Chapter 5 - 💌

122 21 0
                                    

••

'Tok!Tok!'

"Aurel ! Dah bangun ke belum ? Abang dah nak pergi court ni."Aurellia yang sedang menghadap laptopnya di meja kerjanya terus berlari ke pintu bilik. Inilah rutin Daniel setiap kali nak pergi ke kerja. Mesti akan pergi berjumpa Aurellia terlebih dahulu.

"Awalnya pergi ? Bukan abang kata kes tu naik court pukul 10 pagi ? Sekarang ni baru pukul 8 pagi."Tanya Aurellia sambil menyalami tangan Daniel. Bagi orang lain,mungkin pelik kot tengok keakraban dia dan Daniel. Tapi itu sudah menjadi kebiasaan mereka.

"Habistu kau fikir aku taknak prepare sebelum compete ? Dah,nanti turun breakfast. Kau jangan nak skip breakfast eh. Kalau kau skip,aku suruh kau makan 24/7."Marah Daniel. Bukannya dia tak tahu,Mak Jah banyak kali cakap dengan dia yang Aurellia ni suka sangat skip breakfast. Dia fikir bagus ke skip breakfast ni ? Kalau nak diet pun , tak boleh skip breakfast tau !

"Orang tahulah. Cuma haritu orang malas je nak turun. Hish dahlah abang pergilah. Nanti lambatlah. Membebel pula. Simpan suara tu nak win kan kes nanti."Aurellia menolak Daniel ke lif rumah. Banyak pula abang dia ni cakap pagi ni.

"Check email kau nanti. Takut nanti dah ada company email kau interview kerja. Sekarang ni musim interview orang."Pesan Daniel lagi.

"Tak kot. Dulu pun pernah abang kata musim interview , musim interview. Tapi Aurel tak dapat juga."Kata Aurellia. Berdebar pula dia. Macam mana kalau Daniel betul ?

"Dulu mulut aku takde luck. Sekarang dah ada luck. Kalau betul kau dapat email interview harini. Kau belanja aku makan time kau dapat gaji first kau eh. Bet ?"Daniel saja mengusik Aurellia. Alah,nanti kalau Aurellia tu dah dapat gaji pun,Daniel je yang selalu belanja dia makan.

"Bet !"Aurellia berkata yakin. Tak mungkin kot mulut Daniel masin.

"Dahlah kau jangan nak yakin sangat. Dah bye. Aku pergi dulu. Kalau kau nak keluar,jangan nak keluar senyap - senyap. Bagitahu Mak Jah."Pesan Daniel buat kali keseribu.

"Ya orang tahu. Abang pergilah kerja sekarang. Nanti lambat tak sempat nak prepare. Dah pergi."Gesa Aurellia. Dia dahlah tengah busy nak buat kerja.

"Aku tahulah. Dah aku pergi dulu. Assalamualaikum."Daniel berlalu ke keretanya. Sempat dibunyikan hon kereta sebelum keretanya laju meluncur meninggalkan rumah banglo 3 tingkat itu.

Aurellia terus berjalan masuk ke dalam rumah kembali. Niatnya hendak singgah ke dapur terlebih dahulu tapi malas pula. Dia pun terus naik ke biliknya. Banyak benda dia nak buat ni.

••

"Kenapa mati ? Kenapa Baekhyun kena mati ?"Sudah berpuluh tisu terbuang yang digunakan oleh Aurellia untuk mengelap air mata dan hingusnya. Sudah beribu kali dia melayan K-Drama Moon Lovers : Scarlet Heart Ryeo tapi dia tetap akan menangis setiap kali Baekhyun Exo mati.

'kkaego budijchyeoya hae,ulil bol su issdolog'

"Siapa yang call aku ni ?! Tak tahu ke aku tengah nangis - nangis ni" Aurellia terus merungut apabila lagu The Eve by Exo itu kedengaran. Dengan perasaan malas dia mengangkat panggilan itu.

"Hello ?"

"AUREL !" Jerit satu suara. Aurellia menjauhkan handphonenya dari telinga. Kalau minah ni depan dia,dah lama kena luku kepala.

"Nerissa ! Kau ni dah lah call waktu - waktu aku tengah layan K-Drama. Lepastu terus jerit pula tu !"Marah Aurellia.

"Alah,sorrylah. Aku tengah excited sangat ni."Kata Nerissa Quennie iaitu sahabat dunia akhirat Aurellia. Diorang kawan sejak tadika tau !

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now