Chapter 8 - 💌

119 18 7
                                    

••

'TOK TOK'

"Masuk."Aurellia bersuara lantang. Matanya masih fokus pada skrin komputernya. Setelah hampir 2 bulan dia bekerja di Syarikat Ocean Diamonds ini,sudah banyak reka bentuknya yang dihasilkan dan menjadi produk yang paling laris di Ocean Diamonds Jewellery. Sepanjang 2 bulan ini pun dia jarang bertemu Hayden di pejabat. Mungkin untuk menjaga taraf antara pekerja dan bos kot. Tetapi,Hayden tetap akan datang ke rumahnya untuk bermain permainan video bersama Daniel.

"Fokus sangat kenapa?"Aurellia mengangkat mukanya. Terkejut. Dah lama tidak bercakap dengan jejaka yang baru melangkah masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Tengah siapkan design untuk Puan Sri Tiara."Jawap Aurellia ringkas. Puan Sri Tiara ni boleh dikatakan antara pelanggan tetap dan setia di Ocean Diamonds Jewellery ni. Kalau boleh,setiap minggu nak tambah barang kemas baharu.

"Due date lagi 2 minggu kan?Jom ikut aku sekejap."Ajak Hayden. Sesekali dikerling komputer milik Aurellia. Nak tengok kemajuan Aurellia setakat ini.

"Pergi mana?Saya suka buat kerja awal-awal nanti takut kelam - kabut."Aurellia cuba memberikan alasan. Takut pula dia dengan lelaki ini.

"Siapa boss sekarang ni?Aku nak ajak kau pergi tengok franchise utama company. Kau kan budak baru,kenalah belajar turun melawat kawasan juga."Kata Hayden. Sememangnya Cawangan utamanya yang terletak di Suria KLCC mempunyai jumlah pengunjung yang ramai. Setakat ini,Ocean Diamonds hanya mempunyai cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.

"Pergi dengan Nerissa sekali ke?"Tanya Aurellia sambil tangannya ligat memasukkan barangannya ke dalam beg tangan. Dah kalau itu arahan bos,takkanlah dia nak bantah pula kan? Nanti tak pasal - pasal kena cop budak manja sebab tak nak turun padang.

"Tak. Nerissa kena buat design penting and design tu kena hantar by this week juga. So, dia memang completely busy right now. So,for now kau je dulu yang pergi."Kata Hayden. Nak juga dia berkepit dengan kawan baik sehidup semati dia tu.

"Oh okay. Sempat tak balik before lunch? Sebab nanti kesian Nerissa lunch sorang."Kata Aurellia lagi . Kakinya mula mengikut langkah Hayden. Laju betul! Sama je macam Luca.

"Kau fikir visit franchise ni macam lawat biasa - biasa je ke? Kita nak check quality barang,nak check stock,nak check quality pekerja lagi. So tak sure sempat balik before lunch ke tak. Alah,pandai - pandailah kawan kau tu pergi lunch dengan sesiapa. Luca tu ada. Nerissa tu bukan rapat juga ke dengan Rania and Yasmine tu? I don't see any problem here."Kata Hayden lagi sebaik sahaja mereka berdua memasuki ke dalam lif untuk ke lobby.

"Best kan jadi friendly ni. Senang nak dapat kawan."Kata Aurellia sedih. Disebabkan dia sedikit senyap dari Nerissa, dia tidak banyak bercakap dengan pekerja - pekerja lain.

"Kau cakap macam kau tak rapat pula dengan Si Aiman tu."Aurellia tersentak. Segera dipandang Hayden yang sedang memakai seatbeltnya. Aurellia menaiki kereta Hayden untuk ke Ocean Diamonds shop.

"Eh mana awak tahu saya rapat dengan Aiman tu?"Soal Aurellia pelik. Lelaki ni ada empat mata ke?

"Company aku tak besar sangat pun. Aku tahu je gossip - gossip staff aku. Kenapa? Kau fikir aku tak tahu gossip pasal kau?"Sindir Hayden. Matanya masih fokus memandang kesibukan jalan raya di Kuala Lumpur ini.

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now