Chapter 5

58 9 12
                                    

"Kuajaq Keisuke! Siut ah mamat ni. Dia buat betul-betul do" Keluh kau sendiri









Abu hanya kehairanan melihat kakaknya diselubungi kemarahan. Malas ingin melayan kakaknya, Abu menghabiskan makanan yang tersisa tadi.






"Siut ah Kei. Asal do kau post gambar hodoh aku kat story Instagram. Aku main-main je tadi yang kau pi post betul-betul apasal. Kau tunggu lah kat sekolah esok" Keluh kau sendiri.









-----





Waktu rehat telah tiba dan kau bergegas melangkah kaki menuju ke kelas Baji. Kau meninggalkan Rindou bertugas seorang diri. Kau hanya menginginkan penjelasan daripada Baji.



"Keisuke! Kenapa kau post gambar hodoh aku"



Baji yang sedang asyik bersembang bersama Toman, menoleh ke arah kau dengan senyuman yang paling manis. Seperti dia memang sudah menanti ketibaan kau. Kelihatan dua juga sudah bersedia mendengar bebelan, cacian dan makian yang akan kau lontarkan kepadanya.







Baji: Rileks. Jom sini, makan kerepek
[name]: Kau tak jawab lagi soalan aku
Baji: Kau sendiri yang cabar aku kan
[name]: Aku main-main je kan. Sampai hati kau
Baji: Takpelah, nanti dah cukup 24 jam kan hilang
[name]: Lamaaaaa followers kau lain mesti dah tengok
Baji: Rileks lah. Benda kecik je tu
[name]: Sampai hati kau






"Eh nak pergi mana tu?" Pertanyaan Baji tidak diendahkan oleh kau. Sakit hati yang kau rasa tidak mampu diubati dengan kerepek ubi yang dipelawa olehnya. Kau bergegas menuju ke arah Rindou bertugas.








"Pergi mana kau? Asal lambat? Ni urat kat dahi dah timbul mesti marah" -Rindou

Kau tidak menjawab pertanyaan Rindou, sebaliknya kau membuka buku nota kecil yang kau selalu bawa untuk menulis nama murid yang mengakibatkan masalah. Kau mula menggerakkan pen dan menulis nama seseorang dengan kasar.


Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif
Keisuke bin Baji kelas 4 Efektif







"Banyak betul nama dia kau tulis. Apa kesalahan dia hari ni?" Tanya Rindou kepada kau


[name]: Takda kesalahan. Aku cuma nak kasi dia pengajaran
Rindou: Mana boleh. Kalau dia buat hal kat sekolah, baru lah kau boleh tulis nama dia
[name]: Aku tak kira





Rindou menghela nafas dan membiarkan kau berperang dengan kemarahan. Loceng sekolah sudah berbunyi menandakan tamatnya waktu rehat. Kau dan Rindou masuk ke kelas bersama dan meneruskan pelajaran seperti biasa.





Test 1 test 2

Disini ada pengumuman. Diharap nama pelajar tersebut pergi ke hadapan pejabat am sekarang. Bergotong bin Royong, Tolong bin Menolong dan Keisuke bin Baji.

Ulang suara

Bergotong bin Royong, Tolong bin Menolong dan Keisuke bin Baji. Nama-nama tersebut sila pergi ke hadapan pejabat am sekarang.







Selesai pengumuman tersebut, kau melihat Rindou sambil mengukir senyum kambing. Di situasi lain pula, ada yang masih bingung memikirkan apakah kesalahan yang telah dia lakukan.







-----

"Wei, apa aku buat do? Aku makan kerepek je kat sini tadi. Mana ada aku bantai budak" -Baji

Teman Tapi Mesra [Baji Keisuke]Where stories live. Discover now