Chapter 10 - 💌

174 18 2
                                    

••

 "Hello, Daniel? Kenapa call mama ni? Ada apa-apa ke? Mama tengah busy ni."Ucap Puan Sri Ilona sebaik sahaja panggilan Daniel diangkatnya.

"Mama. Mama dengan papa busy sangat ke sampai tak boleh nak balik rumah sekarang?"Tanya Daniel. Dia rasa penat dengan perangai mama dan papanya ini.

"Busylah sayang. Daniel pun tahu kerja mama dengan papa macam mana kan?"Kata Puan Sri Ilona. Daniel mengeluh perlahan.

"Mama dengan papa kat mana? Boleh tak balik sekarang?"Soal Daniel lagi. 

"Mama dengan papa dekat Langkawi ni. Kenapa ni? Kenapa suruh mama dengan papa balik sekarang? Ada apa-apa jadi dekat Aurel ke?"Tanya Puan Sri Ilona risau. 

"Semalam ada orang pecah masuk rumah. Aurel seorang diri je dekat rumah waktu tu. Bila Daniel balik rumah,Aurel kata dia kena sentuh. Macam ni lah mama. Daniel pun tak tahu cerita sebenar dan benda ni pun under penyiasatan lagi. Cuma Daniel minta sekarang,mama dan papa balik sini. Aurel perlukan mama dan papa dia."Kata Daniel terus-terang. 

"Astaghfirullahalazim. Ya Allah ya tuhanku. Mama bagi tahu papa dulu. Kitorang balik harini juga. Daniel tolong Aurel dulu okay. Mama dengan papa janji balik hari ini."Ujar Puan Sri Ilona. Kedengaran juga suara dia bercakap dengan suaminya.

"Okay mama. Ma,Daniel tutup dulu. Daniel ada nak buat sesuatu jap. Daniel tunggu mama dengan papa balik."Kata Daniel lalu panggilan dimatikan.

'DING DONG' 

'DING DONG'

Daniel berjalan mendekati pintu rumah. Rasa sebal menyelubungi diri. Siapa yang tak berhenti tekan loceng rumah ni?

Pintu rumah dibuka. Dirinya tergamam. Dia berdiri kaku memandang satu bungkusan putih bertompok merah yang diletakkan di hadapan pintu. Handphonenya dicapai dari dalam poket. Ikon kamera dibuka dan beberapa keping gambar ditangkap lalu gambar-gambar tersebut dihantar kepada seseorang.

Beberapa minit selepas gambar tersebut dihantar,telefonnya berbunyi nyaring minta diangkat. Skrin telefon dilihat.

-Hayden Iskandar-

Ikon telefon digeser. Telefon dilekapkan ke telinga. Mata masih tajam memandang bungkusan putih itu.

"Lagi 5 minit Luca, Easton dengan anak team diorang datang. Jangan sentuh benda tu. Keep your eyes on Aurellia and comfort her. Jangan biarkan dia seorang diri. Lepas aku kerja aku datang."Ujar Hayden serius. 

Dia yang sedang sibuk berada di dalam bilik mesyuarat itu sangat terkesan dan terkejut dengan gambar yang diterimanya. Terus sahaja dia mengarahkan Luca dan Easton keluar dari bilik mesyuarat dan mengumpulkan anak buahnya. 

"I take this as a yes. Aku nak sambung meeting ni. Apa-apa inform aku cepat."Hayden menyambung percakapannya apabila Daniel tidak membalas ucapannya. Talian dimatikan. 

"Tengku, boleh kita sambung mesyuarat kita?"Hayden tersedar dari lamunannya. Telefon kembali disimpan di dalam poket suitnya. Hayden mengangguk perlahan sebelum mesyuarat kembali disambung.

°

"Nerissa!"

Nerissa yang sedang tekun menyiapkan kerjanya segera mengangkat wajahnya memandang pintu bilik pejabatnya. Keningnya diangkat pelik. Luca Asher. 

"Nerissa Quennie!"Nerissa hanya diam tetapi matanya merenung tajam anak mata Luca. Dia dah lah angin tak baik sebab Aurellia tak angkat call dia.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 28, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mrs. Hayden Iskandar [ON-GOING]Where stories live. Discover now