0.1 - | pergi

9K 1K 531
                                    



"Putera Angkasa Fateh, waktu kematian, 20:02 malam, 22 Februari 2022.
punca kematian mangsa akibat kegagalan operasi pembedahan kanser tahap 4."

seaakan bumi berhenti berputar. jikalau ada sebuah pin yang dijatuhkan ke lantai, bahkan sebesar jarum peniti, bakal didengari dengan jelas bunyi detingannya. seluruh makhluk semesta diam, pohon pohon berhenti beralun, angin seperti tiba tiba menghilang. burung burung di langit tiada yang terbang, masing masing bertenggek di sekeliling tiang dan wayar hospital.

langit yang cerah menjadi muram. awan putih yang menghias canvas biru langit kian menghilangkan diri.  matahari mula memudarkan sinarnya, yang tinggal hanya guruh yang semakin kedengaran kuatnya.

"doktor cakap apa?" seorang wanita paruh baya menatap mata suster itu dengan tidak percaya. bibirnya menggeletar hebat, perasaan risau menunggu anaknya keluar dari wad itu diganti dengan pelbagai jenis rasa. semuanya bercampur baur. marah, sedih, kecewa.

dan kehilangan.

Cahaya tersenyum sinis, digelengkan kepalanya berkali kali sambil merenung katil Angkasa yang putih semuanya. jasad lelaki itu ditutup dengan selimut sehingga paras melebihi kepala. tangannya laju menutup mulut, menahan esakan yang semakin menguasai dadanya.

"tak mungkin..." bisiknya pada hati.

"sekali lagi Doktor cakap benda bodoh macamtu, saya bakar hospital ni. Abang saya masih ada. Abang saya tak mati." Laskar mengugut Doktor itu, jari telunjuknya menolak dada lelaki di hadapannya berkali kali. di sampingnya, adik bongsu Laskar mula menangis. Mawar terduduk di atas lantai, anak anak berusia 9 tahun itu memeluk kakinya sambil meraung sendirian.

"Abang Sa... jahat." gumamnya. manik air mata terus menerus mengalir dari mata bundar gadis itu.

di kala seluruh keluarga itu terpana dengan realiti yang baru menghimpit, Angkasa berdiri di tepi jasadnya.

roh Angkasa menatap dirinya kosong. tangan lelaki itu perlahan menarik selimut polos yang menutupi kepalanya, membolehkan wajah dirinya diperlihatkan. Angkasa meneliti setiap inci rupa paras mayat itu.

bibirnya yang pucat, dan mata yang tertutup rapat. darah di dahi yang mulai kering. rambut yang basah dengan cairan darah serta balutan di kepala.

bahkan, sehingga ia mati, ia tetap kelihatan seperti manusia yang lemah. yang tidak kuat melawan takdir, yang dijadikan bahan candaan semesta.

Angkasa tersenyum pahit, lidahnya terasa kering dari biasa. di samping jasad itu, malaikat maut berdiri dengan rupa paras yang bercahaya.

cukup itu, Angkasa lega.

husnul khotimah. akhirnya.

lelaki itu menoleh lagi, melihat ahli keluarganya yang sudah berantakan di luar wad. diteliti wajah setiap orang, sosok itu perlahan lahan menghampiri mereka.

pertama sekali, langkahnya mati di hadapan Mawar. adik kesayangannya itu masih menangis, menjerit menjerit namanya.

"Abang Sa! Abang Sa, kenapa pergi... Abang Sa jahat. Abang Sa jahat!" ulangnya beberapa kali. Angkasa mengetap bibir, baru kali ini air matanya jatuh. dia duduk mencangkung, jari jemari anak baik itu mengelap air mata adiknya perlahan.

"Abang Sa.."

"adik, Abang jahat, ya? maaf." kata itu meluncur di bibir jejaka itu buat kali pertamanya.

"Abang janji kalau Mawar berjaya pulang dari taman tanpa luka, Abang bawa Mawar pergi pantai."

"perginya sama Abang Laskar, boleh?" balas Angkasa.

angkasa dan seribu harapan.Where stories live. Discover now