Arghhhh!
Pagi aku dikejutkan dengan jeritan nyaring yang datang dari bilik air. Aku turun dari katil dan pantas berlari untuk melihat siapa yang suka-suka hati masuk ke bilik air kesayanganku yang penuh dengan khazanah wangian pembangkit semangat di jiwa.
Aku tanpa berfikir panjang terus sahaja memusing tombol pintu. Jelas terlihat Daniel yang berdiri di atas tepian 'bathtub' dengan memakai tuala separas pinggang dan labuh menutupi lutut. Aku yang melihat akan sosok tubuh Daniel yang tiba-tiba berada di dalam bilik airnya menjerit.
"Arghhhh! Kau buat apa dalam rumah aku! Dalam bilik air aku pulak tu! Kau curi masuk dari mana ha?! Ni mesti kau umpil atap rumah aku kan pastu kau masuk sebab nak mencuri kat rumah aku tak pun kau.... Arghhhh! Dani pervert!"
Daniel mati akal seketika. Aku ni lupa ke yang kami dah kahwin ke aku ni pening sebab baru bangun tidur? Tanpa menghiraukan apa yang aku katakan Daniel terus teringat akan haiwan jijik yang dilihatnya berada di bawah sinki itu.
"Rees...tolong..."
"Eh, eh kau....masuk rumah aku suka hati duduk dalam bilik air aku pastu dah lah pakai towel je pastu nak minta tolong aku pula! Banyak hensem muka kau!"
Aku memarahi Daniel sebelum sempat si suamiku ini menghabiskan kata apa yang mahu diminta tolong.
"Naura Aireesya! Awak lupa ke? Hilang ingatan? Amnesia? Kepala terhantuk kat bucu meja? Kat bucu katil? Ke ingatan tercicir kat pelamin semalam?! Kita dah kahwin lah woi! Tolong lah saya...." Rayu Dani bersungguh.
"Eh...haah lah! Kita kan dah kahwin HAHAHAHA. Ha nak tolong apa?"
Seakan-akan baru mendapat kembali otak yang tercicir aku rileks sahaja berkata.
"Tu...kat bawah sinki tu...tolong ambil dan buangkan binatang lahanat tu, saya geli..." Katanya sambil telunjuk, menunjuk-nunjuk ke arah bawah sinki tersebut.
Aku berjalan masuk ke dalam bilik air tersebut. Bahagian bawah sinki dilihat. Alahai punya lah comel benda yang di bawah sinki ini boleh pula dikatanya geli. Dani...Dani...
"Alololo comelnya awak encik katak...meh sini kat kakak. Kakak bawak awak ke tempat yang lebih baik. Jantan ni geli dengan awak. So jom saya bawa awak ke kawasan tepi kolam. Kat sana ada ramai kawan awak tau! Semua pun comel-comel macam awak!"
Selesai sahaja sesi melabur di tandas Daniel menjuihkan kepalanya ke luar pintu bilik air. Dilihat di bahagian dalam bilik untuk memastikan sama ada isterinya ada di dalam bilik atau tidak. Kalau ada, takut dia diusik sahaja dengan katak yang menjijikkan itu!Pandang kiri. Pandang kanan. Line clear!
Pantas kaki melangkah keluar dari bilik air dan terus dia pergi ke arah almari yang menempatkan baju-baju yang dia bawa dari rumahnya.
[Naura Aireesya×Rahzain Daniel]
Katak yang aku tangkap tidak aku bawa ke kolam tapi...
"Sweetie... Ouh sweetie pie..." Laung Daniel setelah hampir beberapa lama tidak melihat kelibat isterinya.
"Awak! Saya ada kat luar ni ha...tengah tengok-tengok pokok kat sini. Awak datanglah sini! Ni ada bunga lavendar papa beli haritu."

YOU ARE READING
Cinta Terakhir : Endless Love [C]
RomanceSikap panas barannya itu membuatkan kebanyakan orang merasakan dirinya menjengkelkan. Namun tidak di mata Rahzain Daniel. Sikap panas baran dan garang Naura Aireesya inilah yang menjadi perkara yang mengikat perhatiannya pada gadis yang sudah lama m...