Masih ada lagi 3 robot petai. Boboiboy Solar dengan Duri dah berjaya kalahkan dua.
Ejen-ejen Laskar cuba sedaya upaya tapi disebabkan Solar dengan Duri kembali semula pada tuan asalnya dan laser Borara itu asyik tembak saja membuat mereka hampir kalah.
"Graviti pemberat!", mereka pun beralih melihat Yaya terapung di langit diikuti Ying dan Gopal di belakang yang sedang lari ke arah mereka.
"Ying! Gopal! Sekarang!", jerit Yaya. Robot petai itu cuba melepaskan diri tapi tak berjaya.
"Molekul kaca! Piu! Piu!", Gopal dengan segera menukarkan robot petai itu menjadi kaca. Selalunya makanan bukan?
"Tendangan laju", Ying pula tendang robot petai kaca itu sekali dan ia musnah, berkecai. Semua ejen di situ hembus nafas lega tapi tak lama.
Sebab masih ada lagi 2 robot petai belum ditewaskan. Dua robot petai itu mahu menembak mereka menggunakan laser pemusnah.
"Pelindung ombak tinggi!", laser itu tidak dapat tembusi pelindung itu sebaliknya ia terus hilang sebab kena air.
Yaya,Ying dan Gopal hairan dan hampir fikir itu Boboiboy tapi Boboiboy ada di belah lain.
Mereka pun mencari siapa yang menggunakan kuasa itu.
Geng kokotiam kemudian ternampak seorang budak lelaki dengan rambutnya berwarna blond cerah, mata biru turquoise dan tingginya sama dengan Boboiboy.
"Yeah! Ia berkesan!", itu Sankyu. Okay dia memang macam Boboiboy sikit. Tapi, pelindung itu tiba-tiba hilang.
Sankyu kelip mata banyak kali dengan muka keliru.
"Aik? Kesan pelindung itu sekejap jer?", soal dirinya senget kepala ke sebelah dengan muka naif.
Gopal,Ying dan Yaya hairan dengan budak itu. 'Dia mengingatkan aku pada Duri', fikir mereka bertiga terus sweatdrop.
Dua robot petai itu nak tembak dia pulak kali ni.
"HATI-HATI!", jerit Ying dan Yaya panik dan risau. Sankyu beralih lihat mereka dengan tatapan keliru.
"Sarang labah-labah pengikat!", satu sarang labah-labah itu menarik Sankyu terus ke arah Gopal,Ying dan Yaya.
Mereka bertiga nampak seorang lagi budak lelaki dengan rambut berwarna biru putih dan matanya berwarna putih. Dia memakai cermin mata seperti Fang.
Sankyu pula baru sedar dia hampir mati tadi. "Aku tak perasan pun tadi", gumannya tapi Gopal dengar dan terus facepalm.
'Apa masalah budak ni?'
Budak cermin mata itu kemudian pergi ke arah Sankyu dengan tatapan kecewa.
"Kau ni... Boleh uji teknik kau tu lain kali?", marah Leo walaupun tak tunjuk tapi dari nadanya dia marah.
"Hmph! Aku cuma nak selamatkan kawan-kawan Boboiboy sahaja", marah Sankyu balik sambil pandang ke tempat lain dengan mulut pout.
Leo hanya buat tak tahu saja sambil juling matanya.
'Dia seperti Solar', fikir mereka bertiga lagi.
Robot-robot petai itu mahu serang mereka berlima dengan kuasa tinggi kali ni tapi salah satu robot petai itu tumbang membuat geng kokotiam itu terkejut kenapa robot itu tiba-tiba tumbang begitu saja.
Mereka kemudian nampak seorang perempuan dengan rambut blond sama dengan Sankyu bezanya warna rambut dia terang lagi dan matanya biru azure.
Dia sedang pegang satu senapang sambil berdiri atas robot itu, kemudian terus lompat pergi ke arah mereka berlima.

ESTÁS LEYENDO
Boboiboy: Hero Elemental (Rewrite)
FanficCerita ini dibuat selepas Boboiboy movie 2. Pastikan korang dah tengok semua musim Boboiboy dan movie... Semua watak dari Monsta kecuali nama-nama watak yang tiada dalam Monsta hanyalah rekaan dan milik author Mirin🍓 Selepas Boboiboy berjaya kalahk...