Chapter 6

63 10 16
                                    

Lukisan yang telah kau siapkan di sepanjang malam sudah tersedia di atas meja. Kau tenung lukisan kau itu sementara menunggu tamatnya waktu rehat yang hanya tersisa 5 minit.

Lukisan kau tidaklah secantik mana. Tidaklah secantik lukisan pelajar di kelas seni, namun kau tetap bangga dengan hasil lukisan yang telah kau lukis dengan hasil titik peluh kau sendiri.

Sengaja cikgu Biologi kelas kau menyuruh kamu semua untuk melukis. Tujuannya ialah untuk menenangkan minda pelajarnya. Daripada asyik melakukan eksperimen saja, lebih baik luangkan masa untuk melukis juga.







Emma: Wahhh cantik lukisan [name]. Kau lukis bunga tulips! Hina pun cant- cantiklah. Gambar pakwe ceh
Hina: Suka hati lah hihihi. Emma pun canti- HMMMMMMM GAMBAR NAGA! NI MESTI TATU DRAKEN
[name]: Siut ah korang HAHAHAH. Aku ingatkan korang lukis sunset ke, sunrise ke
Emma: Hehehehe. [name], kenapa kau lukis tulips merah? Kenapa tak kuning? Biru?
[name]: Sebab tulips merah maksudnya mengungkapkan rasa cinta gitewwww







Semua rakan sekelas kau terdengar perbualan kau bertiga tadi. Riuh-rendah kelas kau dengan bunyi '🐵🙊🙉🙈🙉🐵🙈🙊🙉' yang keluar dari mulut mereka.


Hina: Kau dilamun cinta ke [name]?
[name]: Tahi
Emma: HAHAHAHAHAHAHA ABISTU?
[name]: Mak aku kan florist. Aku tak suka sangat bunga. Tapi aku suka tulip. So aku lukis tulip merah tanda aku sayang mak aku. Panjang kisahnyaaaaa



"Ooooooooooooooooooo" Itulah yang keluar dari mulut rakan sekelas kau. Kau menghampiri Rindou. "Rin, kau lukis apa" Tanya kau

Cepat-cepat Rindou menyembunyikan lukisannya. "Rin, share lah. Aku nak tengok jugak" Pujuk kau kepada Rindou



Rindou: Tak boleh
[name]: Alaaaa kenapa tak bolehhhh
Rindou: Banyak tanya pulak
[name]: Rin, bolehlaaaa








Setelah kau pujuk, akhirnya Rindou mengalah. Rindou mengeluarkan lukisannya dan menyerahkannya kepada kau. Terlopong kau melihat lukisan Rindou. Sangat indah. Rindou memang terkenal dengan tangan seni. Sangat pandai melakar.



"Siapa yang kau lukis ni Rin?" -[name]




Kau meneliti lukisan Rindou itu. Rindou melukis susuk tubuh seorang perempuan, namun wajahnya tidak dilukis. Samar-samar sahaja yang kelihatan. "Orang lah" Jawab Rindou


[name]: Aku tahu lah orang. Tapi siapa
Rindou: Entah. Aku lukis random je
[name]: Kau biar betul
Rindou: tch. Betul lah





Jawapan yang diberikan Rindou sangat menghampakan. Kau menuju ke tempat duduk kau semula dan lelaki yang tidak diingini masuk ke dalam kelas kau dan bergegas ke meja kau.







"Woahhhhhhh cantik lukisan"

"Ishhh Kei! Hati-hati koyak nanti. Penat tau aku buat tu. 2 hari tau" -[name]

"Aku tengok je" -Baji

"Ye tahu. Tapi hati-hati. Cikgu cakap, kalau lukisan tu takda harini, cikgu hukum lari pusing padang 7 kali" -[name]









Baji tidak mengendahkan kau dan membawa lukisan kau ke dalam kelasnya untuk menjadi tatapan rakan sekelas. "Eh Keisuke! Kau nak bawak pergi mana lukisan aku!"


Kau mengejar Baji dari belakang. Masuk saja ke dalam kelas, kau sudah menemui lukisan kau terkoyak menjadi dua bahagian. Masing-masing buat muka tidak bersalah.

Kau hanya menahan amarah. Ingin memarahi Baji, sudah tidak ada guna. Kau hanya berserah kepada Allah. Apa nak jadi, jadilah.

"M-Maaf aku tak sengaja" -Baji

Teman Tapi Mesra [Baji Keisuke]Where stories live. Discover now