•14•

0 0 0
                                    

Seulgi terus mengambil jaket dan topinya. Wajahnya sudah memakai topeng muka hitam. Dia berjalan terus ke pintu keluar selepas keluar daripada biliknya.

Dia menyarung kasutnya dengan laju tanpa menyarung stoking yang biasanya disarung olehnya dahulu sebelum kasut.

Dia memulas tombol pintu dan pintu dibuka dan...

"Seulgi ah".

Joohyun berdiri dihadapannya dengan terkedu. Mahu sahaja dia terjerit tadi kerana terkejut.

"Mianhae, unnie. Meh, Seul tolong".

Seulgi terus mengambil beg plastik barangan dapur yang dibeli oleh Joohyun laju terus diletakkan diatas meja dapur lalu menyelit untuk keluar.

"Seul nak pergi mana?".

"Oh, Seul dapat urgent call dari boss. Seul kena cepat ni".

Seulgi menyarung semula kasutnya yang dibuka tadi sementara Joohyun hanya memerhatikannya.

"Seul pergi duu, unnie. Seul akan balik cepat. Seul takkan biarkan unnie masak sorang - sorang".

Seulgi memberinya senyuman sebelum berjalan laju meninggalkan Joohyun.

Joohyun hanya memandangnya tanpa riak wajah. Tangannya disilang berpeluk tubuh. Dia masih memandang pintu yang sudah tutup.

*
*
*
*
*

"Goodbye..... Wo oh oh.... Yeongwonhi.... Wo oh ooohhh....!!".

Sooyoung meleparkan mikrofon daripada mulutnya ketika menyanyikan highnote dan nyanyiannya tamat.

Taehyung yang duduk di atas sofa bilik karaoke itu menepuk tangan dengan meriah.

"Joha!! Beautiful. The microphone, not you".

Taehyung menyandar semula sambil tersenyum senget. Dia bangga dengan kata - kata menyakatnya tadi.

"Oh, yeah? Then, kau patut nyanyi lagi".

Sooyoung menghulurkan mikrofon itu kepada Taehyung.

"Asal? Aku dah kan tadi".

"We're here to let you release you stress. Ingat lagi tak?".

Sooyoung tersenyum jahat. Dia ingin Taehyung lagi dan lagi. Sejujurnya, suara Taehyung indah baginya.

"Geurae".

Taehyung menyambut mikrofon itu selepas menekan butang lagu yang dia ingin nyanyikan seterusnya.

Lagu Butterfly oleh BTS diketiknya lalu terus kehadapan skrin dengan gaya yang tinggi hidung.

Dia sempat mengerling kearah Sooyoung dan takkan terlupa untuk memberikan wink kepadanya.

Sooyoung hanya berlakon seperti dia mati selepas mati ditembak oleh wink Taehyung.

Taehyung membawa mikrofon itu ke mulutnya dan ketika dia membuka mulutnya.... Suaranya yang indah terus bergema di seluruh pelusuk bilik itu.

Sooyoung tidak tahu sebab utama Taehyung memilih lagu itu tetapi makna lagu itu seperti ada mengena dengannya. Cara Taehyung yang menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan membuatkannya terkedu.

Akhirnya, Taehyung menikmati sesuatu yang dia lakukan. Dia memberikan sepenuh perasaannya kepada lagu itu dan itu seperti bukannya dirinya. Keadaan Taehyung menbuatkan Sooyoung lega dan tersenyum tipis tetapi...

Perlahan - lahan tanpa dia sedar, air matanya mengeluarkan cecair jernih. Suara dan wajah Taehyung yang sedang mengamati lagu itu membuatkan Sooyoung berasa sesuatu yang sepatut dia tak rasakan sekarang. Sekarang bukannya waktu yang tepat.

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now