ? Habistu time naik basikal tadi elok je pegang baju aku. Takde pun rasa tak selesa."Kata Hayden pelik. Perempuan ni tak nak ambil kesempatan kat dia ke ? Biasanya kalau perempuan lain , kalau boleh dah peluk peluk dia dah sebab jarak dekat sangat.

"Tengku Hayden Iskandar. I don't have any time untuk layan perangai sewel awak tu. Awak boleh jarakkan diri awak dengan saya tak ? Sebelum saya jerit."Ugut Aurellia. Sumpah dia rasa tak selesa langsung. Jantung dia dah berdegup bagai nak pecah je ni.

"Okay okay. No need to shout okay girl. I give you 30 seconds only untuk tarik luggage awak tu masuk dalam. Kalau tak aku kunci kau kat luar ni. Tidurlah kau dengan hantu pontianak tu. Kau pun apa kurangnya. Pendek macam Toyol." Aurellia membulatkan matanya apabila Hayden mula menyenaraikan segala jenis hantu yang menyeramkan itu.

"Yelah nak masuk lah ni. By the way , saya tak pendek tau. Tinggi saya 160cm ! Awak tu je yang tinggi macam galah !"Bebel Aurellia pula.

"Eh banyak bebel pula mak nenek ni. Kunci betul - betul baru tahu." Aurellia hanya menjeling Hayden sambil kakinya cepat - cepat melangkah masuk ke dalam rumah bersama beg bagasinya yang berat seperti anak gajah itu.

"Eh jangan lupa. Nanti turun dinner pukul 8.30 malam. Jangan tak turun pula. Nanti merengek lapar pula. Perempuan bukan boleh percaya mengada dia tu."Sempat Hayden memberikan pesanan dan juga sindiran kepada Aurellia yang sudah laju berjalan meninggalkan Hayden. Nasib baik dia dah tahu di mana biliknya berada. Kalau tak , lagi naya dia nak tanya malaun tu.

••

"Malam ni dinner apa Tengku ?"Tanya Aurellia sebaik sahaja kaki dijejakkan ke dapur. Kebetulan ternampak Tengku Mariam sedang memasak di dapur.

"Harini dinner ayam masak kicap dengan sayur campur je. Ada juga buat sambal belacan tadi. Lauk favourite Is. Alang - alang dia balik , itu yang dibuatkan lauk ni untuk dia. Lagi satu , kamu ni jangan panggil Tengku. Panggil je nenda."
Tengku Mariam tersenyum manis. Aurellia kagum. Low profile juga Tengku Mariam ni. Kalau orang kaya lain , semua nak dipanggil dengan nama kerabat diorang.

"Okay nenda. Lauk ni pun lauk favourite Aurel juga ! Aurel kalau dah ada lauk ni , dah tak pandang lauk lain dah."Kata Aurellia sekadar berbasa - basi.

"Sibuk je."Aurellia mengalihkan pandangannya. Mukanya berubah. Mamat ni lagi ! Tapi , penampilan Hayden kalini nampak lain sedikit dari tadi. Tadi , lelaki ini memakai kemeja putih bersama seluar slack hitam. Sekarang ni , lelaki ini hanya memakai baju T-shirt biasa bersama kain pelikat. Rambutnya juga dibiarkan serabai. Baru habis Solat Isyak barangkali.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now