"Detektif Kang Seulgi".
Inspektor Go memanggil Seulgi dengan nada tegas sambil berpusing menghadapnya.
"Saya dengar terdapat konflik antara kamu dengan Officer Seo? Hanya kerana tidak mahu menggari individu di sangka? Detektif Kang Seulgi. Kamu tahu hal peribadi tidak boleh bercampur dengan tanggungjawab kamu".
Inspektor Go bernada tegas dan laju. Dia menjadi tidak tentu arah apabila seorang daripada bahagian kawalannya membuat masalah walaupun hanya sekali.
Seulgi hanya menunduk sambil tangannya di belakang. Dia tidak membalas apa - apa mahupun memberi alasan. Namun, dia tidak rasa bersalah demi kawannya.
"Let me ask you something, Detective Kang. Apa akan jadi kalau kawan kamu akhirnya adalah orang yang bersalah? Adakah kamu akan berusaha membuktikan bahawa dia tidak bersalah? Kamu akan memilih kawan berbanding tanggungjawab kamu? Kerja yang kamu sudah lama ceburi dan sekarang kamu sudah menjadi detektif kerana usaha kamu sendiri. Adakah kamu akan sia - siakan begitu sahaja?".
Seulgi masih berdiam. Inspektor Go mengelilinginya sambil memaksanya untuk menjawab.
"Susah ke, soalan saya Detektif Kang?! Antara kawan dan tanggungjawab! Apa yang kamu akan pilih sekiranya kamu perlu melepaskan salah satu daripadanya".
Inspektor Go masih bernada tegas dan lantang. Mujur mereka berada di dalam office Inspektor Go jadi orang lain tak dengar suara Inspektor Go yang diraih tinggi.
"Joesonghabnida, Inspektor Go. Saya takkan mengulangi kesalahan saya pada masa akan datang. Tolong beri saya satu lagi peluang".
"Itu bukan jawapan yang saya mahu dengarkan, Detektif Kang. Tanggungjawab atau kawan! Sila pilih satu daripadanya Detektif Kang!".
Inspektor Go memaksa Seulgi dengan keras walaupun dia tahu walau apa pun jawapan Seulgi, tidak akan mengubah apa - apa keputusan pun.
Seulgi mengerutkan keningnya dan tangannya digenggam rapat dibelakang. Pilihan ini sangat sukar baginya. Namun jika dia terpaksa memilih salah satu daripadanya, dia akan menjawab jujur dan teguh pada pilihannya.
"Detektif Kang Seulgi!".
"Saya akan memilih tanggungjawab, Inspektor Go! Tapi, saya akan lebih memilih tanggungjawab saya terhadap kawan saya berbanding kepada rakyat jelata".
Seulgi menjawab jelas, terang dan lantang. Dia teguh dengan pendiriannya. Walau seberat manapun tanggungjawabnya, tanggungjawab terhadap kawannya lebih penting dari segalanya.
Inspektor Go mengangguk dan tertunduk hampa sebelum akhirnya bernada tenang.
"Jadi, nyawa kawan kamu lebih berharga daripada other million souls? Geurae, Detektif Kang. I'm dissappointed in you and.... Kamu tak layak untuk posisi kamu Detektif Kang. Saya akan berberat hati untuk menggantikan kamu. Tapi, jika itu sahaja jalannya, saya akan berusaha mencari orang yang lebih layak untuk posisi kamu yang tahu matlamat sebenar mereka dalam melindungi hak rakyat jelata. Jadi, kamu boleh beredar sekarang".
Inspektor Go berjalan menuju ke mejanya sementara Seulgi masih berdiri kaku sebelum akhirnya dia berjalan seperti tiada apa - apa berlaku.
Dia menutup pintu office Inspektor Go sebelum berjalan longlai. Dia rasa seperti tenaganya hilang dengan banyak. Selepas ini, dia perlu menghadap Sooyoung dan menyoalnya beberapa soalan. Menyoal siasat kawannya adalah lebih berat berbanding menghadap Inspektor Go yang 'katanya' digeruni ramai. Tenaganya akan betul - betul hilang menjelang sesi soal siasat tamat.
Tiba - tiba, Officer Seo muncul dihadapannya yang dia tak tahu dari mana datangnya.
"Detektif Kang".
Officer Seo berdiri tegak dihadapannya sebelum membongkok 90 darjah.
"Maafkan saya sebab konflik awal pagi tadi. Saya cuma ingin mematuhi arahan dan saya risau jika saya tidak mematuhi arahan-".
Seulgi terus menepuk - nepuk bahunya drnggn senyuman membuatkan dia berhenti menerangkan segalanya.
"Gwaenchana. Segalanya dah lepas. Sesi syarahan pun dah habis".
Seulgi tergelak perlahan diakhir ayatnya.
"Joesonghabnida".
Officer Seo atau nama penuhnya Seo Youngho menunduk 90 darjah lagi.
"Ani. Bukan salah kamu pun lah. Eh, kita kena siasat individu disangka, kan?".
"Nae".
Officer Seo mengekorinya ke bilik soal siasat dan baru sahaja Seulgi memegang tombol pintu itu...
Pintu dibuka dengan ganas dari dalam menyebabkan Seulgi tertolak dan melanggar Officer Seo dibelakang.
Dua orang keluar daripada bilik itu yang berlari dengan laju. Seulgi hanya mampu melihat Sooyoung yang dibawa lari oleh seorang lelaki dihadapannya.
Bunyi siren kecemasan di bunyikan dan bergema di dalam balai itu. Semua laluan keluar masuk di tutup dan dikunci. Pengumuman dibuat melibatkan individu disangka, Park Sooyoung. Semua orang dibalai itu menjadi huru - hara untuk mencari individu disangka yang dibawa lari.
Namun, ditengah - tengah huru hara itu, Seulgi hanya berdiri tanpa melakukan apa - apa. Segalanya terasa seperti bergerak dengan perlahan kerana dia sedang termenung. Termenung dan hanya memerhatikan satu lorong.
Di lorong itu, Sooyoung dan lelaki itu melarikan diri tanpa pengetahuan orang lain dan tiada halangan dihadapan mereka. Ketika itu, tiada siapa yang tahu mereka melalui lorong itu kecuali Seulgi. Namun, dia tidak cuba untuk menghalang mereka. Dia tiada niat untuk menghalang mereka.
"𝐾𝑎, 𝑆𝑜𝑜𝑦𝑜𝑢𝑛𝑔 𝑎ℎ... 𝑅𝑢𝑛 𝑎𝑠 𝑓𝑎𝑠𝑡 𝑎𝑠 𝑦𝑜𝑢 𝑐𝑎𝑛. 𝑃𝑟𝑜𝑚𝑖𝑠𝑒 𝑚𝑒... 𝑌𝑜𝑢 𝑤𝑖𝑙𝑙 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑔𝑒𝑡𝑡𝑖𝑛𝑔 𝑎𝑟𝑟𝑒𝑠𝑡".
Seulgi berasa lega. Dia bangga dengan Sooyoung yang akhirnya dapat melarikan diri namun, tiada sedikit senyuman di bibirnya.
Pada ketika dia termenung, dia dapat mendengar sebuah panggilan masuk ke walkie talkie seseorang disebelahnya. Dia menoleh dengan perasaan ingin tahu secara tiba - tiba.
Seseorang itu menjawab walkie talkie itu dalam keadaan huru - hara itu.
"Identiti mangsa dapat dikenal pasti?".
"Nae. Mangsa berumur 28 tahun. Bekerja di Cafe Heaven. Tinggal bersama empat orang kawan di Sonseungdo, 11/9 (*rekaan). SON.
SEUNG.
WAN".
Mata Seulgi terbuntang. Dia tersentak. Jantungnya terasa berdentum ketika nama itu disebutkan. Nama yang disebutkan, satu - satu memasuki telinganya. Perkataan - perkataan itu cuba dicernanya namun dia gagal. Nama yang sangat familiar bermain - main di fikirannya.
Tangannya menggeletar dan kakinya terasa lemah. Matanya terasa berpusing dan akhirnya menakung cecair jernih. Akhirnya, dia jatuh pada lututnya ketika jantungnya tidak dapat lagi mengepam darah.
"Detektif Kang!!".
"Gwaenchanayo?!".
"Papah! Papah dia!".
"Detektif Kang Seulgi!".
Dia tertunduk lemah. Rambutnya yang berikat terurai menutupi wajahnya. Dia tak dapat mendengar apa - apa lagi. Matanya akhirnya mengalirkan banyak air mata. Perasaan leganya tadi terus berganti tanpa detik. Hanya satu yang bermain dia matanya.....
Senyuman Son Seungwan.
-
-
-
-
-ℍ𝕠𝕨 𝕒𝕣𝕖 𝕪𝕠𝕦, 𝕘𝕦𝕪𝕤? 𝕀 𝕙𝕠𝕡𝕖 𝕪𝕠𝕦'𝕣𝕖 𝕗𝕚𝕟𝕖. ℙ𝕝𝕖𝕒𝕤𝕖 𝕝𝕠𝕠𝕜 𝕗𝕠𝕣𝕨𝕒𝕣𝕕 𝕥𝕠 ℝ𝕖𝕧𝕖𝕒𝕝 2 𝕗𝕠𝕣 𝕒 𝕓𝕖𝕥𝕥𝕖𝕣 𝕖𝕟𝕕𝕚𝕟𝕘 𝕒𝕟𝕕 𝕟𝕠𝕥 𝕒𝕟𝕘𝕤𝕥. 𝕄𝕒𝕪𝕓𝕖. 𝕋𝕙𝕒𝕟𝕜 𝕪𝕠𝕦 𝕗𝕠𝕣 𝕣𝕖𝕒𝕕𝕚𝕟𝕘 ♥︎.
YOU ARE READING
REVEAL [RV]
Mystery / Thriller"𝑅𝑒𝑙𝑎𝑥.... 𝐸𝑣𝑒𝑟𝑦𝑜𝑛𝑒 𝑔𝑜𝑡 𝑏𝑒𝑡𝑟𝑎𝑦𝑒𝑑 𝑏𝑦 𝑡ℎ𝑒𝑖𝑟 𝑓𝑟𝑖𝑒𝑛𝑑𝑠..... 𝑅𝑖𝑔ℎ𝑡? 𝐵𝑢𝑡, 𝑤ℎ𝑦 𝑑𝑜𝑒𝑠 𝑡ℎ𝑖𝑠 𝑡𝑖𝑚𝑒.... 𝐼𝑡 ℎ𝑢𝑟𝑡𝑠 𝑠𝑜 𝑔𝑜𝑜𝑑? 𝐼 𝑤𝑖𝑠ℎ 𝑖𝑡 𝑛𝑒𝑣𝑒𝑟 𝑟𝑒𝑣𝑒𝑎𝑙𝑒𝑑". 𝕊𝕥𝕒𝕣𝕥 𝕨𝕣𝕚𝕥𝕚𝕟𝕘...