39

122 20 7
                                    

Minji membuka matanya sambil dia menggeliat kecil. Tidurnya rasa lebih lena dari selalu. Saat matanya terpandang siling bilik itu, dia automatik tersedar sesuatu.

"Aku kat mana?" soalnya sambil dia bangkit.

Dia menyelak comforter yang menyelimuti tubuhnya saat itu. Mujur sahaja, pakaian masih tersarung di tubuhnya. Perlahan, dia turun dari katil.

Keluar sahaja dari bilik, hidungnya mencium bau masakan dari arah dapur dan kakinya dibawa melangkah ke sana.

"Dah bangun? Lena tak tidur semalam?"

Minho menyoal sambil meletakkan dua pinggan nasi goreng di atas meja makan.

"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" soal Minji polos.

"Tak ingat? Awak tak nak bercakap dengan saya semalam kat dalam kereta. Last-last, awak tertidur. And sebab saya takde alamat rumah awak, saya bawa lah awak ke sini,"

Minji mengetap bibir sambil mengutuk diri sendiri di dalam hati. Susah juga kalau sejenis yang boleh tidur di mana-mana ni.

"Duduk lah, ini je yang ada kat rumah saya,"

"Takpe lah, saya nak balik. Terima kasih sebab tolong saya,"

"Macam ni ke awak balas budi saya lepas saya tolong awak?"

Langkah Minji yang ingin menuju ke pintu itu terhenti.

"Mwo?"

"Bukan ke setiap kali saya tolong awak, awak akan balas budi saya?" Minho mengangkat sebelah keningnya.

"Jadi sebenarnya Sunbae tak ikhlas ke tolong saya?" soal Minji kembali.

"Bukan macam tu. Cuma, saya kan dah masak. Jadi, apa salahnya kalau awak makan?"

Minji memandang dua pinggan nasi goreng dan dua gelas susu di atas meja itu. Dia kemudian kembali melangkah ke arah meja makan. Minji menarik kerusi dan duduk.

Mereka berdua mula menikmati sarapan.

"Bila awak balik sini?" soal Minho memecahkan kesunyian.

"Buat apa nak tahu?" soal Minji kembali.

"Tanya pun salah?"

"Ya, salah sangat. Lepas apa yang dah jadi, Sunbae rasa Sunbae layak ke tanya soalan tu?"

Minji meletakkan sudunya lalu memandang Minho di hadapannya.

"Apa yang jadi?" soal Minho keliru.

Minji tertawa sinis.

"Sunbae lupa, atau buat-buat lupa?"

"Saya buat apa?" Minho masih keliru.

"Tch, lupakan je lah kalau Sunbae betul-betul tak ingat. Saya nak balik. Terima kasih untuk sarapan ni,"

Minji bangun dan meluru laju ke arah pintu.

"Yaa, Hwang Minji!"

Bahunya ditarik dari belakang.

"Saya betul-betul tak faham. Apa maksud awak?"

Minji menolak tangan Minho dari bahunya.

"Kan saya dah cakap, tak perlu nak ingat lagi. Lagi satu, kita sekarang strangers tau? Jadi, lepas ni jangan tegur saya lagi kalau kita terjumpa kat mana-mana,"

Usai menghabiskan ayatnya, Minji terus melangkah keluar dari apartment milik lelaki itu.

"Strangers?Huh,"


:::::
Okay kali ni janji, saya try habiskan story
ni maybe next week. Sorry and thank you
pada yang still tunggu🫶🏻

FeelingsTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon