•18•

0 0 0
                                    

Taehyung duduk di sofa dihadapan tv. Tetapi dia langsung tidak tertumpu pada tv. Dia termenung. Keadaan yang terjadi tadi masih terngiang - ngiang di kepalanya.

Sehinggalah Sooyoung keluar daripada sebuah bilik sambil menggosok - gosok rambutnya dengan tuala. Dia kelihatan tidak bermaya walaupun selepas mandi.

Taehyung menoleh laju kebelakang lalu terus berdiri selepas melihat keadaan Sooyoung.

"G- Gwaenchana?".

"Erm".

Sooyoung menjawab pendek tanpa memandangnya.

"Pergilah mandi dulu".

Sambung Sooyoung dengan nada lemah. Manakala, Taehyung masih berdiri sambil memerhatinya.

Dia diselubungi rasa bersalah. Baginya, Sooyoung terlibat dengan ini semuanya kerana dia.

Disebabkan Taehyung langsung tidak bergerak, Sooyoung mengerling kearahnya dengan kening yang seperti marah. Sebenarnya, dia keletihan jadi dia tak mampu untuk melayan situasi itu lagi.

"Mandi dulu... Kalau ada apa - apa kita cakap nanti".

Sooyoung bernada annoyed. Dia beralih daripada Taehyung lalu berdiri dihadapan tingkap bilik hotel itu.

Taehyung hanya tertunduk sebelum akhirnya akur. Dia masuk ke bilik untuk mandi sementara Sooyoung masih termenung.

Matanya kelihatan sayu. Dia merenung keluar tingkap tanpa objek yang ditenung. Pandangannya terapung dia malam hari itu memikirkan perkara yang dia telah buat tadi.

Tak lama kemudian, dia mengangkat tangannya. Tangannya diperhatikan. Perkara yang dia tak sangka dia buat. Perkara itu berlaku lagi tanpa dia sedar. Adakah.... Dia menjadi lebih parah?

Tiba - tiba, cecair merah muncul pada tangannya. Dia terkedu sebelum tangannya menjadi normal semula.

Matanya terbuntang. Keadaan tangannya tadi yang dipenuhi cecair merah yang likat sama seperti tangannya ketika dia berada di dalam van tadi.

Dia memejamkan matanya. Dia menutup telinganya dengan kedua - dua tangannya. Fikirannya cuba dikosongkan. Dia cuba mengawal dirinya untuk menjadi tenang semula. Tetapi....

Cari itu sudah tidak menjadi lagi. Situasi di dalam van tadi bermain diawangan dihadapan matanya. Pembunuhan yang terjadi besar - besaran. Betul ke, perkara itu dilakukan olehnya?

Dia terus mengusutkan rambutnya. Telinganya cuba ditutup rapat ketika dia mula mendengar bunyi yang nyaring dan kuat di dalam gegendang telinganya. Dia cuba menghentikan bunyi itu tetapi dia gagal.

"Haah!".

Sooyoung mencangkung sambil menutup telinganya dengan erat. Dia ketakutan. Dia dapat merasakan semua orang menuding jari kearahnya. Dia dapat rasakan semua bebanan yang akan membebani dia pada masa akan datang. Semuanya kerana dia hilang kawalan. Sekali lagi.

"Heh...".

Sooyoung mengusutkan rambutnya. Dia keletihan dan kini perkara itu berlaku lagi ketika dia tiada tenaga untuk mengawal dirinya. Disebabkan dipaksa, dia menjadi pening.

Sehingga tiba - tiba, seseorang memeluknya daripada belakang.

"Gwaenchana, Sooyoung ssi. Aku ada. Kosongkan fikiran kau. Dah tak de apa - apa yang akan ganggu kita kat sini".

Taehyung memeluknya dengan niat ingin meredakan Sooyoung. Kata - katanya yang tadi samar - samar kedengaran oleh Sooyoung, kini dia dengar dengan jelas.

"Gwenchana... Sooyoung ssi.... Semuanya akan jadi baik...".

"𝐸𝑣𝑒𝑟𝑦𝑡ℎ𝑖𝑛𝑔'𝑠.... 𝐺𝑜𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑓𝑖𝑛𝑒".

REVEAL [RV]Where stories live. Discover now