Chapter 6 - 💌

135 20 1
                                    

••

' bichnaneun geosdeul-eun manh-a, geu an-e jinjjaleul bwabwa . Call me baby, Call me baby
Call me baby, Call me baby'

Aurellia mengeliat panjang. Ditolak comforter ketepi. Dengan perasaan malas dia bangun dari baringnya dan mengambil handphone yang diletakkan di atas meja bersebelahan katilnya. Charger handphone dibuka sebelum handphone di on.

"Alah,dah pukul 6.00 pagi."Kata Aurellia malas. Dia harap sekarang baru pukul 3 pagi. Bolehlah dia sambung tidur lagi.

"Eh,tak boleh. Aku ada interview hari ni."Aurellia terus bangun katilnya. Argh,sakit kepala. Geng darah rendah.

Aurellia berlalu ke bilik air. Sempat dia keluar balik dari bilik air kerana lupa untuk mengambil tuala. Setelah hampir 30 minit mandi,akhirnya Aurellia keluar dari bilik air. Biasalah termenung dulu baru mandi.

Selesai sahaja Solat Subuh , Aurellia terus mengemas fail yang hendak dibawanya. Jangan tertinggal walau satu pun kertas yang penting. Ini je satu - satunya peluang yang dia ada . Kalau tak dapat yang ini,dia kena tunggu lagi lama untuk mendapat interview syarikat lain.

Aurellia kembali merebahkan badannya di atas katil. Baru pukul 7 pagi. Dia ada masa lagi 1 jam lagi untuk bersiap. Pagi ni, dia berhasrat untuk tidak mengambil sarapan pagi. Sebab nanti dia sakit perut. Dia terus membuka aplikasi Twitter. Biasanya awal - awal pagi ni Anep akan tweet awal pagi.

Sedar tak sedar, jam sudah pun menunjukkan jam 8 pagi. Hampir terbabas dia tadi. Tulah,galak sangat gelak tengok Tiktok tadi. Aurellia terus bangun dan mencapai baju kurung yang sudah siap digosok. Dia memilih Baju Kurung Riau bersama Tudung Bawal. Dia haruslah berpakaian kemas dan elegan. Barulah nampak yang dia layak untuk dipilih bekerja.

Aurellia menilik dirinya di hadapan cermin. Mukanya pun hanya disolek nipis. Nasib harini awning tudungnya memberikan kerjasama yang maksimal kepada dirinya. Harap hari ini mood dia baik sepanjang masa. Dicapai beg tangan , Handphone dan failnya sebelum keluar dari bilik.

"Abang !"Aurellia menyapa Daniel sebaik sahaja dirinya keluar dari pintu lif. Daniel yang sedang sibuk menyuap bihun goreng ke dalam mulut terus mengangkat mukanya. Kacau betul.

"Dah siap dah ?  Dah nak gerak ke ? Tak nak breakfast dulu ?"Tanya Daniel apabila melihat Aurellia tidak menyertainya duduk di meja makan.

"Haah dah nak gerak dah. Tak nak lah. Nanti Aurel sakit perut. Nanti pandai - pandailah Aurel singgah MCD ke apa lepas interview. Aurel pergi dulu tau bang. Bye !"Aurellia terus pergi meninggalkan Daniel selepas sahaja menyalami tangan abangnya. 

 "Bismillahirrahmanirrahim."Aurellia membaca basmalah sebelum keretanya laju meninggalkan rumahnya.

••

"Excuse me,Hi. Saya,Aurellia. Saya datang nak interview. Boleh saya tahu tempat interview dekat tingkat mana ya ?"Tanya Aurellia di tempat Receptionist Centre.

"You tak baca betul - betul ke email yang you dapat tu ? Masuk tadika balik lah kalau tak reti nak membaca. Menyusahkan orang pula. Lagi satu,I tak kisahlah nama you apa. You fikir I nak sangat ke tahu nama you tu ?"Marah receptionist itu. Aurellia mengetap giginya kuat. Eh minah ni period ke apa nak marah orang pagi - pagi ni ? Aku tanya elok elok kot. Aurellia menjeling nametag yang tersemat kemas di poket blazer perempuan itu. Elyna. 

"Ehem. Hello Miss Elyna or Mrs. Elyna. Whatever your pronounce is. First of all, saya datang sini dengan niat yang baik tau. Saya tanya je interview dekat tingkat mana. Memang salah saya sebab saya tak baca betul - betul email yang saya dapat tu. Memang salah saya , saya bagitahu nama saya walaupun Miss Elyna tak tanya. Saya pun dah lambat nak pergi interview ni. Boleh tak Miss Elyna bagitahu je tempat interview dekat mana."Kata Aurellia sopan. Kalau ikutkan hati dia,mahu je dia maki Elyna ni tapi mengenangkan dia datang sini bukan untuk gaduh,dia pun dengan sakit hati menjawab kata - kata Elyna.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now