Fi hagat hadzartak minaha
Wa ainik azay hatlimaha
Ana albati mantasy adaha
Ana wahdal girat damaha
Estanana lesa bakalemak
Walemtana hafdola fahemak?
Minyuma biltak ultilak
Law basit barahazalak
Mesayatara, hamasyik mastara
Hahalik law syuftit syara bintit busilwara
Aiwa anamesaytara, ya hetta sukara
Tulmanta ma'eya tumsha ala hawaya
Ana Mutakabbiroh...Semua orang yang berada di dalam majlis itu memberi tepukan gemuruh kepada Aireesya selepas dia tamat menyampaikan lagu Mesaytara daripada Nancy Ajram yang berbahasa Arab. Disebabkan tiada orang di situ selain Hazim, Daniel dan Qistina yang memahami bahasa Arab jadinya semua hanya bersorak gembira kerana suara merdu Aireesya itu anak cocok dengan lagu bahasa Arab!
Pap!
Tepukan kasar yang singgah di belakang badan Aireesya membuatkan dia terus berpaling dan merenung tajam hingga boleh tembus orang yang menepuk dia itu. Dasar tak cukup kismis! Tak reti ke nak tegur elok-elok? Main tepuk amai-amai dengan tanpa rasa bersalah aje kat belakang aku! Kalau aku dapat skilosis tahu lah orang yang tepuk-tepuk aku yang dah macam rupa kena tabuh ini!
"Apa kau?!" Kasar aku memarahi lelaki yang menepuk kasar belakang aku ini.
Oh no man! Pengantin lelaki kita ni tahu bahasa Arab ke? Aku haraplah tak ye!
"Apa aku apa? Aku nak request kau nyanyi lagu lain...tapi kalau boleh lagu english atau lagu melayu je lah aku mana faham bahasa arab." Dengan wajah yang tak ubah seperti bapa tiri Arasyah meninggalkan pesan kepada aku.
Fuh! Nasib mamat tu tak faham bahasa arab! Alamanda pula hanya tersenyum yang dibuat-buat di atas pelamin. Aku tahu yang Alamanda sebenarnya memang faham akan maksud lagu ini tapi dia memilih hanya untuk mendiamkan diri. Cerita dia, macam mana lah Alamanda tu tak tahu maksud lagu ni kalau ni memang lagu yang aku selalu nyanyi bila berdua dengan dia dulu.
"Dj, kasi pusing lagu pengantin baru satu kali!" Dengan lagak santai aku mengarahkan dj itu untuk memutarkan lagu pengantin baru.
Daniel membuat wajah tidak beriak. Tak tahu nak rasa apa sekarang ini. Isteri dia ini, haihhh memang tak terkawal sikit gilanya! Kadang-kadang boleh keliru sama ada isteri dia ini memang normal atau tidak! Silap-silap haribulan kalau tinggal di hospital Tanjung rambutan pun boleh hidup.
...
"Nyah, kau sumpahlah nyanyi Mesaytara! Kau ni kan, nasib tau diorang tak faham bahasa Arab! Kalau faham tu...mahu jadi janda si Alamanda!" Kata-kata mak buyong itu membuatkan aku sengih nakal.
Alaaaa aku nyanyi lagu je kot. Bukannya sebar aib Alamanda waktu kecil-kecil yang suka mandi bogel. Oops! Hahahahaha.
"Kau chill cukup. Baby pun rilek betul tak baby?" Sambil aku usap lembut perut Adlein, aku tanya kepada kandungannya yang sudah mencecah tujuh bulan itu.
Sekejap sahaja masa berlalu. Semuanya bagaikan terbang tanpa kita sedari, rasa macam baru semalam aku, Qistina, Hazim, Daniel, Alamanda, Adlein dan Syauqina study group sama-sama... tiba-tiba harini lagi sorang dah naik pelamin. Seorang lagi dah nak melahirkan dah pun. Walaupun anak dia tu tidak punya sama taraf seperti orang lain tapi dia tetap jaga kandungannya. Sekarang tinggal Syauqina sahaja yang masih single dan available. Katanya masih muda untuk dia berkahwin!
"Eee kau ni Reesya! Why ah fi'il macam monyet sangat ni? Nasib lah aku, Mariss dengan kawan-kawan kita je yang faham maksud lagu tu! Kau ni kan, suka buat hal betul lah! Mencik! Mencik!" Eh, dari mana datang pula minah seorang ni? Bukan tadi elok aje ke bersanding dengan laki dia kat pelamin?
Aku melihat Alamanda yang berdiri dengan wajah masam mencuka. Alahai, comel betul lah budak pendek ni! Merajuk pula dia.
Aku mendekati Alamanda. Aku memeluk dia tanpa berkata apa pun. Saja nak ambil hati dulu sebelum cakap apa-apa. Alamanda pun tidak menolak ataupun memberi reaksi tidak suka dengan pelukan hangatku. Eceyhhhh suka lettuwww orang peluk dia!
"Pengantin baru mane oleh acam-acam muke, nanti somi lari...hehe. Manda, toksey lah maroh kitonyo gura jo. Kita kan kawan, kawan kan memang suka gurau-gurau manja meow macam ni." Aku mencuit dagu tajam milik Alamanda.
Rawrrr dagu macam buat pembedahan plastik kat Korea! Hahahaha.
Alamanda mencerlung pandang ke arah wajahku. Agak-agak dari point of view Alamanda ni kan, mesti dia nampak lubang hidung aku je kan yang lebih hihi! Eh aku ni, tak baik height shaming kawan sendiri!
"Kau...nasib aku sayang kau tau! Kalau tak sayang, eeee dah lama aku gigit kau!" Alahai, marah ke tu?
Bagi aku, Alamanda marah ataupun tak...sama sahaja, comel! Comel nak mampus! Macam budak tadika marah! Tapi kalau dia marah yang serius...aku mungkin lari dulu. Tak sanggup aku nak tidur ICU sebab cari pasal dengan Natalie Alamanda mood fighter.
Aku tersenyum manis kepada Alamanda seraya tanganku naik memicit pipi comel berlesung pipit miliknya. Fun fact pasal aku, Adlein dan Alamanda...kami tiga-tiga orang berlesung pipit. Macam souls sister sangat kan?
"Manda...sorry okay! Aku janji aku behave. Tapi, kalau aku nak ride kuda tu boleh tak? Hehehe aku dah lama tak ride kuda ni." Tanyaku dengan mata yang bersinar-sinar.
"Erm, tu kena tanya dekat pemilik kuda tu lah. Aku ni pun menumpang kuda dia je waktu datang tadi. Lagipun waktu sekolah menengah dulu kau tak ingat ke aku pernah jatuh kuda sampai trauma aku tak nak berkuda. Tadi pun aku macam kekok lagi walaupun dah kena ajar banyak kali dengan Arasyah!" Alamanda muncungkan bibir kecilnya. Alaaaa comelnya! Rasa nak letak dalam luggage buang kat laut!
Aku tidak membalas sebarang kata, hanya mataku sahaja memandang ke arah Daniel. Ya, Daniel suami aku. Dia merenung aku yang duduk bersama kawan-kawan ku yang lain di sini. Alamak bang, jangan marah saya bang...saya gurau je nyanyi tadi tu hihihi.
"Wey, aku gerak kat shubby aku dulu eh. Dia dah buat renungan helang kat aku tu ha." Alamanda dan Adlein hanya sengih kepadaku dan menghantar pemergianku dengan melihat aku berjalan mendekati Daniel.
...
"Dah? Dah boleh solat lah kan?" Soalan Daniel buatkan aku rasa pelik.
"Abang, abang tak marah Airees?" Soalku ingin tahu.
"Marah? Nak marah kenapa? Isteri abang ni ada buat criminal scene dekat orang yang salah ke? Ke Rees ada buat salah apa-apa yang abang tak tahu ke sebelum ni?" Aku pula disoal kembali.
Dasar suami kurang DHA! Kita soal dia, disoal balik kita. Kalau aku sepak kang, tak pasal-pasal jadi isteri nusyuz!
"Takdelah, tapi tadi tengahari kat kenduri Manda...abang mac–"
"Shhh...solat dulu okay?" Aku hanya mengiyakan. Malas nak berdebat dengan suami aku. Karang kalau dah mula berdebat, dah macam peguam yang bincangkan kes jenayah pada mangsa bawah umur.

YOU ARE READING
Cinta Terakhir : Endless Love [C]
RomanceSikap panas barannya itu membuatkan kebanyakan orang merasakan dirinya menjengkelkan. Namun tidak di mata Rahzain Daniel. Sikap panas baran dan garang Naura Aireesya inilah yang menjadi perkara yang mengikat perhatiannya pada gadis yang sudah lama m...