63

104 16 2
                                    

"Kamu berehat lah. Kalau perlukan apa-apa, panggil je Appa atau Ahjumma guna telefon tu,"

Minho yang sedang duduk bersandar di katilnya sekadar mengangguk dan tersenyum nipis.

"Ya, Appa pergi lah berehat juga. Minho okay,"

Tuan Lee kemudian meminta diri, meninggalkan anak sulungnya itu untuk beristirehat di dalam biliknya.

Selepas kepergian Tuan Lee, Minho melepaskan satu keluhan. Melihat kaki kirinya yang berbalut dan tangan kanan yang beranduh itu cukup menyiksakan baginya.

"Boleh mati kebosanan aku macam ni," rungutnya.

Seminggu dia koma akibat hentakan kuat di kepalanya saat dilanggar oleh kereta malam itu. Kata doktor, jika dia lambat tiba di hospital, mungkin peluang untuknya selamat akan tipis.

Bila dia sedar, dia terpaksa ditahan di hospital selama seminggu lagi untuk dipantau oleh doktor. Sepanjang seminggu itu, Tuan Lee yang setia di sisinya.

Jeno langsung tidak memunculkan diri. Manakala Eunmi, dia datang dan memutuskan pertunangan mereka. Dari gadis itu juga, dia tahu semuanya tentang apa yang terjadi.

Kalau ikutkan hati, dia tidak mahu memaafkan Eunmi. Tetapi bila difikir semula, dia tidak mahu hubungan persahabatan mereka hancur begitu sahaja.

Bunyi ketukan di pintu menyentakkan dia dari lamunan panjangnya. Dia memandang ke pintu dan riak wajahnya sedikit berubah saat melihat Jeno di sana.

"Boleh aku masuk?"

Minho sekadar mengangguk tanda Jeno dibenarkan masuk. Adiknya itu kemudian mengambil tempat di kerusi yang memang sudah berada di tepi katilnya.

Keduanya kemudian hanya diam tanpa mengeluarkan sebarang suara. Minho sibuk merenung kakinya yang berbalut manakala Jeno hanya menunduk.

Di situasi Jeno, dia sedang cuba mengawal perasaannya. Kedua tangan digenggam sebelum dia akhirnya mengangkat wajahnya dan memandang Minho.

"Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau tak biarkan aku je yang kena langgar malam tu?" soal Jeno.

"Benda dah jadi," balas Minho pendek.

"Kau patut biar je aku mati malam tu,"

"Yaa!" Minho sedikit meninggikan suaranya.

"Kau buat aku nampak teruk," ujar Jeno.

Dia memandang Minho sebelum air matanya  jatuh dan dia teresak perlahan.

"Mianhei—, Hyung,"

Minho terdiam sejenak. Pertama kali, gelaran itu keluar dari mulut Jeno buatnya.

"Mianhei. Untuk semua benda yang pernah keluar dari mulut aku pada kau. Dan pada semua benda buruk yang aku buat pada kau. I'm really sorry,"

Minho diam tidak membalas. Wajah Jeno dipandang dan dia dapat melihat kejujuran melalui pandangan mata lelaki itu yang masih basah dengan air mata.

"Aku terlalu ikutkan perasaan benci aku. Aku asyik dibayangi masa lalu aku Hyung. Sampai aku langsung tak bagi peluang untuk diri aku terima kau. Aku hina kau dan Omma kau, sedangkan semuanya berpunca dari Omma aku sendiri,"

Minho kemudian tertawa perlahan. Sebelah tangannya yang tidak beranduh menepuk bahu Jeno perlahan.

"Sudah lah, benda pun dah lepas. Kau tak salah, kau buat semua tu sebab kau sayangkan Omma kau. Aku dah lama maafkan kau," ujar Minho.

"Betul? Walaupun aku punca hubungan kau dengan Minji hancur?" soal Jeno lagi.

"Ya, buat apa aku nak menipu. Kita lupakan semuanya," balas Minho.

"Hyung!" Jeno bangun dan memeluk Minho erat.

"Yaa, yaa, yaa! Tangan aku sakit lah!" Jerit Minho bila Jeno mengeratkan pelukan.

"Ah, mianhei. Tapi Hyung, betul ke sakit ni?"

Jeno menepuk-nepuk tangan Minho yang berbalut itu.

"Yaa, soalan kau tak boleh bijak lagi ke?"

"Hyung, apa kata aku tidur sini malam ni? Okay kan?"

"Jangan nak merepek,"

Bilik Minho mula riuh dengan suara mereka berdua saling bergurau dan ketawa. Dan tanpa keduanya sedari, Tuan Lee sedang memerhatikan semuanya dengan senyuman sebelum dia menutup pintu bilik dan beredar.

FeelingsWhere stories live. Discover now