50

135 19 18
                                    

"Oppa?"

Minho mengangguk sambil dia tersenyum.

"Panggilan Sunbae tu macam dah tak sesuai je sekarang. Panggil Oppa lagi sesuai," ujarnya lagi.

Minji diam sejenak. Hari itu saat mereka sedang meluangkan masa berdua di tepi pantai atas permintaan dia, Minho tiba-tiba sahaja mencadangkan dia mengubah cara panggilan mereka.

"Kalau tak suka panggil Oppa, boleh panggil baby. Or maybe honey?"

Minji memutarkan bola matanya tanda meluat. Lain macam betul Minho sekarang.

"Oppa! Saya rasa rasa Oppa lagi sesuai dari baby or honey," putus Minji.

"Okay, kalau macam tu, cuba panggil. Nak dengar,"

"Minho-Oppa," Minji sedikit kekok.

"Apa? Tak dengar lah! Cuba sekali lagi,"

Kali ini Minho mendekatkan telinganya ke arah Minji.

"Oppa yaa, Lee Minho Oppa. Minho Oppa," Minji bersuara betul-betul di telinga lelaki itu.

"Sukanya dengar," Minho tersenyum lebar.

Dia kemudian berbaring di atas peha Minji di atas hamparan tikar di tepi pantai itu.

"Sunbae-maksud saya Oppa. Hmm, boleh saya tanya sesuatu?" soal Minji sambil bermain dengan rambut lelaki itu.

"Apa dia? Kalau nak tanya berapa banyak saya sayang awak, rasanya awak dah tahu jawapan dia. Tu, seluas lautan kat depan kita ni,"

"Ish, bukan lah!" laju Minji mencubit bahu lelaki itu.

"Saya bergurau je lah. Nak tanya apa?" Minho mendongak sedikit untuk melihat wajah Minji.

"Hmm, saya dari dulu nak tahu. Apa hubungan sebenar Oppa dengan Jeno?" soal Minji teragak-agak.

"Sebenarnya-,"

"Minji,"

Mereka berdua tersentak saat ada orang berhenti di hadapan tempat mereka sedang bersantai. Automarik Minho bangun dari pembaringannya.

"Minhyun Oppa,"

Terkejut Minji saat melihat Minhyun dan Eunbi serta anak buahnya Minguk berada di dukungan Minhyun.

"Bukan Minji kata minggu ni tak boleh balik rumah sebab busy dengan assignments ke?" soal Minhyun.

"Ah, Minji-,"

"Sayang! Tak nampak ke tu, Minji tengah dating. Takkan tak faham lagi," Eunbi menyiku lengan suaminya.

"Boyfriend Minji?" soal Minhyun.

"Ya saya," Minho menunduk hormat pada lelaki itu.

"Oppa, ni Minhyun Oppa. Minhyun Oppa, ni Lee Minho,"

Minji memperkenalkan mereka ke satu sama lain. Minhyun dan Minho keduanya berjabat tangan.

"Minji yaa, kami dah nak balik ni. Minguk dah penat bermain. Kita jumpa nanti ya?" Eunbi menarik lengan suaminya.

"Tapi saya belum habis-,"

"Hwang Minhyun, adik awak tu dah besar lah. Dia tahu jaga diri,"

Eunbi menarik paksa suaminya pergi dari situ. Sempat dia melambai ke arah Minji dan Minho.

"Fuhh, macam ni ya rupanya perasaan bila jumpa ahli keluarga girlfriend sendiri. Mendebarkan," Minho mengurut dadanya.

FeelingsDonde viven las historias. Descúbrelo ahora