Bab 9: kebenaran

65 4 0
                                    

Riyadh memandu kereta dengan laju jauh dari rumah Tengku Feruz. Terkadang dia ketawa kecil, terkadang dia tersenyum sinis sendiri. Dahlia hanya membatukan dirinya tanpa bergerak walau seinci.

Riyadh mematikan enjin kereta sebaik sahaja tiba di destinasi yang ditetapkan.

"Ok, from now on... Kita akan stay dekat sini... Kadang aku tinggal dekat condo ni and kadang aku duduk dekat rumah papa." Dahlia terkejut Riyadh menggunakan gelaran 'aku' padanya dan bukan 'abang' seperti biasa.

"Asal kau buat muka macam tu? Terkejut aku kaya ke macam mana?" Soal Riyadh.

"Kenapa abang cakap guna perkataan aku, kau? Bukan abang suruh Lia panggil abang ke?" Dahlia mengerutkan dahinya.

"Tak payah cakap banyak... Jum naik atas, aku penat nak layan drama." Riyadh keluar dari kereta lalu mengambil beg Dahlia di belakang lalu menuju ke arah lif.

"Abang, tunggu la Lia!" Dahlia mengejar Riyadh.

Dahlia hanya mengikuti Riyadh sehingga masuk ke dalam kondo miliknya.

Riyadh menguncikan pintu sebaik sahaja Dahlia masuk ke dalam.
Beg Dahlia dicampak olehnya ke lantai.

"Mulai hari ini, kau kena dengar cakap aku.... Keluar dari rumah kena minta izin aku, nak jumpa sapa, nak call sapa, nak mesej sapa sekalipun aku kena tahu." Riyadh kedengaran tegas.

"Hah? Apa maksud abang? Kenapa Lia kena bagitahu semua benda pada abang?" Soal Dahlia. Secara tiba tiba tudung Dahlia ditarik oleh Riyadh. Riyadh menarik tudung Dahlia bersama rambutnya. Dahlia didekatkan ke wajahnya.

"Kau cakap apa? Kenapa aku kena tahu semua benda? Aku suami kau kan? Suka hati aku la nak suruh kau apa sekalipun! Kau kena ingat syurga tu bawah tapak kaki aku!" Dahlia ditolak ke lantai.

"Kenapa.... Kenapa abang buat Lia macam ni?.... Apa salah Lia pada abang?"

"Kau nak tahu apa salah kau? Salah kau sebab sembur mata aku dengan lada! Lagisatu sebab kau tu anak Tengku Feruz... HAHAHAHAHA... Aku ingat nak musnahkan hidup Tengku Feruz ja, tapi kau pun aku babitkan sekali." Dahlia terkejut dengan kata kata Riyadh.

"Jadi... Betullah Lia cakap selama ni? Abang punca kita kena tangkap basah?!"

"Yup... HAHAHA, so funny la bila no one believe in you." Riyadh melutut di hadapan Dahlia dan memegang dagunya dengan sebelah tangan.

"Aku akan siksa kau... Kau nak tau kenapa? Sebab.... Orang tua tu dah nak mampos.... Kalau aku siksa dia pun, tak ada guna dah. Aku nak keturunan dia tersiksa sama macam keluarga aku." Riyadh merenung tajam ke dalam mata Dahlia.

"Abang.... Kenapa sampai macam ni sekali? Baba tak pernah bencikan abang.... Dia sayangkan abang lebih dari dia sayangkan Lia dan abang Am." Tangan Riyadh disentuh Dahlia.

"Kau tak payah nak tanya banyak. Cukup kau tahu aku benci bapak kau, keturunan kau semua aku benci!" Kepala Dahlia ditunjal jari Riyadh.

Dahlia membatukan dirinya. Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi. Dikahwinkan dengan lelaki yang tidak dia kenali, dilayan pula sebegini. Dahlia dibelengu dengan perasaan buntu bercampur kecewa dengan apa yang terjadi padanya.

"Aku nak kau duduk diam diam di sini. Jangan keluar kalau aku tak bagi, faham!? Kau nak pergi kampus pun, aku yang akan hantar." Dahlia menganggukkan kepala tanpa membantah.

"Bilik kau hujung sana sebelah toilet.... Oh...one more thing, handphone kau aku pegang... In case la kan kalau kau nak melalak panggil abang Am kau tu. HAHA. I'll leave you here. Ingat apa aku pesan tadi!." Riyadh merampas telefon milik Dahlia. Dia meninggalkan Dahlia terduduk sendirian di situ tanpa ada rasa belas kasihan walaupun air mata Dahlia bercurah jatuh ke lantai.

My Sweetheart Dahlia {OG}Where stories live. Discover now