Chapter 3

73 9 18
                                    

Jendela dibuka dan suasana pagi yang indah mula terpapar. Cahaya matahari yang tidak seberapa terik menerangi ruangan di dalam rumah.



"Buuuuuuuu... Oooo Abu!!..."

"ABUUUUUU BANGUNNNN"

Jerit kau dari bawah. Sudah menjadi rutin harian ketika menjelangnya cuti persekolahan. Kau dan adik lelaki, Abu akan tidur semula setelah solat subuh. Namun, tanggungjawab kau pada hari ini agak sedikit berat kerana emak kau telah pulang ke kampung. Kepulangan emak akan tiba pada malam nanti.



"Abu, akak nak pergi kat kedai taman sebelah, beli sarapan. Kau jaga rumah. Kalau mandi, pakaian letak dalam mesin. Nanti akak basuh sekali." Pesan kau kepada Abu





[name]: Bilik kau dah kemas belum?
Abu: Sudah. Kita makan sarapan guna apa?
[name]: Guna mulut
Abu: Tau lah guna mulut. Maksud Abu, apa makanannyaaaa
[name]: Akak tengok je lah, kalau ada yang berkenan di hati. Akak beli. Kalau tak, akak usya dari jauh pastu balik
Abu: Kalau tak berkenan di hati akak, kita nak makan apa?
[name]: Nanti akak buat sandwich






Kau berjalan kaki menuju ke taman sebelah. Mengapa kau berjalan kaki? Sedangkan kau ada basikal untuk dikayuh. Lahhh tanyalah sama author. Dari jauh lagi kau sudah melihat kedai yang ingin kau kunjung tidak beroperasi pada hari ini. Kau berpatah balik untuk menuju ke rumah.

Proses pembuatan sandwish sudah bermain-main di fikiran kau. Fikiran kau di sepanjang jalan itu sangat tenang. Namun tidak sehingga-




shut shut shut

Pssttt... Wei aweks geng

Mantops. Jom ngorat




Melalui pendengaran kau yang tajam, kau mula melangkah kaki dengan lebih cepat untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa buaya.



Namun langkah kau dapat ditangkap oleh mereka. Ya lah, kau berjalan kaki. Mereka bermotor. Mereka menyekat kau dari hadapan, tepi dan belakang. Kau hanya berhenti dan memberi tatapan tajam kepada mereka satu-persatu. Tiada satu pun carutan atau makian yang diungkapkan.



"Ada ig tak hehe"

".........."

"Mintak nombor telefon boleh? Saje nak tambah contact"

"..........."

"Bisu ke apa?! Orang tanya jawablah"




Sedikit pun kau tidak takut dengan bentakan yang mereka tujukan kepada kau. Sebaliknya, kau hanya berdiam dengan jelingan maut dan menunggu dengan sabar berharap agar mereka meninggalkan kau disitu.



"Woi. Apa kes bro kacau anak dara orang?"


Buaya yang mengganggu kau tadi menoleh ke arah suara tersebut. Kau menoleh dan melihat figura berambut panjang dan berpakaian serba hitam dengan muka yang macam kena paksa bangun awal pagi.



"Tch. Mamat ni nak tolong aku ke apa? Tak mungkin" Kata kau dalam hati

"Woi woi blah jom!"

"Woi ichiban tai taichou lahhh! Gerak woi"

"Baik kita lari sebelum dia sebut nanda nanda. Nahas kita"


Lari lintang-pukang buaya yang mengganggu kau tadi tatkala melihat jaguh Toman. Kau terkedu disitu, keliru. Kau ingin berterima kasih kepadanya atau pulang begitu saja.





"Cakap terima kasih ke tak eh? Nanti aku cakap terima kasih, dia kata aku perasan pulak" Kata kau dalam hati




"K-Kau tolong aku ke tadi?"

Teman Tapi Mesra [Baji Keisuke]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora