38

114 21 1
                                    

Kakinya terus melangkah walau dia sendiri tidak biasa dengan jalan yang dilaluinya sekarang. Yang dia tahu, dia mahu segera pergi jauh dari pusat hiburan itu. Pedulikan Heejin yang masih berseronok di dalam sana, dia mahu pulang ke rumah.

Perasaannya bercampur baur sekarang. Rasa, marah, terkejut, kecewa, semuanya mengusai diri. Marah pada Heejin yang membiarkan dia seorang diri, terkejut dengan pertemuan tidak terduga antara dia dan Minho, dan kecewa bila terkenangkan apa yang lelaki itu lakukan padanya dahulu.

Sampai sahaja di perhentian bas setelah berjalan lebih kurang sepuluh minit, dia melabuhkan duduknya di kerusi panjang yang tersedia di situ.

Kasut tumit tingginya ditanggalkan dan dia membelek buku lalinya yang melecet gara-gara memakai kasut Heejin yang lebih kecil dari saiz kakinya itu.

Ya lah, mana dia tahu Heejin mahu bawa dia ke kelab malam. Jadi dia hanya menyarung sandal sahaja. Dan gadis itu meleterinya dan memaksa dia menukar kasut supaya nampak lebih sesuai.

"Tadi macam banyak teksi kat sini," dia merungut perlahan.

Kepalanya disandar pada dinding perhentian bas itu. Mahu menempah teksi secara atas talian, telefonnya ditinggalkan di dalam kereta Heejin. Kata Heejin, dia tidak mahu teman lelakinya menelefon Minji sekiranya dia tidak dapat dihubungi.

"Haish, lama lagi ke teksi nak datang,"

Dia melihat lagi buku lalinya yang memerah itu. Nak patah balik untuk mencari Heejin, memang mustahil. Buat tambah sakit kaki je.

Sedang asyik dia membelek kakinya, bunyi kereta berhenti membuatkan dia berada lega. Kasut tumit tingginya dan beg tangan segera dicapai.

"Minji yaa,"

Minji terkaku di tempatnya bila yang berada di depannya bukan teksi. Sebaliknya Minho dan kereta miliknya.

"Puas saya cari awak tadi," lelaki itu berdiri di hadapannya.

"Saya tak suruh pun," ujarnya lalu kembali duduk.

"Yaa, kaki awak,"

Minho segera duduk berlutut sebelah kaki di hadapan gadis itu.

"Jangan sibuklah!" Minji menepis tangan Minho yang mahu menyentuh buku lalinya.

"Kaki awak melecet ni, sini saya tengok,"

"Tak nak!"

"Hwang Minji, biar saya tengok,"

Minji tidak sempat menghalang bila lelaki itu sudah menyentuh buku lalinya.

"Sakit!"

Dia menjerit kecil bila Minho menyentuh tempat melecet itu.

"Jom, saya bawa awak ke klinik,"

"Tak payah lah, melecet je, bukannya patah," ujar Minji.

"Minji yaa, saya-,"

"Jangan sibuk hal saya. Saya boleh uruskan diri saya sendiri," laju dia memotong.

Minho bangun dan terus melangkah semula ke keretanya. Membuatkan Minji kembali menunduk.

"Tch, ingatkan betul-betul nak tolong," ujarnya perlahan.

"Jangan menangis lah Minji. Apa lah sangat sakit kaki melecet kalau nak dibandingkan dengan sakit kena tinggal tanpa khabar berita," air mata yang hampir mengalir diseka.

"Minji, pakai ni,"

Dia mengangkat wajahnya bila suara Minho kedengaran lagi. Dan matanya terpandang lelaki itu yang sedang menyarungkan selipar biasa ke kakinya.

"Jom, saya hantar awak balik,"

FeelingsWhere stories live. Discover now