"Sooyoung ah".
Seyoon memuncungkan bibirnya kearah yang sama dengan hari itu. Dan disitu terdapat Taehyung dan masih ditempat yang sama.
Sooyoung duduk tanpa mengendahkan Taehyung.
"Yah, waegeurae? Janganlah patahkan hati dia. Kalau dia dah tunjuk effort, apa salahnya kau balas?".
Seyoon menjerit dalam bisikan.
"It's okay. Dia tahu aku tak patahkan hati dia. Kau je terlebih fikir".
Sooyoung menyediakan mejanya tanpa melayan kawannya sepenuh hati.
*****
"Park Sooyoung ssi, aku nak ajak kau lunch, boleh?".
Tiba - tiba, Taehyung memunculkan diri lagi dan menyebabkan Sooyoung kekok lagi.
"Erh...".
Sooyoung memandang kawannya. Seyoon pula tersenyum teruja.
"Yes, Sooyoung akan pergi. Tapi.... Aku boleh ikut, kan?".
Taehyung mengangguk sedikit.
"Good, kitorang gerak sekarang".
Seyoon terus mengemaskan barang - barang Sooyoung dengan laju sementara Sooyoung masih terkedu. Dia tak sangka Seyoon boleh jadi seteruja ni.
"Yah..."
Sooyoung mengeluh perlahan kerana kelakuan kawanya itu. Seyoon memandangnya lalu menjegilkan mata. Dia ingin memberitahu Sooyoung yang Taehyung masih berada disitu. Memerhatikan mereka.
"Nae, kitorang pergi".
Seyoon menyambung lagi dengan menghiraukan keluhan Sooyoung.
Mereka berdiri dan tanpa disangka, mereka bertiga jalan beriringan dan Taehyung disebelah Sooyoung dengan jarak.
"Yah... Kau tak cair ke...?".
Seyoon berbisik sambil menggoyang - goyangkan lengan Sooyoung.
"Kau boleh tak diam...".
Sooyoung berbisik sehingga mahu sahaja dia mengetuk kepala Seyoon ketika itu.
*****
Di kantin, selepas Taehyung mengambil sedulang hidangannya, dia menunggu Sooyoung dibelakang. Manakala, Sooyoung sudah kekok memandangkan orang ramai masih memerhatikan mereka.
Mereka duduk di meja yang sama tanpa senyuman dibibir Taehyung mahupun Sooyoung. Hanya Seyoon yang tersenyum - senyum sejak tadi.
Taehyung meletakkan beberapa sosej yang kurang digemarinya pada dulang Sooyoung yang duduk dihadapannya.
Sooyoung terkedu manakala Seyoon sudah cair.
"I'm okay".
Sooyoung meletakkan semula sosej itu pada dulang Taehyung.
"Tapi aku tak suka sangat".
Taehyung meletakkan semula sosej itu pada dulang Sooyoung.
"I'm okay".
Sooyoung meletakkan semula sosej itu sehingga Taehyung tidak melawan lagi. Taehyung terdiam dan hanya memandang dulangnya tetapi langsung tidak disentuh.
Keadaan itu menyebabkan Sooyoung terkedu. Dia mula rasa bersalah.
"Sorry, cuma.... Sekarang ni banyak orang yang tengo-".
"Aku faham. Aku okay".
Taehyung memotong kata - kata Sooyoung dengan tersenyum tipis. Sooyoung tertunduk manakala kawannya menggosok - gosok tengkuknya kerana kekok.
YOU ARE READING
REVEAL [RV]
Mystery / Thriller"𝑅𝑒𝑙𝑎𝑥.... 𝐸𝑣𝑒𝑟𝑦𝑜𝑛𝑒 𝑔𝑜𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑟𝑎𝑦𝑒𝑑 𝑏𝑦 𝑡ℎ𝑒𝑖𝑟 𝑓𝑟𝑖𝑒𝑛𝑑𝑠..... 𝑅𝑖𝑔ℎ𝑡? 𝐵𝑢𝑡, 𝑤ℎ𝑦 𝑑𝑜𝑒𝑠 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑡𝑖𝑚𝑒.... 𝐼𝑡 ℎ𝑢𝑟𝑡𝑠 𝑠𝑜 𝑔𝑜𝑜𝑑? 𝐼 𝑤𝑖𝑠ℎ 𝑖𝑡 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑟𝑒𝑣𝑒𝑎𝑙𝑒𝑑". 𝕊𝕥𝕒𝕣𝕥 𝕨𝕣𝕚𝕥𝕚𝕟𝕘...