Tusukan pisau yang sepatutnya aku lakukan pada Qistina akhirnya menikam aku sendiri. Aku pernah kata yang aku sanggup lakukan apa sahaja even if have take a bullet and knife for her but I never expected that she'll be the person who stab me using my own knife.
"K-kau tikam aku?" Soal aku kepada Qistina.
Nafas sudah terasa agak berat, Qistina juga sudah berubah air mukanya. Mukanya nampak jelas rasa bersalah yang terpancar. Dia tak sedar ke apa yang dia buat tadi?
"Rees...Rees! A- Aku tak sengaja Rees. Sumpah aku tak sengaja! Rees maafkan aku Rees." Qistina mula cemas.
Darah yang mengalir agak pantas dari bahagian perutku Qistina tekup dengan tangannya. Qistina, tiada gunanya lagi. Aku dah nak mati.
"Sweetie!" Suara itu...
"Qistina? Qistina kau ke yang..." Sebaik sahaja mendekati aku dan Qistina...Daniel jatuh melutut di hadapan aku.
Aku tahu yang dia tak boleh percaya dengan apa yang dah jadi. Aku sendiri pun tak percaya yang Qistina sanggup buat semua ini.
"Qistina, kau bodoh ke?" Daniel tolak badan Qistina kasar.
Airmata mula keluar membasahi kulit pipinya. Daniel tak boleh tengok aku tahan sakit. Daniel lihat aku yang sedang memegang perutku yang masih mengalirkan darah. Wajahnya berubah merah. Marah.
"Kau..." Baru sahaja Daniel hendak bangun aku menarik lengan bajunya.
"Abang, sakit." Wajah Daniel terus berubah menjadi risau. Aku tahu dia takkan jahat dengan Qistina.
"Ye sayang, jom abang bawa awak pergi hospital ye sayang. Bertahan okay! Bertahan untuk abang!" Daniel usap wajah aku lalu mencempung aku.
...
Daniel memandu laju kereta untuk menuju ke hospital. Aku lihat wajahnya penuh dengan kerisauan.
"Abang..." Sayu suaraku.
"Sweetie, tak nak banyak cakap. Simpan tenaga awak please. Awak kena balik rumah, laksa saya dah siap masak...anak-anak pun saya dah susukan dengan susu yang awak dah pam. Jangan tanya apa-apa lagi okay. Diam, japgi kita sampai hospital okay?" Ada getaran dalam pujuk rayu Daniel.
Aku memandang Daniel lagi, perasaan aku bercampur baur...aku tahu masa aku dah sampai. Kalau sampai ke hospital sekalipun, mungkin hanya jasadku yang tidak bernyawa sahaja.
"Abang, stop kereta kat tepi...please." Aku merayu kepada Daniel.
Daniel menggeleng seraya kereta juga dipandu semakin laju. Aku tahu dia takkan mampu terima kalau aku tinggalkan dia.
"Abang sayang Rees kan. Tolong berhenti kat tepi untuk Rees."
Srittt!
Kereta milik Daniel diberhentikan betul-betul di bahagian tepi bahu jalan. Daniel dengar kata aku, dia sayangkan aku. Tapi aku...aku tak mampu untuk bertahan, sakit terlalu sakit.
Aku tarik tangan dan letakkan tangannya ke dadaku. Sebelah tangannya lagi aku genggam kemas.
"Abang, jangan nangis boleh? Rees tak suka tengok abang nangis." Airmata yang mengalir di pipi Daniel buatkan sakit di hati aku bertambah. Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa sakit.

YOU ARE READING
Cinta Terakhir : Endless Love [C]
RomanceSikap panas barannya itu membuatkan kebanyakan orang merasakan dirinya menjengkelkan. Namun tidak di mata Rahzain Daniel. Sikap panas baran dan garang Naura Aireesya inilah yang menjadi perkara yang mengikat perhatiannya pada gadis yang sudah lama m...