Chapter 8

53 10 20
                                    

Sudah 40 minit berlalu, Rindou sudah kehilangan sabar. Rindou berdiri dan menuju ke meja Emma dan Hina.





"[name] belum datang lagi?" -Rindou

"Aku dengan Hina dari tadi tunggu dia kat tempat parking basikal, takda jugak tengok kelibat [name]" -Emma

"Nanti ada lah tu. Terbangun lewat kot. Sebab [name] jarang ponteng sekolah. Kenapa kau cari [name]?" -Hina

"T-Takda. Aku cuma nak bagitau tentang jadual bertugas yang baru untuk pengawas" -Rindou







Rindou menuju ke mejanya semula. Ketibaan kau ditunggu olehnya, bukan kerana dia hendak mengagihkan tugasan, Rindou berasa sangat risau apabila mengetahui kau masih lagi belum tiba di sekolah.









"Oi, aku gi kelas depan kejap. Nak lepak dengan [name]" Baji bangun dari tempat duduknya dan menuju ke kelas kau.


Mikey: Bukan kau cakap nak lepak waktu rehat ke dengan [name]?
Kazutora: Ha ah, jarang kau nak sakat dia pagi macam ni
Baji: Suka hati ah






"Apasal aku rasa lain. Perasaan lain ni, lain macam sungguh. Harap-harap [name] ada dalam kelas" Kata Baji seorang diri.




"Yooooo [name]-"



Langkah Baji terhenti di hadapan pintu kelas. Tatapan yang bingung dia berikan apabila melihat tempat duduk kau masih kosong. Melalui riak wajah Baji, Emma dan Hina sudah tahu apa yang Baji inginkan.



Emma: [name] belum datang lagi lah
Hina: Dah lambat dah ni. Dia jarang datang lambat
Baji: [name] ada cakap apa-apa tak?
Emma: Takda. Dia ada bagitau kau?
Baji: Aku mana ada nombor dia
Hina: Serius lah kau belum ada nombor dia
Baji: Ye, dia pernah cakap yang dia ni mementingkan pivasri
Emma: Woi! Privasi lah
Baji: Lantak lah. Kalau macam tu, aku gerak dulu








Mata pelajaran pertama dimulakan dan kau dikira tidak hadir ke sekolah. Emma dan Hina risau akan keadaan kau. Sudahlah tidak memberi khabar berita. Lagi kuat risau si Rindou. Sekuat-kuat risau Rindou kepada kau, lagi hebat perasaan risau yang menyelubungi diri Baji.













-----

"Arghhh beratnya kepala aku..."

Badan yang terasa penat cuba untuk duduk dan mencari posisi yang selesa. Badan terasa sangat panas namun berada di dalam keadaan kesejukan.

"Aduh lupa pulak nak inform kat cikgu yang aku sakit. Nanti lah mesej. Patut ke tak aku buat surat kiriman rasmi eh? Kang tak pasal pasal ketidak hadiran aku dikira tiada sebab nanti"


Kau mengeluh sendiri dan mencuba untuk berdiri. Setelah kau menelefon mak untuk kepastian adakah dia mengejutkan kau pada waktu pagi tadi, kau mula memanaskan air di dalam cerek. Air diisi di dalam cerek dan dipanaskan di atas dapur gas. Setelah air masak, kau campurkan air panas itu dengan air sejuk sehingga terasa suam. Setelah 15 minit termenung, kau mula mandi.







"Mak tadi pagi dah kerja dekat kedai. Tapi mak tahu lah kakak demam, tak larat nak pergi sekolah"

"Ooooooo. Takpa ke ni, abang lawat kakak?"

"Takpa. Abang pun kawan kakak. Jom lah masuk"





Kau mendengar perbualan Abu dengan seorang lelaki di hadapan pintu. Pintu dibuka lalu menampakkan Abu dan sahabat dunia akhirat kau, Rindou.



[name]: Eh Rin. Ye nak apa?
Rindou: Kau-Kau demam...
[name]: Kenapa? Cikgu cari aku ke? Tadi aku lupa nak inform, tapi takpa aku dah mesej
Rindou: Aku datang nak lawat kau
[name]: Ehh kenapa nak lawat aku






Teman Tapi Mesra [Baji Keisuke]Where stories live. Discover now