06

173 22 9
                                    

Minho memerhatikan jam di telefon bimbitnya. Lagi lima belas minit sebelum waktu rehat tamat. Namun bayang Minji masih belum kelihatan.

"Nampak gayanya memang dia takkan datang sini dah,"

Dia turun dari kerusi yang didudukinya. Roti dan air kotak yang masih belum berusik itu dipandang sepi.

"Bagi Seungkwan lah,"

Baru sahaja dia ingin mencapai makanan itu, bunyi pintu dibuka.

"Sunbaenim,"

Minji berjalan ke arahnya.

"Minho sunbaenim,"

"Macam mana awak tahu nama saya?" Soal Minho pelik.

"Tch, siapa ke tak kenal top student sekolah ni,"

Minho tergelak kecil. Minji kemudian mengambil tempat di kerusi yang berada di situ.

"Sunbae kenal saya?" Soal Minji spontan.

"Siapa je tak kenal Hwang Minji? Rasanya satu sekolah kenal purple girl,"

Kali ini Minji pula yang tertawa. Julukan purple girl diterima olehnya dari seisi sekolah sejak dia muncul dengan rambut smoky lilac itu sejak tiga bulan lalu.

"Sunbae buat apa kat sini?" Soal Minji.

"Habiskan waktu rehat saya," dia menunjuk plastik roti yang sudah kosong di tangannya.

"Kenapa tak ke kafe?"

"Entah. Hari ni saya tak rasa macam nak makan masakan kafe,"

Minji mengangguk faham.

"Awak pula, tak ke kafe?"

Soalan itu membuatkan Minji mengeluh perlahan.

"Malas lah. Buat sakit hati je," ujar Minji.

Peristiwa semalam masih lagi segar dalam ingatannya.

"Jadi awak makan apa je?"

"Tak makan. Snack bar pun ramai orang. Saya tak suka lah bersesak semata-mata untuk beli makanan," ujar Minji.

"Eo? Untuk saya ke?"

Dia memandang roti dan air kotak yang tiba-tiba sahaja dihulur oleh Minho itu.

"Ambil lah. Saya beli lebih," ujar lelaki itu.

"Yaa, Sunbae buat saya asyik terhutang budi. Sapu tangan semalam pun saya belum pulangkan lagi,"

"Kalau rasa terhutang budi, balas lah budi saya," ujar Minho dengan senyuman.

Minji ketawa perlahan. Telefon bimbit di poket uniformnya dikeluarkan lalu disuakan di hadapan lelaki itu.

"Huh?"

"Tadi cakap nak saya balas budi. Bagi lah nombor Sunbae. Takkan saya nak kena hantar burung merpati pula kalau saya nak contact Sunbae nanti?"

"Saya bergurau je lah," ujar Minho pula.

"Tapi saya tak. Saya dah buat keputusan untuk belanja Sunbae makan sebagai tanda saya terhutang budi dengan Sunbae,"

"Tapi-,"

"Ah palliwa! Waktu rehat dah nak tamat,"

Minho akhirnya mengambil telefon bimbit milik gadis itu lalu meletakkan nombor telefonnya.

"See, bukan susah pun," Minji mengambil kembali telefon bimbitnya.

"Saya pergi dulu. Gomawo untuk roti dan air ni,"

Selepas itu Minji mula melangkah pergi. Meninggalkan Minho yang perlahan-lahan mengukirkan senyuman lebar di bibirnya.

FeelingsWhere stories live. Discover now