•20•

1 0 0
                                    

"Yaahh...".

Seyoon menyenggol bahunya kerana Sooyoung hanya berdiam kaku. Dia ketakutan. Melihat sahaja orang - orang itu dengan tag nama polis membuatkan perasaan takut menyelubungi dirinya.

Sehingga akhirnya, Sooyoung mengalihkan pandangan lalu terus menarik kawannya pergi. Dia pula lebih laju daripada Seyoon.

"Yah.. Kenapa dengan kau ni? Macam semalam kau tak nampak pula. Orang kata polis dah berkeliaran dekat sini sejak semalam. Kau tak ingat ke? Kelmarin kan ada kes bunuh".

"Nae?!".

Sooyoung masih menarik Seyoon ke kelas mereka walaupun dia terkejut dengan penerangan Seyoon.

"Laaah... Kau ni nyanyok ke? Kelmarin Yul Sunbae jadi mangsa seterusnya pembunuhan. Tapi kali ni tak tahu siapa pembunuhnya sebab biasanya Aeth akan tinggalkan mesej untuk bagitahu orang yang dia pembunuhnya. Tapi, kelmarin dia tak tinggalkan apa - apa pun cuma... Dia tarik kau pergi".

Terus Sooyoung tersentak. Namun, lakonannya perlu diteruskan.

"Mwoya... Aku tak ingat apa - apa pun...hh".

Sooyoung tergelak kekok ketika cuba mengekalkan lakonannya. Walaupun dia sudah tahu identiti sebenar Aeth. Tetapi dia berusaha untuk cuba melupakannya itu.

"Sooyoung ah... What happened to you, actually? Kau tahu tak, kenapa semalam berjuta - juta orang tak datang sekolah? Ani. Tak lah berjuta... Tapi, sebab tulah. Sebab diorang witness pembunuhan tu. Terus demam. Aahhh... termasuk aku lah tu. Eh, beg kau aku terlupa nak bawak. Sorry, esok aku bawak. Jap... Kat mana kita tadi".

Sooyoung hanya berjalan dihadapannya dengan menghiraukan cerita Seyoon. Dia seperti tenggelam dalam lamunannya lagi.

"Hari ni polis tu datang untuk ambik penerangan kitorang. Tapi, sebenarnya satu je matlamat diorang. Nak soal siasat kau".

Terus langkah Sooyoung terhenti.

'Bam!'.

"Aduh..".

Kepala Seyoon tak semena - mena terhantuk dengan belakang kepala Sooyoung.

"Aiish... Seyoon ah. At this rate, i might getting amnesia for real".

Sooyoung menggosok kepalanya kerana kesakitan. Begitu juga Seyoon.

"Mian. Dah kau tiba - tiba je berhenti".

"Ani. Polis tu datang untuk aku ke?".

Seyoon hanya mengangguk laju. Ketika itu, tangan Sooyoung mula menggigil. Dia mula berusaha mengosongkan fikirannya apabila fikirannya mula memikirkan perkara - perkara yang mungkin terjadi hari ini. Dia mula berfikiran negatif untuk segala - galanya.

Seyoon terkedu apabila dia melihat tangan Sooyoung yang menggigil. Dia perlahan - lahan memegang tangan Sooyoung. Serentak dengan itu, orang ramai mula memerhati mereka. Bukan memerhati mereka. Tapi, memerhatikan Sooyoung.

"Sooyoung ah, kaja".

Seyoon bernada perlahan sebelum membawa Sooyoung terus ke kelas mereka tanpa singgah dimana - mana.

"Nah. Minum".

Seyoon memberinya air mineral yang dia sempat beli sementara menunggu Sooyoung tiba tadi.

Sooyoung menyambutnya tanpa berdalih. Dia meneguk laju. Mujur Seyoon belum minum lagi air itu sebab Sooyoung kelihatan memerlukan lebih banyak air.

Kemudian, Sooyoung meletakkan botol itu dengan perlahan ketika matanya mula menangkap mata - mata yang sedang memerhatinya.

Seyoon melihatnya lalu terus mengeluarkan buka add math.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now